Thursday, April 21, 2011

Sejarah seni Usop Wilcha | Saya masih muda lagi..

Salam semua,

Rasanya semua orang kenal Usop Wilcha kan? Usop atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri pada asalnya seorang penyanyi sebelum terjun ke bidang lakonan nie. Nama komersial beliau ialah Shy8... Actually, ain pon xtau nama beliau ni apa sebenarnya...tapi dengan meledaknya filem hantu kak limah..amek kau.. populariti beliau mencanak naik.. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya.... hihi..suka dengan lakonan beliau di sana...

Awok ni bekas penari kebudayaan..sebab tu la tangan awok ni macam nie.. hehe

Nama sebenar: Syed Mohamad Asri
Nama artis: Shy8
Nama glamer: Usop Wilcha
Umur: 46
Album: Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik tahun 1996
Aktor: Menjadi pelakon ketika usia mencecah 30-an
Isteri: Noorafiza Abdul Aziz, 28
Anak: seorang je..Syed Caliph Umar, 8 bulan
Pekerjaan lain: Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad



Giler chomel kan anak die..cute sangat.. isteri pun masih muda gitue..

arrrggggghhh..comelnya..pipi tembam..ni rambut dah banyak sikit..sangat cute ok.. macam nak geget2 je pipi dia...


Menurut Usop wilcha nie, Filem Hantu Kak Limah tu sepatutnya menjadi filem terakhir beliau sebelum beliau nak mengundurkan diri dalam bidang seni...tapi tak sangka, dengan kehadiran filem itu akhirnya menyebabkan beliau dikenali ramai dan bermulalah episod beliau kembali dalam bidang lakonan..

Komen ain: Nasib baik Usop Wilcha kembali berlakon..kalau x, asyik terbayang la lambaian tangannya tanpa orangnya lagi..fuhh...

Pemangkin kegemilangan Usop sudah tentunya Pengarah Mamat Khalid. Incik Mamat nie merupakan teman lama Usop dan dah lama berkawan selama 10 tahun. 

Kata usop lagi:-

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.
"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.
"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.
tuan direktor Hantu Kak Limah Balik Rumah @ Juri Maharaja Lawak 


"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun,"

Soley..soley..soleley..

So, korang peminat2 usop wilcha nie, sila nantikan filem terbaru beliau sekuel daripada Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Rasanya ini pun arahan Pengarah Mamat Khalid jugak. :))

Korang2 yang nak baca lebih tu, sila klik Cosmo ni tau..sumbernya ada di sini..TQ

p/s: Usia tidak mematahkan semangat seorang insan yang mempunya cinta dan cita...


"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," 




Wednesday, April 20, 2011

Tutorial Make up Kening tanpa cukur @ shave

Salam semua,

This is a good news pada sape yang suka mekap...suka kening ala2 akak Ziana gitu...tapi xmo cukur kening segala...xmo cukur2 ek.. haram..ops..

Lau betul nak study, korang sila klik abang nuex-mekap artis ini ok... ni semua beliau yang ajar..siap ada step2 yang ringkas lagi nak ikut...Tq pada incik kerana sudi share... Incik Nuex ni pon mekap artis yang berjaya gak..mekap beliau cantek2 nie...

lawakan?

tengok?
kening akak ziana gitu..wow..ini step guna gam stick NON-TOXIC

Oh ya, lau nak tau langkah2 diatas sila la korang meng-CLICK kan link yang ain bagi diatas..apapun, good luck study membuat kening..

p/s : Saya baru beli gam-RM1.80 sahaja..kekeke



Tuesday, April 19, 2011

Mari puji-memuji..!!

Salam semua,

Entri ini telah dirangka terlebih dahulu ketika berada di dewan exam..punya lah banyak masa lagi..dah xtau nak menggoreng apa dalam kertas exam ANATOMI...maka, saya dengan bangganya memikirkan apa tajuk entri blog yang terbaru..macam xde keje kan?.. Sila puji...

yang paling penting : mari puji memuji tuhan yang esa..


Semua orang sukakan pujian kan? Sape tak suka, sila angkat tangan macam saya? haha... Puji-pujian melambangkan penghargaan yang bermakna dan yang paling penting jikalau orang yang melafazkan pujian itu dari insan yang tersayang...hati kembang setaman..  Namun, terlalu banyak adegan puji memuji ini semestinya akan membuat hati lalai dan alpa...almaklumlah, dah kena puji nak bangga diri..dah naik riak dan sombong nun ha..pandang orang sebelah mata..alahaiiiiiii...manusia...

Bila part puji memuji ni yang bestnya apa? Condifent  confident diri akan meningkat.. Bila adik2ku memuji "Oh ain, sedapnya ko masak ni", punya la hepi kan.. Cuba kalau ko cakap tak sedap...

"ahh,,sudah...aku xmo masak lagi...."

Puji ni biarlah ikhlas kan kawan2?Ada orang puji sebab nak dapatkan sesuatu.. Maka bermulalah episod 'kipas mengipas"..

kipas selagi mampu..huh


Si polan: " Tuan, semenjak kehadiran tuan sebagai pemimpin disini, ternyata ekonomi pesat membangun, rakyat semakin maju, tiada lagi warga yang hidup di tampuk kemiskinan ."  

Si anu: Ya..hmmmm( senyum lebar sudah)

Si Aku: Ewah2...Nah...pantang kena puji sikit, si kaki kipas yang dapat habuannya..orang yang bekerja guna tulang tiga empat kerat..mata terkebil2 je... Tu la dik2 non oii..ko kena pandai kipas (emmm>...pikir lah sendiri..)

Begitu juga kisah romantika uda dan dara..

Uda: "Cantiknya sayang ni..tidak pernah i lihat wanita secantik u".
Dara: :" Ye ke sayang? ( Muka dah blush, senyum dah lebar, hati dah riak)

"Mirror, mirror in da world, Sepakah perempuan paling santek di Malaysia ini"

i la santek..


Uda: "Op kos lah u, baby..U la yang paling lawa..gebu..mulus..( Mulut puji2, tangan jalan2, mata pejam-pejam...)


*****************************

Pujian dilempar..
Hati gementar..
Nafsu meronta..
Kemana hilangnya istighfar?

Maruah diri sudah kau lontar..
Hasil yang kau tanam dah mula nak mekar..
Dah jadi gini..baru nak gempar..
Hati keluarga ko tabur selumbar..
di akhirat nanti..nantikan api neraka menyambar....

********************************

Kalau nak puji, biarlah ikhlas..bukan puji untuk dapatkan sesuatu ..bukan jua memuji kerana memerli.. dan bukan jua memuji kerana terpaksa.. Banyak memuji pulak, orang akan jadi lupa daratan.. kekurangan diri semuanya tak nampak..maklum lah ada orang asyik bekap... kadang2 orang kutuk tu lagi baik dari memuji... supaya kita sedar apa kurangnya kita...tapi ko jangan kutuk lebih2 sudah...i nangis kang..!! hahaha... biol..


**********************
Mari nyanyi lagu ini...


Hanya Memuji 

Sejenak daku pun terpanah
Melihat dia di depanku
Dia menjerat hatiku
Menatapku, tajam

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam... wooohhh

( korus )
Kuakui, tubuhku melonglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan fikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

( ulang korus )

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebuh
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

( ulang korus )

Tuhan katakanlah
Diri ingin dipuji
Biar berteman saja
Biarkan

( ulang korus 2X )

P/s : Apa kaitan lagu ini dengan tajuk? ya..yang penting ada perkataan puji..haha

Monday, April 18, 2011

Taktik Si Pencuri Kangkang!!

Salam, 

Oh, sangat terperanjat dengan klip video yang ain dapat dari FB..Macam2 taktik orang nak mencuri sekarang.. dengar2 kes ini berlaku di Sabah.. So, kedai2 dan butik2 sila berhati-hati dengan taktik si pencuri sekarang..

             
pencuri                             






Giler hebat orang2 nih..pencuri profesional ka apa.. hebat ar..curi dengan banyak pulak tu.. pastu jual balik kat orang...


Eeuuwyyakzz.. tak geli meh pakai balik tudung yang diletak kat celah ****..yukzz


Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya DUN Sarawak :BN menang| Emak bila nak belanja?

Salam u ols,

Setelah berhempas pulas akhirnya pilihan raya Sarawak berakhir, ternyata keputusan masih memihak kepada BN. Sebagai warganenegeri Kesarawakianan, harap2 dengan tampuk pimpinan baru ini akan mengubah nasib anak2 sarawak. Jangan hanya berjanji manis..menabur manifesto yang bebaur kenikmatan yang amat-amat...tapi hasilnya apa pun takda..  

Mari lah mari...pegi mengundi...

Awak,
awak dah menang..
jadi..
Sila jalankan tanggungjawab awak yang sepatutnya..jangan lagi menghampakan harapan rakyat yang masih tinggi dan percaya kepada awak...
Ni 8 kerusi dah hilang..kalau awak tak jaga, entah berapa banyak kerusi lagi bakal menghilang..
Ternyata rakyat masih lagi memilih awak..bermakna awak masih lagi dihati..
Namun, sekali awak mengguris hati mereka,
selamanya mereka akan berpaling tadah..

***********************************************

Emak,
heheh...BN dah menang..apa lagi?
Jum pi Shopping...kekekke.


P/s: saya budak bawah umur, masih belum lagi boleh mengundi...hehe.. tunggu saya balik la naa...!!!


Fakta yang input dan output?

Salam readers, 

Malam ni nak kongsi cite2 dan fakta menarik kat korang. Tak tau la sama ada korang dah tau atau tak...mari sama2 kita share ilmu yang kita ada...hehe... Tiap kali masuk kelas Anatomi dan Fisiologi haiwan, mesti ada benda baru yang kitaorang belajar sebagai pelajar biologi..pasal sains dan kehidupan...Anyway, a lot of thanks to Dr. C for sharing the info with us...

1) Botak, membotakkan dan kebotakan
Semua orang tak nak jadi botak...KaLau dapat dielakkan, memang wajib nak elak benda nie.. Biasa kita dengar lelaki je botak, tapi sekarang perempuan pun berpotensi untuk botak.. Menurut beliau, jika salah seorang dari ibubapa kita botak, maka salah seorang atau beberapa anak2 akan turut menjadi botak. Apatah lagi kalau kedua2 ibubapa kita botak... Ini menunjukkan botak ini sejenis trait yang boleh diwarisi dari keturunan ke satu keturunan yang lain... Ternganga pulak ain masa tu..tiba-tiba teringat kat si dia masa tu dan teringin nak tanya..

"Awak, awak ada ciri-ciri botak, kebotakan dan membotakkan tak dalam family? Lau awak ada, abislah nanti bakal anak-anak saya jadi botak gak.." :-))) + :-(((

Ini membotakkan
Ini kebotakkan

2) Pelumba F1 pakai diapers?
Masa ain dengar pasal nie, ketawa tak hengat masa tu...Nampak sangat kami ni kurang membaca..yolah..asyik baca gosip saja.. Kebetulan belajar mengenai bab excretory sistem, maka terbukak lah kisah bagaimana pemandu F1 memakai adult diapers... Why? why? tak macho la macam tu... Punyalah hensem gagah perkasa memandu di litar..but why u...? hihihi...



Badan kita berfungsi seiring dengan fitrah yang diciptakan ilahi... sudah kita makan banyak-banyak,  mestilah nak dibuang kan? Sama ada dalam bentuk pepejal + Cecair+ peluh.. So, bahan buangan yang nak diceritakan disini jenis cecair ye.. Kebiasaannya, manusia boleh bertahan dan menahan air kencing selama dua jam +++ paling lama pun.. Perempuan bertahan lebih lama dari lelaki...hehe. So, kita tau kalau berlumba tu paling koman pun habis 2 jam lebih kan? Tambahan lagi dengan masa persediaan. Abis je perlumbaan, lau menang terus celebrate kan> Korang ada nampak x dia p tandas masa habis perlumbaan?>>> So, masa bila diaorang kencing... ? keke..lu pikir lah sendiri...

3) Sedangkan manusia  tukar jantina, ikan pun boleh juga..
Selalu kita dengar isu transeksual saje, pertukaran jantina itu berlaku..Ada lelaki nak jadi perempuan..dan ada perempuan nak jadi lelaki... Isu ini dah lama...kontroversi sangat cuma kadang2 bila kita dok cerita sana sini, banyak pihak terluka...yang TERTUKAR terluka, keluarga merana...hati tersiksa..ahh..mengarut la ain ni.. yang sebenarnya nak dok cerita pasal ikan la naaa...

My Peberet Nong toom @ Parinya muay thai

ni pompuan da jadi laki- "he" was pregnant ok...

Oh ya, 
Pasal ikan tadi.. bila belajar bab reproductive system ini...memang menarik...betapa agung kuasa ALLAH mencipta segalanya..ikan pun boleh tukar jantina bila tiba waktu dan ketikanya... 

ini clown fish a.k.a nemo bukan nama sebenar

Sejarah: Jantan jadi betina
Terma: Protandrous
Alkisahnya: 
Ikan ini biasa hidup dalam kumpulan( harem) dengan seekor betina yang besar gedabak hidup bersama sekumpulan jantan. Jantan2 ni ada sekor je yang boleh membiak dan saiznye sedikit besar dari saiz jantan2 yang len. (Maknanya, saiz jantan2 mandul ni kecik la noo). So hanya si betina dan si jantan sekor ni je lah yang menghasilkan zuriat... 

Jadi apabila satu hari si betina ni kena tangkap oleh manusia ka, kena makan oleh pemangsa ka, hattanya, kumpulan ni dah hilang sang RATU tadi.. makanya, si jantan yang subur dan sederhana besar tadi akan take over  dan bermulah kehidupan beliau sebagai sang betina. Dan, salah seekor dari jantan2 yang tidak bisa membiak itu tadi, akan ambil alih pulak posisi si jantan yang power(yang dah tukar jadi betina tadi)  dan dia akan boleh membiak dan saiz nya akan menaik. Akhirnya, jantan yang baru ni la akan mengawan dengan si betina jadian itu tadi.. hihi..

Ada lagi satu ekor ikan naa...nama dia Angelfish.. len kali la cita pasal dia..bubye..mengantuk suda...

p/s: budak2 bio yang len, kot kalau ada salah dalam info ini, sila betulkan beta ya...TQ







Saturday, April 16, 2011

Usop Wilcha @ Maharaja LAwak 3 - Serius sangat Best | Jozan pun Mantap kott

Salam Pembaca setia,

Kali ni ain nak kongsi kat korang video Maharaja Lawak episod 3 hokeyyy...yang pastinya dengan kehadiran Usop Wilcha sebagai tetamu undangan...memang best sangat... 

Tema pada kali ini ialah : Muzikal
Cuba senyap.....

*******

            Cer...tinggi....cer.....tinggi....
            Kome...kome...kome....kome come & go....
            Kome...kome..kome...kome...pushstop.... 


amik google..tq


Cute kan Si Usop nie...

Well, 
        seperti biasa Jozan memang tetap lawak dan kepopularitian mereka semakin menaik. Pengisian lagu yang ngam ngan topik, tepat dan menghiburkan.. anyway..suara mereka memang sedap pon kalau menyanyi.. masih lagi teringat Johan ngan Zizan semasa mengacarakan program Raja Lawak musim berapa entah yang episod muzikal gak..versi Along Bukit Beruntung, lagu hindi...dan banyak lg....kadang-kadang lagi best dari peserta..hihi..but anyway in this program, Maharaja Lawak, they are the contestant and the competitor..so bro, fighting & chayok...!!!



Oh ya, the other group yang best jugak macam biasalah Sepah... dan gabungan yang kian mantap dari minggu ke minggu ialah kumpulan JAMBU = Tauke + Yus... Kumpulan Jambu ni memang persembahan sentiasa menarik, idea tak pernah kering...dan yang penting..kerjasama...kerjasama diaorang memang terbaik...Mamat Khalid suka aje... thumbs up...kekeke..i loike toooo...



video2 ni ain dapat dari blog itu dan ini..tqII

p/s : Saya sokong Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu...Sape setuju sila angkat tangan macam saya....!!! Sol....mari abah dodoikan Sol....Soley..soley...Soleley..



Wednesday, April 13, 2011

Emak zaman dulu..Emak zaman sekarang - spesel entri untuk emak..

Salam my dear readers,

Saya datang lagi...(sila baca macam Tora datang lagi!!!!) hehe. Telah lama bersawang tidak berhapdet blog ini. Almaklumlah sibuk memanjang. Sangat sibuk sampai tak tau nak buat apa2 kerana Si M itu telah memaksa diri untuk berehat dengan sia2..

Oh ya, entri kali ini nak cerita pasal emak. Apa beza emak dulu dengan emak zaman sekarang? Emak saya bernama...Puan salomah (bukan nama sebenar). Emak lah yang jadi kawan baik aku dan dia jugak ar jadi musuh ketat aku satu ketika dahulu.

ini puan salomah a.k.a isteri encik ismail ye.


Orang yang paling garang ialah emak. Garang-garang bapak sama sekali tidak dapat melawan emak. Emak kalau pukul aii..apa saja barang di depan mata bisa menjadi alat untuk memukul..tidak kira apa saja... pisau, rotan, pembaris panjang dan paling glamer tentulah hanger a.k.a penyangkut baju. Emak dan bapak lau memukul selagi hanger tu tak patah belum berhenti gamaknya. Mula2 aku nangis macam nak rak..lama2 jadi imun..kebal konon sebab selalu sangat kena.. biasalah, zaman itu ada abang dan adik lelaki saja (amin, aku dan sapik)  konpom aku jadi sangat nakal dan tomboi...hah. 

ini hanger. wajib patah selepas digunakan untuk memukul


Pisau pun boleh jadi jugak. Sila bayangkan pisau ini panjang dan tipis. Barulah pukulannya sakit gitu. Kalau tebal dan kontot, maka pukulan itu hanya rasa sejebik sahaja...haha



Kami suka sangat main kat luar sampai lewat senja baru nak balik... Emak dah marah...Masuk rumah,..tengok muka mak, mak diam2.. kami senyap..tengok muka mak sekali lagi..ahh.. dah tampak cahaya amuk yang bakal meletus tak lama lagi... kaki dan minda dah set siap2 nak lari.. Nah, memang benar, mak marah ya amat.. mak kejar bawa hanger, kami tiga lari pegi luar rumah. Mak kunci pintu. Mak tutup tingkap rapat-rapat. Kami terkurung kat luar rumah. Sampai ke tengah malam langsung tiada sapa menjenguk. Sedihkan? tapi oleh kerana kebijaksanaan kami, apa lah susahnya. nampak tingkap tingkat atas terbuka, abg pegi panjat..dan dia tolong buka pintu. Selamat akhirnya.

Kadang-kadang, abang dan sapik selalu kena ikat kat pokok kelapa diataskan kesalahan tertentu. Aku sama sekali tidak pernah kerana aku sedikit  baik. Paling kesian, sapik masa itu tidak berbaju ditambah lagi dengan kehadiran kerengga atau semut api...alangkah malangnya beliau. Aku hanya boleh tengok dari jauh..senyap...

Pernah satu ketika, kami sembunyi dalam tandas kat bahagian atas semata2 menyelamatkan diri dari amukan suasa mak ( haha..sapa suruh nakal sangat kan). Bayangkan berapa lama kami terperap dalam jamban tu.. siap bentang surat khabar dan baring kat lantai jamban. Nasib baik jamban tu jarang digunakan. Kadang-kadang aku dan sapik yang kena, kadang2 amin dan sapik. oleh kerana kelaparan, pukul 12 tengah malam gitu, line dah clear baru turun dapur cari makanan. Bawak makanan pegi masuk jamban pastu makan. Aii...bila dipikir balik, masa tu kami xgeli ka makan kat jamban...? entah..takut yang teramat sangat tak fikir dah soal tu. haha..dah kebulur la katakan...

Pernah satu hari, emak marah sangat pasal apa entah... kami sembunyi dalam tandas lagi. Sudahlah tandas tu bukannya simen sepenuhnya. Emak boleh kopek papan nipis ( macam kadbod) semata2 nak dapatkan kami. Punya lah kami takut sampai dah siap sedia atas siling nak lompat ke bawah. Keselamatan tak fikir lagi..yang penting tak kena pukul. Nasib baik emak berhenti mengopek dan membuka papan tu. Kalau tak, mungkin kaki aku dah terseliuh disebabkan pendaratan yang tidak sempurna.

saya menci mak

Itu emak yang aku kenali masa zaman itu. Aku benci dengan emak. Kenapa emak pukul aku. Adakah aku ini anak yang tidak berguna? Adakah emak tak sayang aku lagi. Selalu pas mak pukul aku, aku akan mogok makan. tapi malangnya, tidak berjaya kerana ia hanya mampu bertahan selama beberapa jam sahaja kerana aku sememangnya tidak mampu menolak makanan dari kecik lagi. ahaha..Pas tu, Aku selalu fikir nak larikan diri. Keke..biar emak gembira aku takde lagi. Wah..betapa tidak matang sekali aku pada masa itu.

 Setelah aku meningkat remaja da masuk sekolah menengah, umo pun dah bertambah.. maka aku paham segala tindakan emak itu. Baru aku paham kenapa mak pukul aku. Kenapa emak marah... kenapa emak kurung kami... sememangnya anak2 emak ini tersangat lah degil dan kuat memberontak semasa kecil.. Terima kasih mak kerana meletakkan tanda bekas pada badan kami..kerana tanpa emak kami tidak akan menjadi seorang 'anak' sekarang..



Emak masa kini...merupakan my best-best-best pren... dia lah tempat aku mengadu..tempat aku bersoksek..tempat aku bergosip..tempat aku meminta duit..haha.. Emak sekarang dah paham jiwa anak dara dia. Mak lah kawan aku bershopping...kawan aku masa aku nak nangis.. Emak lah segala-galanya.. Tapi satu je aku susah nak gitau emak, kalau dua miggu lepas emak bank in duit, minggu ni aku dah abiskan duit itu     (boros betul perempuan ini)..aku lebih rela senyap..sanggup berdiet tak makan..kerana aku tidak rela mendengar emak membebel..potpetpotpet...haha...emak..im sorry.. luv n miz u from whole of my heart..liver la. 

p/s : Saya anak emak..anda bagaimana? haha...gila kentang soalan ini.










NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics