Wednesday, October 19, 2011

Apasal la aku malas sembahyang.....?

Apasal la aku malas sembahyang......
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.....

Apasal la aku malas sembahyang........
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh nak luang.....



Apasal la aku malas sembahyang.........
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu biar boleh pikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa la aku tak kenang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket consert aku sanggup beratur panjang,
Apa ingat masuk syurga boleh hutang.....?



Apasal la aku malas sembahyang........
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....

Apasal la aku malas sembahyang.........
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa yang dapat halang..

credit to :- UstazMukaBuku

p/s: Kadang2 terasa hinanya dan rendahnya diri ini dihadapan Allah..amalan akhirat belum cukup..namun kesenangan dunia sibuk digali... Ampunkan kami umatMU ya tuhan..

Thursday, October 13, 2011

Wordless Thursday? | adakah? haha...ikut sesukasuki laa








:))) :-P  :->



Sunday, August 14, 2011

Lee Chong Wei Kecundang | Takpe Kami tetap sokong awak keakhirnya..

Salam semua,

Rasanya semua dah sedia maklum datuk kita, Lee Chong Wei akhirnya kalah jua ditangan Lin Dan Pemain badminton China yang pada mulanya ranking kedua dunia. Walaupun dapat tempat kedua, namun alhamdulillah lee chong wei mampu memberikan permainan yang sengit. Kemenangan awal pada 1st set namun kalah mudah pada set kedua..alahai.... Kekalahan  Chong Wei ini mengheret ke Rubber set dimana Lin DaN menang tipis dengan 23 vs 21.. Lin Dan menang2 dan dan buka baju...tak takut kena banned ke bang..hahaha...
Kami tetap sokong kamu, datuk!!

dan dan buka baju.. huh :p

Lin Dan ni memang hebat lah main pon, skill marvelous, badan mantap. muka ado, cuma satu je tak suka. Perangai dia cam berlagak sikit...teringat masa pertemuan Lin Dan vs Lee chong wei kat sarawak dulu, Lin Dan kalah. Semasa menteri nak kalungkan pingat kat leher Lin Dan, dia tak nak pun tunduk dan mintak je pingat tu letak kat tangan dia...aii..lau skill bagus, perangai tak elok pun, tak kemana bang...

Apapun datuk Chong wei...kami tetap sokong kamu,...go go Malaysia...we luv u... :))))


Friday, July 22, 2011

Bercinta dengan orang lain..bertunang dengan yang lain..berkahwin pon dengan orang lain...| itu takdir ~

Berjanji hidup bersumpah setia...


Apakan daya jodoh tiada...
Sampainya masa bertunang pula..dengan insan pilihan keluarga..


Namun sayangnya hubungan tak kemana..
Ditahan hati dibuang sayang..


bertemu pula lain jejaka..hati terpana terpaut suka
Inilah sayang..jodoh kita..sehidup semati janji bersama..
Zuriat ku lahirkan bukti cinta..
tanda ingatan penuh mesra..

Dimanakah kasih janji kau tabur?
Katanya semati..namun mengapa kau pergi dulu..
tingggallah aku sendiri terkapai-kapai
setelah cintaku dibawa pergi...
Oh tuhan, betapa aku redha atas kehilangannya..
Tempatkan dirinya di kalangan mereka yang beriman...

Kepadamu sayang insan yang pernah begelar suamiku..
nantikan aku di alam sana...
semoga disana kasih kita tetap abadi..
inilah sumpah setia selamanya...


P/s: tiada kaitan dengan diri ini..hanya sekadar coretan buat insan yang pernah mengalaminya.. :))






Wednesday, July 20, 2011

Kenapa perlu wujud Adab melawat pesakit?

Salam semua,

Maaf andai kiranya terlalu lama menghilang...sungguhpun cuti tanpa kerja ( menanam anggur ) namun still have work to do..menjaga nenek yang sakit kena strok. Hampir dua bulan nenek tercenta ni jatuh sakit  dan tak mampu nak berjalan dan bercakap, but now, alhamdulillah dah boleh bercakap dengan jelas dan terang tapi masih tak mampu berjalan lagi. Tapi still boleh menggerakkan diri menggunakan punggung untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain..itu pujian untuk Allah..alhamdulillah..dipermudah dan diringankan sakitnya.. Apa urang sarawak madah..dah boleh berinsut..selamak tok mala beriber jak..:))

Ok, talking about ADAB... Rasanya dah ramai orang tahu adab melawat atau menziarahi pesakit.. RAMaiiiiii yang tahuuu tapi berapa ramai yang mengamalkan dan mempraktikkan amalan mulia ini ?

**Blank**



Adab ini mudah..senang nak faham tapi tak ramai yang amalkan benda ini.. sebagai orang yang menjaga orang yang sakit..tak dinafikan terasa jua keperitan dan kepayahan bukan saja melayani pesakit malahan berdepan dengan tetamu yang melawat pesakit..bermacam ragam dan karenah..

Mari kita lihat adab melawat pesakit:- (diambil dari nota ilmu). FYI, saya ambik mana yang penting sahaja.

1) Jangan melawat pesakit lama-lama melainkan pesakit gembira dengan kehadiran kita
komen: Kita bukan melarang tetamu untuk menziarahi pesakit..cuma kadang-kadang kehadiran tetamu yang terlalu lama ( memakan masa sampai 3 hingga 4 jam) mungkin telah mengganggu sedikit sebanyak pesakit dan keluarga pesakit.. takkan kita sebagai orang rumah nak tinggalkan tetamu begitu sahaja kan> Kadang2 ya allah, punyalah kudrat kita sendiri kurang berdaya, datang pulak tetamu yang tak reti2 nak balik ( kita bukan menghalau) cuma penat ya amat..sukar digambarkan..ditambah pula dengan kehadiran tetamu setiap hari...

2) Jangan takut-takutkan pesakit, sebaliknya berilah berita gembira seperti dia akan cepat sembuh dan sebagainya.
komen: Statement yang awal tu amatlah ditekankan sama sekali.. TOlonglah jangan menakutkan pesakit dan berkata ikut sesuka hati awak sahaja...kita ada ilmu, ada akal..jangan bercakap sembarangan.. Orang kata : cakap siang pandang2, cakap malam dengar" entah betulkah pepatah ini. Sungguh awak kurang ilmu, jangan tunjukkan kebodohan awak.. Please, orang juga punya hati dan perasaan.. Jangan robek perasaan pesakit dan jangan tusuk perasaan keluarga pesakit.. Pening dengan karenah tetamu yang pandai menunjuk ajar padahal tak tau apa2 pasal pesakit..

kesian baby ni kan? 

" Makan guna tiub, entah kenyang entah tidak..cuba makan guna mulut..baru lah ada rasa dan kenyang..minum susu belum tentu elok"

>>> aduii..dah tentulah ada sebab mengapa doktor nasihatkan dibagi makan guna tiub.. terang2 ditulis, please advise family do not give food by mouth..sebab apa? Tentulah pesakit belum boleh makan seperti biasa dan belum boleh makan makanan keras lagi.. makan sikit guna mulut, tersedak.. Kot-kot sesak nafas, siapa yang akan dipersalahkan? saya jugak...:((

tiub dicucuk dari hidung sampai ke perut (disukat panjang terlebih dahulu)


" Cuba masa mula2 kena sakit dulu, jangan bawa pergi jumpa doktor, bawa pergi berurut. Sekarang ni dah xboleh jalan dan penat2 la kena makan guna tiub"

>>> bolehkah jangan bercakap benda buruk dan sesuka hati anda.. At least, kami berusaha bawa dia pergi cek dulu..Apa guna wujudnya pusat perubatan kalau tiada makna? Habis, kalau berurut terus2 tanpa tau apa sakitnya, takkan kena strok kah? Yang awak sendiri kena kencing manis, lau tak dibawak jumpa doktor cepat2, kaki awak dah kena potong tau?...masih ramai lagi orang-orang tua kita tidak percaya kepada pengamal perubatan..mungkin takut.. Harussss bersabar dengan karenah orang pelbagai usia...;))

Maaf, bukan bermaksud nak kurang ajar kepada orang yang lebih tua, cuma mulut terasa ringan nak menjawab tatkala hati tak mampu bertahan....the only thing can i can do..just smiling and say OK..

Banyak lagi adab melawat pesakit, kita sendiri mampu berfikir cuma ini yang saya ingin tekankan.... Sila bercakap baik dengan pesakit..sudahlah mereka bertarung dengan penyakit, ditambah pula dengan kehadiran kita yang memberi tekanan negatif.. jatuhlah mereka. Sila sokong mereka dan kongsikan kekuatan anda.. Allah masih kurniakan kita kesihatan yang baik..andai allah tarik balik, sekelip mata sahaja kita juga berkongsi perasaan yang sama sebagai pesakit.

p/s : Actually, banyak lagi kata2 yang menyakitkan hati dari tetamu bermulut busuk..cuma kita masih mampu tersenyum dan say OK..:))). Kita tidak mengharapkan anda membawa buah tangan sekalipun, cuma cukup anda datang mendoakan pesakit..dan menggembirakan hati pesakit..

****Peace yo!!!*****

Friday, June 10, 2011

Demam Running Man

Salam semua,

Untuk kesekian kalinya, saya memunculkan diri lagi... Kali ni, for sure nak cerita pasal Running Man rancangan realiti KOREA..verrryyy the funny..muahehe.. memang seronok la..penuh dengan aksi, games, lucu dan dll..
So, korang rugi lau tak tonton rancangan nie..Lau nak download, better korang donlod kat FB..senang.. ada page sendiri SUBS..SUBS ni bertanggungjawab untuk menterjemah bahasa dari bahasa KOREA ke English.. jadi kita leh la jugak fahamkan... ( tiba2 macam rugi xbelajar bahasa koreakan? 

Sekarang ni, subs FB dah release episod 39 bersama Sunny dan Yoona ( Kumpulan SNSD). Tak sabardah nak tunggu episod yang de latest..but, we hav to be patient..dear..gives chance to them to translate and support them..

Yoo Jae Suk

Kim Jong Kook

Ji Suk Jin

Song Ji Hyo

Kang Gary

HaHa @ Ha Dong HOOn

Lee Kwang soo

Song Joong Ki

Lizzy


Running Man Members

Berita sedihnya, Song Joong Ki dah meninggalkan RM untuk episod 41 terakhir kalinya..uwaaa..harunya.. Dan sapakah yang bakal mengganti the pretty boy Joong Ki.. :((

P/s: Jom pakat ramai2 sokong dan tonton running Man..






Wednesday, May 4, 2011

Kek Lapis Sarawak – Kek Masam Manis @ Kek Lapis sisik Ikan

Salam semua,

*UPDATE (24/9/2012)  : sila tengok resipi lengkap di Jom Berambeh Ke Sarawak :) My second blog just about sarawak. Have fun and make some intereting cake..Layer cake.

Untuk pertemuan kali ini, chewah..Cuma nak share pasal kek lapis Sarawak yang fofular gitue... setiap kali raya menjelma, tidak lain dan tidak bukan kek ni la wajib ain buat. Memang banyak kek Sarawak yang sodap2 dan nyaman..BUT kek ni kena ada ada sebab Si dia suka makan kek ni..favourite katanya..mungkin sebab rasanya yang manis dan masam2… Biasanya kek Sarawak memang manis macam orangnya..ahaha.

amik dari google.. 
tengok susunan asamnya..kemas membentuk sisik ikan (cycloid @ ctenoid))


Tahap kesukaran kek ni  kalau dari 0 sampai 10, ain bagi 8 la… sebab kek ni korang kena susun asam tu satu2..kalau salah susun, sisik ikan dia tak kan menjadi… Oleh kerana i ni terlebih profesional, maka kek ini telah menjadi begini...>>>

haha..lawa kan?

 
Ekceli, nak menyusun asam syiling pun memerlukan teknik dan art yang sendiri..agaknya tangan i ni bukan tangan seni..sebab tu sisik ikannya tak menjadi... yang bahagian bawah je jadi..yang atas sisiknya dah terkopak :))

Ini asam syiling..korang kenal kan? Murah je benda nie...20 sen ke satu bungkus kecik tu..
tapi lau nak buat kek ni perlu banyak la asamnya... 
credit to kak yong

letak adunan kek..ratakan dengan sudu dan susun satu2 asam nie...dan bakar

ni dah dikeluarkan dari oven.. keluar je terus tekankan dengan iron @ "seterika kek" asam2 yang dicucuk separuh tadi supaya bengkok...

inilah seterika untuk kek..dengan adanya benda ni..maka lapis2 kek tu mudah lekat dan permukaan kek menjadi rata.. ini bukan mak saya punya.. lau kat rumah ain, benda ni segi empat..

Kek ni lau ain yang buat, ia mengambil masa selama 4-6 jam. Ikut orang dan kepantasan seseorang itu bekerja. Dah kalau ain yang wat, nak susun asam tu pun makan masa..sambil2 susun suap ke mulut dan mata ke TV.. mana tak nya lambat siap.. setiap 5 minit..kena jenguk oven..kalu dok, rentung lah benda alah ni nanti..>)). 

P/s : Aini & de geng minta tunjuk ajar wat kek lapis sarawak sebelum ain balik ke sana 24 mei ini..so mungkin kek ini akan diajar..tapi tak tau lagi lah..tengah menunggu resipi dari emak..

Ain : Amin, mintak resipi ngan emak

Amin: ok, kelak ku mintak..

Hasil: *****pending****

sampai sekarang pun lum gitau lagi.. sigh...@#$%^&*










Thursday, April 21, 2011

Sejarah seni Usop Wilcha | Saya masih muda lagi..

Salam semua,

Rasanya semua orang kenal Usop Wilcha kan? Usop atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri pada asalnya seorang penyanyi sebelum terjun ke bidang lakonan nie. Nama komersial beliau ialah Shy8... Actually, ain pon xtau nama beliau ni apa sebenarnya...tapi dengan meledaknya filem hantu kak limah..amek kau.. populariti beliau mencanak naik.. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya.... hihi..suka dengan lakonan beliau di sana...

Awok ni bekas penari kebudayaan..sebab tu la tangan awok ni macam nie.. hehe

Nama sebenar: Syed Mohamad Asri
Nama artis: Shy8
Nama glamer: Usop Wilcha
Umur: 46
Album: Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik tahun 1996
Aktor: Menjadi pelakon ketika usia mencecah 30-an
Isteri: Noorafiza Abdul Aziz, 28
Anak: seorang je..Syed Caliph Umar, 8 bulan
Pekerjaan lain: Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad



Giler chomel kan anak die..cute sangat.. isteri pun masih muda gitue..

arrrggggghhh..comelnya..pipi tembam..ni rambut dah banyak sikit..sangat cute ok.. macam nak geget2 je pipi dia...


Menurut Usop wilcha nie, Filem Hantu Kak Limah tu sepatutnya menjadi filem terakhir beliau sebelum beliau nak mengundurkan diri dalam bidang seni...tapi tak sangka, dengan kehadiran filem itu akhirnya menyebabkan beliau dikenali ramai dan bermulalah episod beliau kembali dalam bidang lakonan..

Komen ain: Nasib baik Usop Wilcha kembali berlakon..kalau x, asyik terbayang la lambaian tangannya tanpa orangnya lagi..fuhh...

Pemangkin kegemilangan Usop sudah tentunya Pengarah Mamat Khalid. Incik Mamat nie merupakan teman lama Usop dan dah lama berkawan selama 10 tahun. 

Kata usop lagi:-

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.
"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.
"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.
tuan direktor Hantu Kak Limah Balik Rumah @ Juri Maharaja Lawak 


"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun,"

Soley..soley..soleley..

So, korang peminat2 usop wilcha nie, sila nantikan filem terbaru beliau sekuel daripada Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Rasanya ini pun arahan Pengarah Mamat Khalid jugak. :))

Korang2 yang nak baca lebih tu, sila klik Cosmo ni tau..sumbernya ada di sini..TQ

p/s: Usia tidak mematahkan semangat seorang insan yang mempunya cinta dan cita...


"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," 




Wednesday, April 20, 2011

Tutorial Make up Kening tanpa cukur @ shave

Salam semua,

This is a good news pada sape yang suka mekap...suka kening ala2 akak Ziana gitu...tapi xmo cukur kening segala...xmo cukur2 ek.. haram..ops..

Lau betul nak study, korang sila klik abang nuex-mekap artis ini ok... ni semua beliau yang ajar..siap ada step2 yang ringkas lagi nak ikut...Tq pada incik kerana sudi share... Incik Nuex ni pon mekap artis yang berjaya gak..mekap beliau cantek2 nie...

lawakan?

tengok?
kening akak ziana gitu..wow..ini step guna gam stick NON-TOXIC

Oh ya, lau nak tau langkah2 diatas sila la korang meng-CLICK kan link yang ain bagi diatas..apapun, good luck study membuat kening..

p/s : Saya baru beli gam-RM1.80 sahaja..kekeke



Tuesday, April 19, 2011

Mari puji-memuji..!!

Salam semua,

Entri ini telah dirangka terlebih dahulu ketika berada di dewan exam..punya lah banyak masa lagi..dah xtau nak menggoreng apa dalam kertas exam ANATOMI...maka, saya dengan bangganya memikirkan apa tajuk entri blog yang terbaru..macam xde keje kan?.. Sila puji...

yang paling penting : mari puji memuji tuhan yang esa..


Semua orang sukakan pujian kan? Sape tak suka, sila angkat tangan macam saya? haha... Puji-pujian melambangkan penghargaan yang bermakna dan yang paling penting jikalau orang yang melafazkan pujian itu dari insan yang tersayang...hati kembang setaman..  Namun, terlalu banyak adegan puji memuji ini semestinya akan membuat hati lalai dan alpa...almaklumlah, dah kena puji nak bangga diri..dah naik riak dan sombong nun ha..pandang orang sebelah mata..alahaiiiiiii...manusia...

Bila part puji memuji ni yang bestnya apa? Condifent  confident diri akan meningkat.. Bila adik2ku memuji "Oh ain, sedapnya ko masak ni", punya la hepi kan.. Cuba kalau ko cakap tak sedap...

"ahh,,sudah...aku xmo masak lagi...."

Puji ni biarlah ikhlas kan kawan2?Ada orang puji sebab nak dapatkan sesuatu.. Maka bermulalah episod 'kipas mengipas"..

kipas selagi mampu..huh


Si polan: " Tuan, semenjak kehadiran tuan sebagai pemimpin disini, ternyata ekonomi pesat membangun, rakyat semakin maju, tiada lagi warga yang hidup di tampuk kemiskinan ."  

Si anu: Ya..hmmmm( senyum lebar sudah)

Si Aku: Ewah2...Nah...pantang kena puji sikit, si kaki kipas yang dapat habuannya..orang yang bekerja guna tulang tiga empat kerat..mata terkebil2 je... Tu la dik2 non oii..ko kena pandai kipas (emmm>...pikir lah sendiri..)

Begitu juga kisah romantika uda dan dara..

Uda: "Cantiknya sayang ni..tidak pernah i lihat wanita secantik u".
Dara: :" Ye ke sayang? ( Muka dah blush, senyum dah lebar, hati dah riak)

"Mirror, mirror in da world, Sepakah perempuan paling santek di Malaysia ini"

i la santek..


Uda: "Op kos lah u, baby..U la yang paling lawa..gebu..mulus..( Mulut puji2, tangan jalan2, mata pejam-pejam...)


*****************************

Pujian dilempar..
Hati gementar..
Nafsu meronta..
Kemana hilangnya istighfar?

Maruah diri sudah kau lontar..
Hasil yang kau tanam dah mula nak mekar..
Dah jadi gini..baru nak gempar..
Hati keluarga ko tabur selumbar..
di akhirat nanti..nantikan api neraka menyambar....

********************************

Kalau nak puji, biarlah ikhlas..bukan puji untuk dapatkan sesuatu ..bukan jua memuji kerana memerli.. dan bukan jua memuji kerana terpaksa.. Banyak memuji pulak, orang akan jadi lupa daratan.. kekurangan diri semuanya tak nampak..maklum lah ada orang asyik bekap... kadang2 orang kutuk tu lagi baik dari memuji... supaya kita sedar apa kurangnya kita...tapi ko jangan kutuk lebih2 sudah...i nangis kang..!! hahaha... biol..


**********************
Mari nyanyi lagu ini...


Hanya Memuji 

Sejenak daku pun terpanah
Melihat dia di depanku
Dia menjerat hatiku
Menatapku, tajam

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam... wooohhh

( korus )
Kuakui, tubuhku melonglai
Sempatku memuji dalam hatiku
Jangan fikir aku kan mencinta
Ku hanya kagumi, hanya memuji

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebut
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

( ulang korus )

Di sini di dalam dadaku
Ada getar lubuk tak ku sebuh
Dia menjerat hatiku
Menatapku tajam

( ulang korus )

Tuhan katakanlah
Diri ingin dipuji
Biar berteman saja
Biarkan

( ulang korus 2X )

P/s : Apa kaitan lagu ini dengan tajuk? ya..yang penting ada perkataan puji..haha

Monday, April 18, 2011

Taktik Si Pencuri Kangkang!!

Salam, 

Oh, sangat terperanjat dengan klip video yang ain dapat dari FB..Macam2 taktik orang nak mencuri sekarang.. dengar2 kes ini berlaku di Sabah.. So, kedai2 dan butik2 sila berhati-hati dengan taktik si pencuri sekarang..

             
pencuri                             






Giler hebat orang2 nih..pencuri profesional ka apa.. hebat ar..curi dengan banyak pulak tu.. pastu jual balik kat orang...


Eeuuwyyakzz.. tak geli meh pakai balik tudung yang diletak kat celah ****..yukzz


Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya DUN Sarawak :BN menang| Emak bila nak belanja?

Salam u ols,

Setelah berhempas pulas akhirnya pilihan raya Sarawak berakhir, ternyata keputusan masih memihak kepada BN. Sebagai warganenegeri Kesarawakianan, harap2 dengan tampuk pimpinan baru ini akan mengubah nasib anak2 sarawak. Jangan hanya berjanji manis..menabur manifesto yang bebaur kenikmatan yang amat-amat...tapi hasilnya apa pun takda..  

Mari lah mari...pegi mengundi...

Awak,
awak dah menang..
jadi..
Sila jalankan tanggungjawab awak yang sepatutnya..jangan lagi menghampakan harapan rakyat yang masih tinggi dan percaya kepada awak...
Ni 8 kerusi dah hilang..kalau awak tak jaga, entah berapa banyak kerusi lagi bakal menghilang..
Ternyata rakyat masih lagi memilih awak..bermakna awak masih lagi dihati..
Namun, sekali awak mengguris hati mereka,
selamanya mereka akan berpaling tadah..

***********************************************

Emak,
heheh...BN dah menang..apa lagi?
Jum pi Shopping...kekekke.


P/s: saya budak bawah umur, masih belum lagi boleh mengundi...hehe.. tunggu saya balik la naa...!!!


NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics