Thursday, April 6, 2017

HIV TEST | UJIAN HIV | PROSEDUR SEBELUM NIKAH

Hai dan Assalamualaikum,

Jumpa lagi kat second part. Part 1 : Kursus Nikah dah settle. Sijil ni valid/ sah untuk seumur hidup anda dan tanpa tempoh tamat. Tetapi, HIV Test ni hanya sah diguna pakai selama 6 bulan sahaja. So, korang yang nak menikah tu, pastikan da tau tarikh kawin, baru pergi buat UJIAN HIV ni tau. Lau x, kena ulang balik. Sekarang ni banyak negeri mewajibkan kedua-dua pasangan melakukan HIV Test ni kecuali Sarawak dan Sabah. Tetapi, jika salah seorang pasangan dari negeri lain contohnya saya dari Sarawak, Bakal suami Johor, , maka wajib lah saya buat jugak test ni disebabkan nanti pasangan saya memerlukan nombor rujukan borang HIV saya untuk di isi didalam borang nikah.

Cara-cara:-
1. Korang kena semak dahulu sama ada negeri korang ada menyediakan borang khusus untuk HIV atau tidak. Contohnya Kelantan dan Johor ada borang HIV tersendiri yang boleh didapati daripada laman web nikah masing2 atau pejabat agama.  Lau negeri di bawah Sppim (Sistem Pengurusan Perkahwinan contohnya negeri sembilan, melaka, perlis, kedah, perak  dan Kuala Lumpur, anda boleh gunakan borang HIV yang dibekalkan oleh klinik kesihatan kerajaan berharga RM1 sahaja. Calon dari Sabah dan Sarawak pun boleh guna borang HIV test yang general ni,

macam ni lah contoh borang HIV, tapi ni yang salinan diberi pada kita. 

2. Korang boleh google mana2 klinik yang menyediakan HIV TEST ni dan boleh call untuk tanya slot yang mereka sediakan khas untuk buat ujian ni. Klinik kesihatan kerajaan saja tau. Swasta tidak dibenarkan. 

Tak lama proses dia, walk in je. Tak perlu bawak ape-ape borang nikah atau sebagainya, just cakap saya nak buat HIV Test untuk Nikah. Dia akan tanya korang ada bawak borang HIV x yang diberi oleh pejabat agama. Korang jawab je xde sebab kena guna borang yang disediakan oleh klinik. Then, bayar seringgit dah. Tunggu nama korang kena panggil, dalam 15-20 minit gitu, dah siap semua proses ni.

3. Biasa Doktor tu akan cucuk je jari korang, satu dua titik darah dia pipet dan letak kat alat HIV Test ala-ala macam pregnancy kit. So lau keluar double line, maka jawabnya reaktif  dan positif la korang ada HIV. So mintak-mintak la jawapannya satu line, non reaktif, negatif HIV yeahaaaa dah boleh kawin.. :)

4. Tu nombor rujukan ada kat atas borang. Nombor tu la penting untuk korang bagi pasangan koran untuk isi borang nikah secara online nanti :)

8 comments:

Ayie Azri said...

Macam mna yer kalau dua2 pasangan dari negeri lain tapi nak bt hiv test kat negeri johor. Kena ambil borang dlu ke atau terus ke klinik?

Shaf Chaff said...

Boleh je buat bersama..mcm sy dgn partner sy buat di KL

Nurul Nadia said...

Kalau saya nk buat test hiv kt perak ja boleh dak? Saya duduk kedah..

Nurul Nadia said...

Kalau saya nk buat test hiv kt perak ja boleh dak? Saya duduk kedah..

Anonymous said...

Assalam. Kalau mcm sy org Sabah then bakal suami org Melaka. Borang kta org kena amik dr tmpt masing2 ke? Sbb kta dfahamkn oleh Klinik2 Kesihatan yg kta dah pergi. Org Sabah kena ambil borang dr Sabah. Betul ke?

ipaahmad said...

Dah ada jawapan ke? Nak tau juga

MisZ Aien said...

to Anonymous,

Cik kena refer pada klinik kesihatan tu dan bagitahu kat sabah tiada borang spesifik yang disediakan. Cuma guna borang HIV yang general sahaja yang disediakan oleh kementerian kesihatan berharga rm1 sahaja. Saya dulu pun ditanya borang dari Sarawak, cuma saya katakan tiada borang dan dibolehkan menggunakan borang yang klinik sediakan. harap membantu walaupun lewat huhu :(

MisZ Aien said...

to Nurul Nadia,

salam cik, dah kahwin ke , Maaf lama sangat nak reply. dah lama menyepi dari menulis blog.

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics