Saturday, March 24, 2012

Tutorial Make up ala fantasi untuk si comel anda :))

Salam mesra dan salam 1 malaysia..........,

Hari ini ain nak kongsi kat korang satu tutorial mekap ala fantasi..padahal conteng2 aje. Ini gabungan biru dan hitam untuk costume make up la terutamanya. Model kali ini adalah budak kecik umo 8 tahun. Dah takde model nak offer diri, terpaksa menculik beliau sebagai model.. Siapa nak offer jadi model, sila angkat tangan..:))P

mekap pallete 120 warna..guna kaler biru yang keenam dari sebelah kiri kedua dari atas

letak warna biru tadi..

Then, letak warna hitam sebagai pembayang mata di hujung mata...:)

blend..blend dan blend
Pas blend, tambahkan highlight diatas kelopak mata :)

letak liquid eyeliner diatas garisan mata
Pas bubuh liquid eye liner bahagian atas mata, dah kering..next step bawah mata letak eyeshadow warna biru gelap dulu dan pastu baru hijau gelap tarik sampai ke ekor mata..

pastu korang lukis2 la apa2 lukisan yang dirasakan menarik menggunakan eyeliner liquid.. so semestinya corak flora dan etnik lebih menawan pada pandangan mata ini..

tambah lagi macam misai kucing hujung mata
letak warna hijau ..pakai jari pun boleh

letak warna kuning pulak dah..

bubuh oren atas kening, then lukisan yang bulat2 tu letak la warna yang menarik dan terang

macam2 warna da..

hasilnya...sorry muka tak make up sangat..cuma fokus pada bahagian mata.. Muka budak kan licin masih muda, so tak nak rosakkan kulit muka dia, just fokus pada mata sahaja..

Blue Angel




p.s : Sekali lagi nak bagitau, saya cuma mekapkan pada bahagian mata sahaja..muka tak bagi foundation atau apa..yelah kulit budak lagi..takut rosak ke apa kan... so kawan2 yang nak cuba pada diri sendiri tu..dipersilakan...boleh je rujuk atau nak senang tengok kat youtube..banyak sangat wonderful makeup.. peace yaw...




























Monday, March 5, 2012

Anda Glamer? | FOREVER Alone....!!!!

Salam My dear readers,

Pernah tak korang dapat notification Pesbuk sampai 100++ ? paling koman pun 30++ keatas la? Mesti rasa sangat glamer kan? Orang komen status pun bukan main banyak..like2 lagi. Ni baru buka pesbuk lepas beberapa jam. Kalau tak bukak sehari, ooooemmmjiii...beratus plus plus kau... Ini baru glamer gitu....

Ni baru buka FB pas 4 jam.. Lau seminggu?

BUT....
Hakikatnya

Haha...dalam banyak2 notification yang pasti hanya satu untuk daku,,yang lain2 iklan online sahaja... takpun permintaan dari game2 pesbuk..Castle ville, Farmville, Sims la..dan apa2 ville la... Kesian.. 

iklan..iklan dan iklan...:p


Forever alonenya saya..haha :(( tq to google :))

p/s : takpe lah iklan banyak...boleh window shopping dalam FB juga..:))



Thursday, March 1, 2012

Kisah Dua belas hengget yang tak kunjung datang | Takpe lah cik kak, saya halalkan aje..

Dimulakan dengan bismillahhirrahmannirrahim...
Salam anda2 yang masih setia membaca blog picisan walau update bermusim...:))

Untuk intro kali ini kononnya..izinkan saya memulakan majlis ini dengan menjemput anda2 sekalian menatap foto-foto anggun yang telah ku edit denga jayanya..haha..pagell... Ok..lets go to the main point..alkisahnya ain join buat kad untuk ahli kelab kryolan di pesbuk.  Kot kot nanti lau nak beli mekap kryolan dari pihak tersebut, leh dapat murah pas diskaun.Yuran duabelashengget aje pon... Dah bayar, sekalinya ada sesetengah pihak pembuat kad tadi bermasalah., so tak jadi la buat kad member tersebut.. Melepas la den... kuciwa jugak tapi takpe la kan, takde rezeki kita..

So, dah tak jadi kan, tunggulah duit refund..but sampai sekarang masih takde... memanglah tak banyak mana duit duabelashengget tu, tapi tetap duit orang jugak. Sudahlah diri ini belum keja tetap,makan minum pon tanggungan mak bapak lagi.. umo sudah 24..aiyo..:( So sekarang ni, cam dah malas la nak ingat2 lagi duit tu..halal aje lah kat dia ..

ni masa menawarkan kad member kryolan.. ayat sweet-suwit aje ( Feb, 26 tahun lepas)

beria2 haku kan...:))

oleh kerana cik kak tadi tak kesah bila nak bayar hari apa pon takpa, so saya yang memang kurang $$$ ni pon membayar pada 3 maC 2011..lagi pulak masa tu je ada kesempatan nak p atm

Tetiba pas beberapa minggu kemudian kira-kira dalam hujung bulan Mac 2011 la, Kak sal kryolan gitau tak jadi buat kad member tu. Ada masalah dari pihak yang buat kad tadi tu. so batal dah kan. Dan, akak Sal ni pun sibuk tolong kita uruskan sapa2 yang belum direfund oleh kak yang wat kad itu. tapi tu lah, dah mesej akak kad tu banyak kali pon tak dijawab. Bukan paksa dia banyak kali pun, kita faham jugak keadaan dia mengandung ada alahan dan beranak pastu. Bagi dia banyak masa..tapi entahlah,,

last2 pada 27 Dis 2012 baru akak tu balas..cuma kata ok aje..tapi non hado...  sampai sekarang pun tak masuk lagi duitnya..tapi takpe la..malas nak tunggu dah..moga2 duit duabelashengget akan membuka lagi banyak peluang dan pintu rezeki untuk diri ini..:)))

p/s: Masih lagi percaya dengan peniaga atau orang online dalam FB..takkan sekali tertipu tuntas berputus asakan? :))








NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics