Wednesday, July 20, 2011

Kenapa perlu wujud Adab melawat pesakit?

Salam semua,

Maaf andai kiranya terlalu lama menghilang...sungguhpun cuti tanpa kerja ( menanam anggur ) namun still have work to do..menjaga nenek yang sakit kena strok. Hampir dua bulan nenek tercenta ni jatuh sakit  dan tak mampu nak berjalan dan bercakap, but now, alhamdulillah dah boleh bercakap dengan jelas dan terang tapi masih tak mampu berjalan lagi. Tapi still boleh menggerakkan diri menggunakan punggung untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain..itu pujian untuk Allah..alhamdulillah..dipermudah dan diringankan sakitnya.. Apa urang sarawak madah..dah boleh berinsut..selamak tok mala beriber jak..:))

Ok, talking about ADAB... Rasanya dah ramai orang tahu adab melawat atau menziarahi pesakit.. RAMaiiiiii yang tahuuu tapi berapa ramai yang mengamalkan dan mempraktikkan amalan mulia ini ?

**Blank**



Adab ini mudah..senang nak faham tapi tak ramai yang amalkan benda ini.. sebagai orang yang menjaga orang yang sakit..tak dinafikan terasa jua keperitan dan kepayahan bukan saja melayani pesakit malahan berdepan dengan tetamu yang melawat pesakit..bermacam ragam dan karenah..

Mari kita lihat adab melawat pesakit:- (diambil dari nota ilmu). FYI, saya ambik mana yang penting sahaja.

1) Jangan melawat pesakit lama-lama melainkan pesakit gembira dengan kehadiran kita
komen: Kita bukan melarang tetamu untuk menziarahi pesakit..cuma kadang-kadang kehadiran tetamu yang terlalu lama ( memakan masa sampai 3 hingga 4 jam) mungkin telah mengganggu sedikit sebanyak pesakit dan keluarga pesakit.. takkan kita sebagai orang rumah nak tinggalkan tetamu begitu sahaja kan> Kadang2 ya allah, punyalah kudrat kita sendiri kurang berdaya, datang pulak tetamu yang tak reti2 nak balik ( kita bukan menghalau) cuma penat ya amat..sukar digambarkan..ditambah pula dengan kehadiran tetamu setiap hari...

2) Jangan takut-takutkan pesakit, sebaliknya berilah berita gembira seperti dia akan cepat sembuh dan sebagainya.
komen: Statement yang awal tu amatlah ditekankan sama sekali.. TOlonglah jangan menakutkan pesakit dan berkata ikut sesuka hati awak sahaja...kita ada ilmu, ada akal..jangan bercakap sembarangan.. Orang kata : cakap siang pandang2, cakap malam dengar" entah betulkah pepatah ini. Sungguh awak kurang ilmu, jangan tunjukkan kebodohan awak.. Please, orang juga punya hati dan perasaan.. Jangan robek perasaan pesakit dan jangan tusuk perasaan keluarga pesakit.. Pening dengan karenah tetamu yang pandai menunjuk ajar padahal tak tau apa2 pasal pesakit..

kesian baby ni kan? 

" Makan guna tiub, entah kenyang entah tidak..cuba makan guna mulut..baru lah ada rasa dan kenyang..minum susu belum tentu elok"

>>> aduii..dah tentulah ada sebab mengapa doktor nasihatkan dibagi makan guna tiub.. terang2 ditulis, please advise family do not give food by mouth..sebab apa? Tentulah pesakit belum boleh makan seperti biasa dan belum boleh makan makanan keras lagi.. makan sikit guna mulut, tersedak.. Kot-kot sesak nafas, siapa yang akan dipersalahkan? saya jugak...:((

tiub dicucuk dari hidung sampai ke perut (disukat panjang terlebih dahulu)


" Cuba masa mula2 kena sakit dulu, jangan bawa pergi jumpa doktor, bawa pergi berurut. Sekarang ni dah xboleh jalan dan penat2 la kena makan guna tiub"

>>> bolehkah jangan bercakap benda buruk dan sesuka hati anda.. At least, kami berusaha bawa dia pergi cek dulu..Apa guna wujudnya pusat perubatan kalau tiada makna? Habis, kalau berurut terus2 tanpa tau apa sakitnya, takkan kena strok kah? Yang awak sendiri kena kencing manis, lau tak dibawak jumpa doktor cepat2, kaki awak dah kena potong tau?...masih ramai lagi orang-orang tua kita tidak percaya kepada pengamal perubatan..mungkin takut.. Harussss bersabar dengan karenah orang pelbagai usia...;))

Maaf, bukan bermaksud nak kurang ajar kepada orang yang lebih tua, cuma mulut terasa ringan nak menjawab tatkala hati tak mampu bertahan....the only thing can i can do..just smiling and say OK..

Banyak lagi adab melawat pesakit, kita sendiri mampu berfikir cuma ini yang saya ingin tekankan.... Sila bercakap baik dengan pesakit..sudahlah mereka bertarung dengan penyakit, ditambah pula dengan kehadiran kita yang memberi tekanan negatif.. jatuhlah mereka. Sila sokong mereka dan kongsikan kekuatan anda.. Allah masih kurniakan kita kesihatan yang baik..andai allah tarik balik, sekelip mata sahaja kita juga berkongsi perasaan yang sama sebagai pesakit.

p/s : Actually, banyak lagi kata2 yang menyakitkan hati dari tetamu bermulut busuk..cuma kita masih mampu tersenyum dan say OK..:))). Kita tidak mengharapkan anda membawa buah tangan sekalipun, cuma cukup anda datang mendoakan pesakit..dan menggembirakan hati pesakit..

****Peace yo!!!*****

6 comments:

Lady RaRa said...

sangat betul

sama gak la kalau melawat baby yang masih fragile..

kadang-kadang tu terbatuk-batuk time pegang baby kita..rasa geram gak tengok..macam tadak otak plak!

MisZ Aien said...

wow..xsangka kak rai sudi baca jugak blog kita... betul tu kak rai..nak marah, dia orang tua... lau dijawab, macam kurang ajar.. mcm kak rai, da la baby tue lagi snang nak kena penyakit..entah la kak rai..orang ni x faham bahasa kot.. sabar je lah..

Lady RaRa said...

kalau dah folo wajib baca..cuma jarang komen...

hahah!

MisZ Aien said...

haha..samalah kita...da lama jadi silent reader blog kak rai..sekalinya akak nak private..beria anta email nk di invite...keke.. :))

Lady RaRa said...

ain, kak rai nak feature entry ni kat entry kak rai..bila tatau lagi, tapi nak bebel bab ni gak la..

mintak izin ni..nanti kak rai link blog ain..

MisZ Aien said...

bha...boley je kak...hihi

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics