Monday, January 31, 2011

Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade | Special Entri Untuk Bapak

Hai korang..jumpa lagi aku ari ni ek...

Pada malam bertuah ini, nak share kat korang satu lirik lagu yang menarik dan punya pengertian yang amat mendalam bagi aku...kalau korang ialah pencinta alam, maka korang akan  suka lagu ini di mana ia mengajak kita lebih mencintai alam setelah alam ini, dunia yang kita duduki ini manusia sendiri yang merosakkannya.. betapa bencana semakin menjadi-jadi dan alam ini menerima kesannya.. 

kredit to : bunny78


Ebiet G Ade ialah seorang penyanyi penyajak Indonesia yang aku kagumi atas seni liriknya yang mempunyai makna..maklum la masa zaman sekolah dulu aku amat meminati bidang sastera walau aku budak sains tulen.. 
Orang yang paling paling paling minat beliau ini ialah Encik Ismail, merangkap bapak aku..haha. Korang kena tahan telinga semasa beliau sedang memandu kerana sepanjang perjalanan beliau akan membuka lagi nyanyian Ebiet G Ade ni sampai korang rasa mengantuk ya amat... Adik bongsu aku, nisa ni pantang dengar apa saja lagu Ebiet maka dia akan bergaduh dengan beliau..sapa menang boleh letak dan dengar lagu yang disukai...adik-beradik aku semuanya tak minat Ebiet mungkin sebab genre lagu beliau seakan-akan jenis slow, dengar pun kurang faham apa nak disampaikan dan jenis lagu orang tua. But me, aku suka lagu dia yang ini..entah..jiwa aku rasa sebati..dan sayu bila kenangkan lirik lagu ini..

bapak dan abang aku ( muka cam seiras je)

Ebiet juga merupakan satu simbolik untuk keluarga aku. Oleh kerana kesukaan terlampau bapak aku kepada Si Ebiet G Ade maka bapak aku telah menamakan abang aku ebiet jugak. Hoho..kesian dia. Masa kecik orang heran kenapa nama dia pelik..but the story is...hahaha.. Ebiet Bustamin..glamer kan abang aku sebab beliau satu-satunya orang yang aku pernah dengar nama ebiet selain ebiet G Ade selama aku berumur 23 tahun ini..chewah.. xtau la kalau di luar sana ada nama Ebiet gak.. Mula-mula bapak aku nak letak Ebiet Benyamin..sekalinya mak aku tak nak., Jadi la Ebiet Bustamin. Nasib baik bapak aku tak minat Hetty Koes Endang..kalau tak korang bayangkanlah apa nama aku sekarang... aduiiii... 

Jom hayati lirik lagu beliau..


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan 
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan 
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan 
Di tanah kering berbatuan


Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan 

Hati tergetar menampak kering rerumputan 
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi 
Gembala kecil menangis sedih



Kawan coba dengar apa jawabnya 

Ketika ia ku tanya "Mengapa?" 
Bapak ibunya telah lama mati 
Ditelan bencana tanah ini





Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya 
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari 
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu 
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 



Barangkali di sana ada jawabnya 

Mengapa di tanahku terjadi bencana 



Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita 

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa 
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita 
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


P/s : Lagu ini punya makna yang tersendiri..terpulang kepada kita untuk menggali dan mendalami apa maksud yang tersirat.. lagu ini superb..cintailah alam kita.




Fenomena tip top yang sering melanda apabila cuti dah tiba

Salam Korang,

Toraa datang lagi..! Chewah..cuti datang lagi.. Kali ni pulak raya cina yang menjelma..semestinya cuti ialah topik utama..paling2 pun kalau cuti mesti lebih kurang seminggu kan? Orang yang paling happy sekali dapat cuti ni ialah budak2 sekolah... then student2 yang jauh merantau cam kitaorang ni hikhik dan tidak lupa kepada warga masyarakat seluruh Malaysia.. Dan semenjak saya ini seorang pelajar yang berdedikasi konon, sesungguhnya saya amat bahagia apabila cuti melanda...Tapi.. apabila cuti je, fenomena ini mesti berlaku..inila yang bikin panass sekejap..

 TQ pakcik google


1) Hampir semua kedai makan sekitar U atau Kolej akan tutup

Aduii..ni la yang me paling tak suka kalau U dah mula mengisytiharkan cuti sedunia nie... Sebut cuti je, konpem student akan rasa happy bangat..almaklumlah semua nak balik rumah.. Sebut je cuti, macik pakcik jual makanan pun sorak sorey nak cuti gak...Kalau me pon balik rumah sama xpe la, ni masih lagi terkontang kanting duduk sekitar UMT dengan kekurangan dan kebuluran makanan untuk mencari sesuap nasi amatlah payah dan mendukacitakan... Statement bukan main lagi haha. Tapi siyes memang betul, tambahan lagi kalu cuti antara sem selama sebulan, maka sebulan itu lah me telah berdiet dan mula menjadi kurusss.. ini tipu

Kalau ada kedai makan pon, oh mai god, mentang-mentang kedai dia saja yang bukak dalam one in a million, punya la sedappppp makanan dia,...lagi hangat dari biasa..adushh.. Sebelum ni daku makan sodap je kot, tapi bila dia sorang je buka kedai dengan pemintaan order yang banyak, ye la ada gak beberapa kerat student tak balik, maka Macik itu telah memasak sambil lewa... Namun, oleh sebab perut telah mendendangkan lagu irama Malaysia, tomyam daging yang daku order yang baunya seperti tomyam dan rasanya seperti sup, pun daku makan dengan lahap jugak..ahahaa..( memang tak bersyukur ini budak). 

Pic amek dari : sini ( Trimas )

Naa..Bila daku makan sambil pot pet mengata makcik kedai Pertom ni, hampir tercekik daku sebab tertelan daging yang liat bonar.. Kan dah kata.." Ko ni ain, x bersyukur betul..dah ada makanan pon sibuk nak mengomen, ini tak sedap lah, itu ini la...pot pet pot pet"...tengok... Allah balas kejap je,,, ni la orang yang tak bersyukur atas nikmat makan yang Allah kurniakan.. Tiba-tiba hati jadi sayu sekejap..insaf di atas kelancangan mulut.. pastu sambung balik pas telan air masak, " Makcik ni, tak reti potong daging agaknya. Orang potong la ikut urat, ni dah salah potong, tu yang liat, payah nak makan". Ingat dah insaf, tapi........huhu


2) Internet Access Wireless memang tersangatlah Excellent dan laju tapi....


Me tinggal kat luar..ala-ala asrama..satu blok dimana tingkat bawah kedai-kedai, dan tingkat atas bilik student. Ada dalam 20 bilik semua ( 1 bilik dua orang ) dan kemudahan internet disediakan. Part yang paling tip top nya ialah bila ramai orang balik cuti, me akan rasa gembira. Sebab line tenet laju sih.. sangat laju sampai asyik mendonlod movie pelbagai..Takde nya loading2 segala..buffered ke ape ke...memang rasa siok sangat.. Tengok movie pun bantai gelak je kuat2..xde sape nak marah..Tapi...toleh kanan takde orang, toleh kiri pun xde orang...daku rasa sunyi..very lonely..xde teman nak bercakap, bergurau senda, xde tempat nak bermanja...dan xde orang nak jadi mangsa mekap..sedihnya...

Daku makan sorang2, tonton movie pon sorang-sorang, gelak pon sendirian, cakap pon dengan Si Ayul dan Fifi ( ini Teddy bear merangkap anak-anak aku) tapi kenapa xde respon..aghhhhhh..tensen.,,tolonglah bercakap dengan saya..tolonglah...


3) Bila family aku tepon, aku rasa happy tapi...

Me ni orang sarawak then further study kat ganu ni, so bila cuti setakat seminggu dua ni, malas ar nak fly ke Sarawak..terasa tak cukup masa nak duduk rumah... tidur..makan..masak..tengok tv..wah.. memang tak cukup..tapi ari tu cuti sebulan pun memang tak dapt balik jugak sebab nak wat FYP..tersangatlah rajin kan.. Mana nak pegi makmal lagi, mana nak siapkan data untuk progress presentation lagi..nak tidur lagii...haha.KOnon bizi kan.. Jadi, untuk menjadi seorang pelajar yang mantap dan berwibawa, ahh.. me tak balik..jadi penunggu dan damping malam UMT..wah... sangat setia.

tima kasih pakcik google 


Kadang2 mak tepon tanya kabar,, huhu...aku rasa sangat hiba..ain mo balik mak...mau makan masakan mak..( ceh, balik rumah pon tetap aku yang kena masak, bila pulak nk makan masakan emak..entah kenapa bila aku balik, dia jadi malas nak masak, sampai ati emak..huahua)..huhu.,.tapi ada jugak la dia masak bila aku wat muka kesian..haha. Terubat jugak kerinduan walaupun setakat dengar suara je. Bila adik-adik pompuan aku tepon pulak..amboi amboi amboi ( kelip jari kelingking ala Azwan Ali ek), membuatkan aku sakit hati dan bertambah ke-jeles-an kerana.. huh..

+ " Ain, kamek orang makan nyaman ( sedap )  ari tok..apa di makan ko tek"

- " Huh, aku pun makan nak nyaman juak, aku makan MC D" ( wah, aku xnak kalah padahal aku makan roti je pon sebab kedai makanan langsung tak bukak).

+ " Ain, kamek orang pegi berjalan-jalan tok..pegi boulevard ( salah satu pasaraya terbesar di Kuching ), ko polah apa?"

- "Aku pun berjalan juak, pegi Mydin dan Giant di KT" ( ceh, padahal aku duduk dalam bilik je pon. Dah la xde transport, kawan pulak takda)

Oh..adik-adik aku sangat dengki orangnya. Pantang tengok me senang sikit, mesti nak lebih jugak. wawa..tiba-tiba aku jadi sangat rindu pada mereka..Walaupun aku bukan jenis orang yang menunjukkan kasih sayang, namun hakikatnya aku sangat sayang dan rindukan mereka..Huh..

P/s: Mari kita bercuti sambil merehatkan fikiran..walaupun cuti kali ni aku pon xbalik sarawak memandangkan aku tak celebrate perayaan itu, namun aku pon bercuti dengan senang hati gak.. Selangor..nantikan kehadiranku Selasa ini.... mau pegi ziarah pakcik sudah...haha




Saturday, January 29, 2011

Wali Band - Cari Jodoh Versi Mat Saleh

Sedang sibuk2 berblogwalking pagi2 buta ni..jumpa satu video yang tersangatlah menarik bagi me sebab biasanya orang salu wat lagu omputeh versi melayu'z. Tapi yang ni pulak lagu melayu indonesia wat lak versi mat saleh ngan lirik lagu english tapi muzik lagunya cari jodoh - wali Band. Hebat ar kumpulan wali Band..omputeh pun nak ikut dan amik lagu dia.


Wali band -  pic curik darik google



Sumber cite dan video kat Blog Jiwa Kacau. Time Kasih.

Chewah..tergoda sikit menatap lelaki itu. Hensem la pulak... Enjoy...

Friday, January 28, 2011

Jom Shopping Online

Salam semua,

Satu-satunya benda yang paling best dan siok sekali ialah bershopping..tak kiralah guna duit orang atau duit sendiri ( guna duit sendiri ni pikir banyak kali gak..haha..) namun temptation nak beli barang tu sangat la tinggi walaupon barang itu terbukti tidak berpaedah langsung... Semua pon suka shopping kan? window shoping ke, Keluar shopping terus beli ke atau yang paling menjimatkan masa ialah online shopping..chewah.. jimat ke? Huh..saya telah menghabiskan masa seharian mengadap laptop semata2 terpesona dengan janji manis Si penjual...haha..al maklumlah saya ini mudah tergoda dengan gurl stuff..lebih2 lagi mekap... 

pic amek dari google

Adoii..walaupun barang mekap siyesly dah terlalu banyak tapi tetap gedik nak shopping lagi... sedar tak sedar, rupa-rupanya hampir RM1500 +++ duit sudah dihabiskan ke situ..dan kesannya..saya mau beli lagi..waaa... Beli..beli dan belii bukan pakai sangat pon...setiap kali nak pakai, mula lah ada si mulut gataii adik2 yang sweet bangat 

" Ain, tebalnya mekap ko"

muahaha..terus me tak jadi nak pakai.. padahal pakai bedak je pon ngan light eyeshadow..tapi percayalah, me punya adik-adik sangat dengki orangnya..haha. Mungkin sebab saya lagi cantek daripada mereka...Kuang2..( haha..bila lagi nak puji diri sendiri, nak tunggu mereka yang puji, oh! lupakan je lah)

Oh ye, sekarang ni dah terlalu banyak kedai online yang muncul...korang je akan takde masa nak search satu2..da buka satu page, konpom korang  akan terlekat kat situ...siap leh ajak kawan join sekali.. Bukan beli pun, tapi perasaan nikmat cuci mata saja pon tetap ada..haha...

so, meh tengok link2 yang saya bagi ni..ne la tau korang akan terpikat sekali..dan yang paling penting, penjual dia sangat sangat sangat la baik..walaupun korang setakat tanya je dan xde niat nak beli pun, mereka tetap vogue.. Suka dengan cara mereka melayan pelanggan..chewah..

Mekap-mekap
 ( sekarang ni akak Sal Kryolan ni wat promosi kryolan lagi sempena Chinese New Year..jom pakat serang dia...wahaha..teringin nak beli kryolan ivory, chinese dan NG2, tapi xde $$$. Sape nak derma, sila jawab ya..haha)
Rosalinda Rose ( shading duo palette dia best..bau sedap macam koko )
Ladyworldshop ( naturactor foundation dia siyes murah RM25.. tapi i x beli lagi ngan die la ek)
dan banyak lagi la..

 Beauty of da Kryolan ( Kryolan Tv Paint stick)

Mini Kryolan Tv Paint Stick

Girl Fashion dan Beg lawa-lawa
ada bannyak lagi...penat pulak nak mencopy-paste link mereka...korang taip je kat FB konpem ada banyak...sampai duit pon kurenggg..haha

Beg ini sangat lawa ( Choco Beau)

Korean stye dress ( Havoc Multi Shoppe)

Baju in memang cantik giler..ah,,lupe kedai mana..suka tengok je..nak pakai..umm..kang ada yang bagi jelingan maut..payah gak..zassss..haha

P/s : mau pegi KL jalan-jalan..tapi $$$ makin kurenggg...toing..toing..











Thursday, January 27, 2011

Bila saya nak wat entri baru | Tiba-tiba elektrik takda pulak

Salam my dear reader,

Bertemu lagi di ruangan dan kesempatan ini..chewah..formal la pulak... setelah lama daku menghilang disebalik kesibukan yang melanda FYP + Assigment + Kelas + Tido..zzz, saya takde masa pon untuk berblogging konon ini tipu, sila jangan percaya.. kalau untuk bermekap-mekapan, Oh! Itu sentiasa ada.. 

Merepek tambah membebel sambil pot pet lagi..wahh...dah empat kali entri ni bertukar tajuk dari tadi..mula dari topik duit >> mekap>>sayang>>dan post yang sekarang ini.. Asal nak menulis je, ada je benda nak menggangu. Mula2 saya taip tajuk Pokok kultur Duit| pokok duit-duit ada laa...pastu saya pon mati kutu. Saya mau duit tapi saya kurang duit..saya ingat saya nak tanam pokok yang leh keluar duit...pastu idea da hilang disebabkan... bila bukak purse....ahh..,tengok2 ada 3 keping duit biru muda + 1 keping duit hijau + 1 keping duit merah..wahhh... terus takda mood wat topik duit...itu sangat stress ok...hoho

ini pokok duit-duit | alangkah baiknya kalau setiap daunnya bertukar Si bentuk bulat Wau Bulan kan bagus..
Sumber : di sini


Then, saya decide nak wat entry pasal mekap la pulak... gedik-gedik la mo buat review pasal mekap Miss Ross long lasting wet make up Palette, siap dengan pembuka bicara berbunga2 lagi, sayangnya nak kena edit gambar lagi..kena crop lah, kena ubah saiz pic la...waaa...saya jadi malas...sangat malassss...Oleh sebab kemalasan terlampau itu, saya save tajuk..tekan balik 'new post' dan...taip ini...

"Sejauh manakah murahnya panggilan sayang?"

pastu saya tukar..macam pelik je tajuk ini..

"Sejauh mana mahalnya panggilan sayang?"

Ada apa dengan sayang? Sejak bila pulak ' sayang' ni ada nilai? Murah kah? Mahalkah? Tutur manis Sang jejaka mengucapkan sayang lancar sahaja...wah ada nilaikah itu? kalau berchenta, takpe la jugak.. ini sekali dua bertemu..sekali dua bermesej dah bersayang-sayangan antara dua insan itu..waaa..saya tidak boleh tahan... serius tidak tahan...saya naik meluat sampai idea sayang-sayang insan dua darjat itu hilang.. saya berhenti sejenak...

Last chapter,

saya baru nak menulis lagi..serius baru ada mood nak tulis..tengah posing maut fikir tajuk entry bagai ni, tiba-tiba lektrik putus...waaa.... kenapa sampai macam ni sekali..tolong jangan dengki saya.. saya nak update blog... saya nak menulis... saya dah bosan.. saya dah tak tahan lagi...saya menulis dengan emosi wanita yang berdondang sayang... saya tak nak taip lagi..idea saya semua dah dibawa pergi..saya mau tidur...ZZZ

P/s: Entri ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang diatas dan dibawah tapak tanah kite berpijak..




Wednesday, January 12, 2011

Akak Burger Diancam Bunuh | Apa Kes? What de Fish!!

Salam u alls,

Ni nak kongsi berita panasss untk malam ini...lebih hangat dari yang biasa..bila Shaz Chan datang bilik soksek pasal akak jual burger kat bawah blok kami tinggal neh..Me yang tengah wat data analisis untuk FYP pun tersentap sekejap dengar berita yang dia dapat dari Sabayon ( kawan sekuliah Shaz).. Akak burger kena ugut? Akak burger kena ancam? Ancaman apa weh...? Mana sabayon tau? wah...apa sudah jadiii....

Ni kertas sabayon dapat dari akak jual burger tu.. Dia ngah sedap2 beli burger, balik umah nak makan tiba2 terkejut dapat mesej yang diselit dalam plastik burger tuh... tapi masa ngah beli burger tu memang ada sorang laki dari tadi asyik pusing2 kat belakang akak tu...


What De fish? Kesian sabayon...baru syok nak makan tup tup dapat mesej gini... benda yang melibatkan nyawa orang macam ni of kos la tak lalu nak makan.. Cuba la korang bayangkan ek, lau korang dapat mesej cam gini apa korang nak wat? Tambahan pulak korang kenal akak burger ni sebab dah akak tu meniaga ari2.. Akak tu pulak jenis ceria happy go lucky tiba2 wat burger muka tensen semacam...

Si Sabayon ni pun col la numbor tepon yang akak tu bagi... Guess What? Mamat yang jawap tepon tu wat seposen je wei... orang mintak tolong dia wat dun noe..je.. macam nak bagi penyepak je satu kat muka  dia... Dia x nak masuk campur pun soal akak ni dengan pengancam yang tengah mengugut akak tu walaupun sabayon dah cuba explain kat dia...tepon polis pon dia xnak wei...main2 tol ngan nyawa orang kan..? 

Ni tempat kejadian

Lau korang tengok kan, gerai akak burger tu bukan jauh pun dari tempat me tinggal. Siap ada orang karaoke lagi dengan orang men futsal lagi..camne la orang tak perasan kan? Mm... pas beberapa jam kami dok resah nak tau apa perkembangan selanjutnya dari sabayon dan shaz yang turun untuk membantu akak tadi kira-kira kol 10, kul 12 lebih baru mereka naik balik. Tup tup akak tu dah tutup gerai awal. Mulalah kami bergosip balik..apa dah jadi ngan akak tu? Sape yang ancam dia? nombor tepon sapa tu? Penuh dibenak dengan persoalan....

Korang tau tak sapa yang ugut akak tu? Laki dia sendiri wei...laki yang bakal diceraikan..ah..tak pasti lah dah cerai ke lom...dulu dia gtau me dah cerai dah..ni dia gtau bayon dan shaz bakal..entahlah.. laki dia tu agaknya psiko gila... Ni kisah owang bergaduh rumah tangga nak retak lah.. Laki atau ex laki akak tu datang ugut akak tu...agaknya nak berbaik balik ke camne lah kan..dia jeleskan akak ni berkawan baik ngan mamat di kedai sebelah.. pastu dia siap curi tepon akak tu dan belasah akak tu ( betul ke aku cite ni..ah,,pening). Laki dia kata lau ada polis datang kat gerai tu, dia nak bunuh akak tu kat situ jugak.. 

Dan pasal mamat yang bayon call tu, patutlah endah tak endah sebab dia pun dah kena ugut dengan laki akak tu. Ni bukan pasal kes kacau rumah tangga orang.Mungkin dia pun takut ape2 jadi kat dia..wah...sangat menakutkan...dapat pulak laki gila macam tu..Lau betul dah cerai tu sudahlah, wat pa la dia kacau hidup akak tu lagi,,gilanya.. sekarang ni bukan macam dulu, lau gaduh-gaduh marah2 sayang, ni gaduh leh bawa maut...

Kesianlah akak tu wei..Hidup dia ketakutan agaknya sebab pernah kenal dengan lelaki yang macam tu.. agaknya sebab gini lah dia nak bercerai ngan laki tu.. siki-sikit nak bunuh.. Akak tu kata,

" Saya dah lapor kat pihak polis 3 kali dah pasal dia mengugut saya"

Tapi korang tengok lah, apa-apa tindakan pun tak diambil. Agaknya lau orang dah mati nanti baru nak wat siasatan..Benda gini bukan leh wat main-mainkan. Sekarang pun kita dengar suami curah asid kepada isteri, suami bunuh isteri dan macam2lah... sangat ngeri kalau benda gini pun bakal berlaku kat akak tu.. mari kita doakan semoga akak tu selamat pada malam ini dan hari yang mendatang dan takde lagi gangguan dari laki psiko gila talak tu...


P/s : Shaz Chan, aku ingat-ingat lupa dah data yang ko bagi tadi. Lau ada tersilap, gtau lah..haha.. sila betulkan..











Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL) : Ana Raffali Juara | Kecewa Faizal Tahir terlebih hanyut..

Salam u allz,

Mesti semua pun tengah syok dan terkezut dan excited tahap cipan nak dengar keputusan Anugerah Juara Lagu ke-25 sebentar tadi kan... Tahniah2 kepada Ana Raffali menjadi juara dengan lagu Tolong ingatkan Aku. Ceit...tidak ku sangka tekaan ku jauh tersasar...haha...punyalah berdoa dalam hati dengan harapan Faizal Tahir yang hanyut akan menang...yaoiiiiii...

takpe..takpe...sila jerit aal izz well...all izz well...hoho..

kredit to google imej


Ape-ape pun faizal tahir tetap siok, tetap mantap dan tetap best la..me suka sangat ngan aksi dia terjun ke dalam tangki air tu...kagum ternganga-nganga mulut si kucing kat bawah tunggu me bagi tomyam daging kat dia..chewah sambil panasss tonton aksi hensem Faizal Tahir... Anyway, Ana RAffali, anda pon layak menang...

Lets check out da winner >....<

Keputusannya :~

Juara AJL ke-25 : milik Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku

Naib Juara : Black & Meet Uncle Husin | Dramaking

Naib naib juara : Hafiz | Noktah Cinta ( cayalah kitak menang juak eh)

Vokal Terbaik : Hafiz

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir | Hanyut ...lu memang hebat, bro...salute lagi..

kredit to mr nuke


Ally : What is ur name?

FBi : My name is Faizal

Ally : Who is Faizal?

FBI: Faizal Is...mail

Ally: What is my name?

FBI: Ur name is Ally.

Ally: Who is Ally?

FBI: Ally Is..Kandar

haha..lawak siot...

p/s : Siapa yang menang henpon seperti yang diuar2kan Ally Iskandar tu ek? sape leh teka ngan betul yang keputusan, AJL 25 milik si kecik molek Ana Raffali ? Anda memang hebat... Suka tengok Ana Raffali pakai baju kurung..ayu dan manis sekali..

Teruja dengan penampilan istimewa Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan tidak lupa Sharifah Aini..mereka pon mantapp jugak..kan kan kan?

Sunday, January 9, 2011

Hitam itu menawan | Mari buat tutorial mekap Black Smokey eye yang ringkas

Salam my dear readers,

Lama juga ain menyepi. Takde idea nak berblogging disamping wujudnya masalah sebagai seorang pelajar yang berdedikasi chewah..( sila Puji )..tapi setia lagi berblogwalking ke blog2 orang.. so lets check out new item in my collection and new tutorial in picca version..kuikui...

1) Macam biasa, korang kena pastikan muka bersih segala dan pakai lah apa yang patut seperti toner dan krim muka atau moisturizer... then pakai la foundation...loose powder dan contour la segala apa yang nak disembunyikan..mantapkan hidung yang mancung...kasi tutup hidung yang kemik sikit dan double chin...ah...ikut korang lah ek... Ini alat2nya..

  
~Kryolan pink span,kryolan tv paint stick in small packaging fs45, 4w dan 092

~ Fs45 ni agak cerah kekuningan..ain pakai pon nampak cerah gitu dan blend2 sikit ngan 4w ( agak pink) so xde lah putih macam pakai topeng... yang 092 ni kaler hijau untuk menutup segala parut yang ada... almaklumlah korang pun dah tau muka 'akak' ni cam ne... memang mak nenek parut yang degil semua ada la kat muka.. Cara guna span pink: sila basahkan sedikit, calitkan foundation kat muka dan sapu la span itu.. Lau korang ada cara lain, gitau ya..

Ini memang ori kryolan tv paint stick - korang leh beli kat sini Kak Sal Kryolan. Sekarang ni akak ni ngah wat promosi dari 15 dis 2010 sampailah 15 jan ni. so korang ada lebih kurang seminggu untuk grab benda ni. Harga dalam RM30 untuk 8ml. So ain beli yang ni, untuk test la warna foundation ni sama ada sesuaiii tak untuk kulit kita. so jimat sikit dan xla rasa membazir sangat lau langsung xsesuai. Lau nak yang besar 25ml cuma RM75 sahaja tapi dalam tempoh promosi ye. lau dah abis dalam rm 87 lau tak silap lah. Foundation ni dia agak heavy sikitlah. Lau pakai untuk ke function or dinner gitu sesuai la kot. lau hari2 mau ain kena tegur dengan budak laki coursemate i.haha..tapi opkos la tak pakai benda alah ni pergi kelas..membazir je...pakai je bedak pixy sudah...ok apa..

ni contour duo pallete..korang nak mancungkan hidung dan sembunyi hidung kembang macam i...lagi satu yang higlight ni korang leh gak guna sebagai highlight untuk mata ( eyeshadow bha ).. 

So, jom tengok2 cam na ain buat black smokey eye ni..senang dan ringkas je.. tapi lau korang ada cara lagi senang dan best, meh ar share jugak...kongsi2 tips ek..

2) calitkan gel eyeliner warna hitam

amik ni ( ini berus kepala senget) hihi

sapu gini je

3) then korang p tarik atau smudge ke atas eyeliner ni..comot2 pun xpe..

ah..jadi gini...comotkan..?

4) amik kaler hitam ini
 hitam yang paling hujung no. 1

sapu kat atas warna eyeliner tu tadi..( berus kecik tadi)

amik berus besar sikit dan blend2 bawa keatas

5) amik kaler hitam yang no. 3 pulak

hitam yang ketiga

sapu atas hitam tadi..sapu kat soket mata ( kat bahagian crease) apakah translate bm nya..? yay..

6) next, amik hitam juga tapi yang ni sparkle sikit..bling-bling lagi

hitam silver yang no. 4

sapu atas hitam yang tadi..nampak la agak bling-bling konon..kehkeh

7) amik berus, tenyeh kat highlight contour tadi dan letak bawah kening...jadilah highlight untuk eyeshadow

ni da tambah highlight dan jangan lupa letak gak warna hitam dibawah mata

8) and last but not least, eyeliner liquid.. eyeliner liquid ni lagi cantik dari gel..nampak smooth je

bubuh eyeliner liquid

dan tadaaa...

|


|



|



|






bha...begini la jadinya... i pon da macam orang lain... black smokey eye yang tak berapa nak jadi..kiki

bukan nak p mana..tapi saja bergambar di bilik...  Si dia cakap" wei..apa ni mekap2 tebal segala..malam2 duduk bilik pun nak mekap2 jugak ke?" orang duduk bilik men mekap2 pon xboleh...bukan mekap pegi berjalan pon..huh..agak terasa daku di sini..haha.. oleh itu saya telah berazam tidak lagi menghantar gambar mekap kepada si dia lagi..huh..menci..

i malu g...naa..tutup muka lagi baik...sambil senyum..cheeese.... 
ala2 arabic la konon..tapi kan kan kan... tema dinner sains biologi budak tahun akhir UMT pakat nak wat Arabic night..yeay..adakah me nak begini? ah entah...mari survey2 arabic costume di KL nanti..chewah..


p/s: yup..betul2...laki xsuka pompuan mekap tebal..hehehe

Saturday, January 1, 2011

Piala Suzuki 2010: Bila semua orang tengah HOT untuk sokong Malaysia, kami pulak sokong Indonesia kan?

salam U allzz,

Habis basi dah piala suzuki 2010 menyaksikan perlawanan sengit antara Malaysia dan Indonesia, baru 'i' nak gatai2 buat entry pasal ni eh..chewah.. i pon nak jugak ok...haha...walau dah lambat bagai..tapi nak juga wish kat rimau malaya atas kemenangan besar malam itu... tidak sia-sia terbang ke Indonesia sana dan menang... weewittt... caya la korang... tiba-tiba pas me dah jatuh centa ngan anuar zain..me terjatuh suka pulak ngan khairul fahmi...kekeke...marah nanti elia awek cantik si khairul nanti..ceh.. minat si khairul, baca blog awek dia pun rasa hot dan best gitu....kiki..moga bahagia hendaknya...

pic kredit to : google imej
Tahniah korang!!!

Apa yang me nak merepek di sini sebenarnya? Ceh....suatu malam yang bertuah itu dikala Malaysia ngah sengit nak lawan-lawan kejar bola ngan Indonesia, kami ( me n fwen, Kodi, Azirah & Syazana) keluar malam shoping2 sakan kat mydin Mall di KT yang besh nie...kiki... Me ngan zirah macam besa la..cakap longhat sabah..yalah kan..Zirah orang sabah.. i pulak sarawakian dan study kat labuan selama dua tahun dulu..op kos la me dah boleh la sikit2 cakap longhat sabah yang paliing biasa la...paling general la katakan.. 

Al-kisahnya, time me ngah coling2 ngan zirah tanya mana mereka orang pegi..dah la masa tu pulak orang tengah ramai dok menyaksikan bola di foodcourt kat MYDIN, tiba2 dia yang memang speaking 'sabah' ni speaking ala semenanjung pulak.. mula2 me heran gak... sekalinya dia bagitau.. haha.. masa dia cakap slang sabah tu..orang sekitar dok jeling-jeling...sekalinya..ingatkan kami ni orang Indonesia pulak kan>>>...

Haha..takutnya pulak masa tu kan> ya lah...tak dinafikan lau orang yang jarang dengar longhat sabah ni, memang akan suspek bahasa sabah ala2 bahasa indonesia... lagu dan iramanya seakan-akan sama... tapi yang sebenarnya amat berbeza...Nahu dan cara sebutannya amat lembut...beralun-alun.. bhaa...Boleh bha kalo ko!!

Ingatkan kes tu berakhir kat situ je... me pon kena gak... Masa tu ngah coling ngan adik si dia, memang me cakap slang sabah. Memang ternyata benar orang dok tengok2 me..,. kiki., ingatkan me pun penyokong indon agaknya..ceh... me pon pura2 sudah tukar dialek kesemenanjungan.. Masa orang tengah syok2 sokong Malaysia walau depan TV, tiba-tiba ada pulak orang ngah bercakap bahasa seakan bahasa Indonesia, terus semua orang berpaling tengok korang, apa korang rasa? Muka terasa merah..me terus diam lalu melangkah pergi padahal hati dah melonjak-lonjak nak tengok bola gak..haha.. Mau jugak me nak jerit..yeay... me sokong Indonesia..sila percaya!!! 

Ni la pengalaman terasa hot dan syiok keluar di malam orang tengah sibuk sorak bola walau tengah shoping... Bini, tunang dan awek pi shoping, dak2 laki semua berkumpul dok tengok bola sebiji ramai2 depan tv... 

"Awak p la shoping dulu ek"

"Abang nak p  tandas dulu"

Padahal p melencong tengok bola kat foodcourt...kehkeh...Cian si Isteri bawak anak keliling pinggang jalan kedek-kedek angkut anak kecik p beli barang...hihi.. Sila jangan membeli-belah kalau perlawanan genting bola sepak gini tengah berlangsung...haha...lau tak, si isteri membeli, si suami membelah.. memang korang membeli-belah laaa jawabnya...

p/s : yes..sayang kamu semua pemain bola sepak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia... Piala Suzuki 2010 memang layak untuk kamu... saya sangat gumbira...gumbira...gumbira... walau muka tengah hot dan malu-malu kambing bila orang dok sangka kami penyokong Indonesia...kikiki...









NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics