Wednesday, February 5, 2014

Teknik dan Strategi Penipuan AOWA, FRICO dan Sama Waktu Dengannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers,

Untuk permulaan tahun baru 2014 di Februari ini, entri awal pun dibuka dengan situasi yang kurang menyenangkan ini. Maklum lah walaupun sudah lama perkara ini berlaku namun hakikatnya semakin ramai mangsa yang diperdayakan oleh sindiket pemasaran yang amat "mengagumkan" ini. Jadi, mari kita imbas sekali lagi bagaima pihak berkenaan terutamanya AOWA menipu pelanggannya :-


1. Tatkala anda keluar dari mana2 kedai atau anda hanya lalu di hadapan booth mereka, anda akan disapa oleh beberapa orang promoter AOWA yang membawa sedikit souvenir atau hadiah2 kecil  atau beg yang mengandungi mug/pen/tuala/etc dan akan menawarkan barangan itu kepada anda dengan SATU SYARAT, iaitu anda harus mendengar atau memberi komen mengenai produk mereka atau mengenai green earth :). Siapa yang tidak teringin atau teruja mendapat barangan percuma kan?



2. Setelah anda mendengar penjelasan yang berjela-jela mengenai kebaikan produk mereka dan bagaimana produk tidak memberi kesan kepada kepanasan global dan kehijauan bumi (whatever), dan anda lebih2 lagi TERUMPAN dengan kata manis menusuk kalbu mereka...

"Kakak jangan risau, kami tidak jual barang. Kami mahu kakak bagi komen sahaja. MEMANG TIDAK JUAL."
3.  Ketika anda selesai mendengar penjelasan dan ingin beredar membawa barangan percuma katakauuu kan, anda akan ditawarkan KUPON atau CABUTAN BERTUAH yang hanya sah pada masa itu juga. Apabila anda buka, anda akan memenangi hadiah produk AOWA berupa 3 barang... WOW...sapa xmau kan?
Tak teruja kau dik non dapat induction cooker ni?

4. Promoter akan pura-pura terkejut dan tidak percaya dengan realiti dihadapan mereka. Mereka akan mengatakan bahawa sama ada tiket bertuah itu sudah digunakan di negeri2 lain dan sudah ada pemenang atau tiket menang 3 barang itu langsung tidak wujud. Sebabnya, paling tinggi pun kupon atau baucer yang ditawarkan ialah RM1000 apabila anda membeli produk mereka. Maka, dengan ketaksuban dan ketidakpuasan hati, mereka akan menelefon pihak HQ di Kuala Lumpur untuk mengesahkan tawaran kupon ini dan anda akan diminta untuk bercakap dengan HQ disana dan ditanya pelbagai bentuk soalan. Antaranya:-
  • Adakah kita ada kaitan dengan pihak promoter?
  • Adakah kupon/ tiket bertuah itu pernah dibuka sebelum ini (seal properly)?
  • Apakah nombor siri tiket itu? (anda akan diminta menyebut nombor yang tertera diatas tiket, padahal kalau kita nak menipu pun bukan dia cek betul2). Lain kali cuba sebut nombor sesuka hati confirm dia akan cakap tiket tu sah jugak!!
  • Adakah anda pernah membeli produk AOWA sebelum ini?
dan akhirnya, ANDA seorang yang AMAT BERTUAH kerana kupon tadi hanya tercetak beberapa keping sahaja di seluruh MALAYSIA. Tahniah!!



5. Kesemua promoter yang berada disana ketika itu akan berkumpul beramai-ramai mengucapkan tahniah  kepada anda dengan begitu gembira dan terlampau syok bertepuk tangan kerana anda lah insan yang amat bertuah sekali ketika itu, Mereka akan berjabat tangan dengan anda dan akan terus mengeluarkan produk2 yang dinyatakan dihadapan anda tetapi dengan satu syarat anda harus membeli satu barangan mereka terlebih dahulu. Bayangkan beli satu produk berjumlah RM2000, anda dapat barangan percuma berjumlah RM7000. Tak terbeliak ke mata cik kak>?  Semasa anda masih lagi keliru dan teragak2 hendak membeli, mereka sedaya upaya memujuk anda dan beria-ria mengatakan tiket itu hanya SAH pada hari itu sahaja. 



6. Apabila anda cuba membuka beg duit anda dan mengeluarkan kad pengenalan setelah memberi komen pada awal2nya, sebenarnya masa itu juga mereka mengintai adakah anda mempunya kad kredit. Almaklumlah, sekiranya anda mengatakan tiada cash money, kad kredit pun boleh.... Pelbagai teknik yang akan mereka gunakan supaya anda dapat membuka beg duit anda dihadapan mereka. Dan sekiranya anda cuba mengatakan anda akan ke bank, maka anda akan diiringi oleh promoter tersebut untuk memudahkan urusan anda padahal mereka tidak mahu anda beredar dari booth mereka.

7. Sedaya-upaya mereka tidak akan melepaskan anda daripada booth mereka. Anda akan didesak untuk  membeli. Sekiranya anda telah membeli barangan mereka tadi, mereka akan meminta anda membelanjakan mereka air atau makanan kerana anda adalah pemenang yang sangat bertuah didunia. Dan, anda berkemungkinan akan diumpan lagi, kerana anda telah menjadi ahli AOWA dan VVIP, maka anda layak untuk mencabut tiket percuma/ cabutan bertuah lagi. Makanya, anda pun membeli lagi barangan lain yang tidak anda perlukan :(


8. Sekiranya memang anda tidak mampu untuk membeli pada ketika itu, anda akan diminta meninggalkan deposit, Paling minimum ialah RM50. Andainya anda cancel, maka deposit anda akan burn. Bagaimana hendak mendapat deposit kembali? YA, katakan anda akan mereport kepada tribunal pengguna dan polis. dan kalau boleh bawalah sesiapa ahli keluarga anda yang GARANG ya amat kembali ke kedai menuntut hak anda. Mereka tidak akan dapat mencipta sebarang alasan untuk mengelak membayar kembali deposit anda.




10.  Mereka mengatakan produk itu diperbuat daripada Jepun. Tetapi adakah benar kualitinya setanding dengan harga dan bukan produk itu berasal dari China? Entah2 harga sebenar induction cooker yang konon2nya RM3599 adalah RM1000 sahaja. Fikir-fikirkan lah.

11. Lakonan yang terakhir ialah mereka akan bergambar dengan anda berserta hadiah2 dan sekiranya anda bertuah berkemungkinan gambar anda akan dipaparkan di muka berita ohoiii :))) hahahah.

Anda boleh melihat link2 yang saya sediakan untuk lebih paparan penipuan strategi pemasaran aowa :-

first link: also daripada blog saya 2012

P/s: sila berjaga2 dengan promoter di luar hypermarket anda. Tolong jangan diperdayakan lagi... :))... Pengalaman itu tauladan dan mengajar untuk lebih berhati-hati. :))))








Wednesday, July 3, 2013

Mari Beramal dengan Ayat Ruqyah | Ayat Rukyah

Assalamulaikum my lovely readers,

Punya lama tak update blog. Last tarikh hari tu pun 17 September 2012. Hampir setahun menghilang tanpa khabar dan kali ini muncul kembali. Ok lah, terang-terangan ain nak cerita balik atau update tentang ayat Ruqyah.

"Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya"
Antara surah yang terdapat dalam himpunan Ruqyah ini ialah :-

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah 1-5
3. Al-Baqarah 102
4. Al-Baqarah 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Qursi/Ayat Kursi) 255
6. Al-Baqarah 256-257
7. Al-Baqarah 285-286
8. Ali Imran 18-19
9. Al-A'raf 54-56
10. Al-'Araf  117-122
11. Yunus 81-82
12. Toha 69
13. Al-Mukminun 115-118
14. As-Soffaat 1-10
15. Al-Ahqaaf 28-32
16. Ar-Rahman 33-36
17. Al-Hisyr 21-24
18. Al-Jin 1-10
19. Al-Ikhlas
20. Al-Falaq
21. An-Naas


Durasi masa untuk  anda baca sendiri dalam 15-20 minit macam tu untuk lebih berkesan ataupun boleh jugak dengar melalui mp3. Ni untuk download dalam bentuk pdf Ayat Rukyah Syariah.pdf dan mp3 Ayat Ruqyah 4shared. Masa nak dengar tu, lebih baik guna headset atau earphone ye readers sekalian dan pasangkan volume yang tinggi.Pejamkan mata dan hayati bacaannya. Jangan ikut baca sekali sama ada dalam hati ataupun secara lisan. Ni jugak cara kita nak scan sama ada badan kita ni ada x benda yang tak elok menumpang. 

Selepas membaca ayat ini dikatakan bahawa, akan ada simptom2 ini muncul:-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....

Pembaca yang dirahmati ALLAH,

Tujuan ain nak update dan buat balik entri ini untuk berkongsi ilmu dengan anda. Pernah ain cerita dulu bahawa si dia pernah terkena kan? Ni nak cerita pengalaman sendiri. Bukan nak tuduh sesiapa yang hantar atau terkena sendiri, yang nak ditekankan semasa  ain mengalami sendiri kejadian ini.  

Waktu semasa belajar dulu, kerap kali tertinggal waktu sembahyang. Kadang2 balik kuliah pukul 6.30 petang, tertidur sampai lepas Maghrib, kadang2 hingga ke isyak (memang menyesal). Pernah sampai terasa bila kawan baca Quran atau Yasin pada waktu magrib, jiwa kita rasa sangat membara, panas gelisah dan tanpa sedar kita pandang dia dengan jelingan dan mata yang macam nak terjojol keluar. Sembahyang apatah lagi, terasa sangat malas dan kadang2 memang tinggal. Bahu terasa sangat berat macam ada orang yang duduk kat bahu kita. Marah jangan cakaplah... selalu je dalam keadaan yang marah, rasa nak melenting, buat apapun tak kena dan hati yang tidak tenteram. Kalau nak solat pun, ada je terlintas dalam fikiran macam2 benda yang tak elok. 

Kan dulu si dia pernah terkena dan ain pernah bacakan untuk dia. Satu hari ain cuba amalkan sendiri, tekapkan earphone dan pasang kuat2. Ya ALLAH, betapa panas dan kuat jantung berdegup. Benda yang menjalar kat bawah kulit bergerak laju daripada kaki ke atas badan balik ke paha dan kembali ke ibu kaki. Kepala dah teleng2 kejap belah kiri dan kejap belah kanan sebab benda tu tak nak bagi kita dengar. Air mata mengalir laju keluar dan ain menangis teresak2 seolah2 bila kita menangis ditimpa musibah yang berat. Tapi ain masih lagi sedar masa tu, ain pasti bukan ain yang menangis semata-mata tidak tahan panas yang membara, tapi benda tu menangis sebab dia tak nak dengar ayat rukyah, dia tak nak keluar dan dia rasa sakit. Serius semasa dengar ayat rukyah, badan memang panas, berpeluh-peluh, rasa sakit pada ibu jari kaki, perasaan berdebar  terlampau dan seluruh badan bergegar. Masa tu juga ain beritahu pakcik dia dan dia tolong ubatkan. 

Kata pakciknya, jangan sesekali tinggal solat, jangan tidur waktu lepas asar ke maghrib, rajin2 lah baca quran, jangan mandi berbogel ( ye adik2 dan wanitaku sekalian, sebab ramai yang tumpang tengok dan akhirnya jatuh cinta pada kita), rajin bersihkan diri terutamanya semasa dalam keadaan yang kotor (haid) dan jangan biarkan diri terlalu diulit oleh perasaan yang tidak enak. Contoh: kalau kita sedih sangat, kita sering termenungkan? masa tu la mungkin ada benda yang nak berdamping dengan kita...lagi2 lah masa kita marah. Sentiasa penuhkan masa dengan benda yang berfaedah.

Masa tu, alhamdulillah dah ok. Setiap malam amalkan membaca ayat rukyah sehinggalah sekali lagi manusia ini terleka. Masa kat rumah selepas setahun berlalu, malam magrib ada satu  program rukyah bersama ustaz2 dari Kuching datang ke surau di kampung dengan tujuan nak ajar bacaan rukyah dan scan sesiapa yang datang ke surau. Masa tu ain tak pergi pun, entah kenapa rasa sangat berat hati dan macam ada perasaan takut. Tapi ain duduk di luar rumah sambil dengar dari jauh sayup-sayup suara ustaz di surau dengan adik-beradik.

Ustaz tu kata:-
1. Tutup mata..tenangkan hati dan hayati ayat rukyah yang akan saya bacakan ini.
2. Jika ada sebarang tanda2, maka mungkin ada makhluk ALLAH yang lain berdamping dengan anda. Sesungguhnya ini ada lah dugaan dan cabaran kepada anda.

Masa tu, dengan bersandarkan tiang rumah, ain ikut arahan ustaz tu, pejam mata dan dengar bacaan syahdu ustaz, dan YA ALLAH, terjadi lagi simptom yang ain sebutkan diatas. Panas, berdebar, benda bergerak di bawah kulit dan menangis lagi teresak2. Kepala terteleng2 lagi kekiri kekanan. Sempat lagi berfikir masa tu, Ya ALLAH dugaan apa lagi yang Kau berikan padaku. Adik2 yang dengar ain menangis rasa takut gila. Untuk pengetahuan anda sekalian, masa bapak balik dari surau katanya da 3 orang meraung2 menangis semasa mendengar bacaan ayat rukyah.

Apa yang ain buat lepas tu, ain cari ustaz di Kuching dan buat rawatan dengan dia. Ustaz baca ayat al-quran, suruh kita duduk menghadap kiblat dan bersilat di belakang kita. Memang takut ain masa tu dan hati berdebar kencang. Alhamdulillah pulih juga dari benda yang tak elok. dan percayalah, ustaz tu cakap benda yang sama seperti pakcik si dia bagitau. 


"Kembalilah mendekatkan diri kepada ALLAH..laksanakan apa yang ibadat dan jauhkan segala yang mungkar( terpaku seketika diri ini). Amal maaruf nahi mungkar". Beramal dan berkawanlah dengan Al-Quran."

Sesungguhnya apa yang terjadi kadang2 berpunca dari diri sendiri. Walaupun memang ada orang yang dengki pada diri kita dan hantar benda syirik segala, tetap itu semua urusan ALLAH dan DIA memang hendak menguji kita sama ada kita sabar atau tidak menghadapi benda yang tidak elok begini. Sebab tu, ain ceritakan pada kawan2 maya sekalian bahawa benda macam ni memang wujud dan kalau boleh kita protect diri kita dengan beribadat kepada ALLAH. Sembahyang itu tiang agama, itulah pendinding diri yang terbaik buat kita. Ampunkan aku Ya ALLAH, atas dosaku yang lalu...

Jadi, pembaca yang dikasihi, bacalah atau dengar lah ayat rukyah ni sebelum tidur serta biarlah tidur dengan berwuduk. Kalau nak cuba untuk scan sendiri pun cubalah. Lau ada tanda2 yang disebut di atas, cepat2 lah pergi berubat. Buang rasa malu dan kita tak nak benda gini memudaratkan diri kita.

Salam ukhwah :))







NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics