Thursday, April 6, 2017

HIV TEST | UJIAN HIV | PROSEDUR SEBELUM NIKAH

Hai dan Assalamualaikum,

Jumpa lagi kat second part. Part 1 : Kursus Nikah dah settle. Sijil ni valid/ sah untuk seumur hidup anda dan tanpa tempoh tamat. Tetapi, HIV Test ni hanya sah diguna pakai selama 6 bulan sahaja. So, korang yang nak menikah tu, pastikan da tau tarikh kawin, baru pergi buat UJIAN HIV ni tau. Lau x, kena ulang balik. Sekarang ni banyak negeri mewajibkan kedua-dua pasangan melakukan HIV Test ni kecuali Sarawak dan Sabah. Tetapi, jika salah seorang pasangan dari negeri lain contohnya saya dari Sarawak, Bakal suami Johor, , maka wajib lah saya buat jugak test ni disebabkan nanti pasangan saya memerlukan nombor rujukan borang HIV saya untuk di isi didalam borang nikah.

Cara-cara:-
1. Korang kena semak dahulu sama ada negeri korang ada menyediakan borang khusus untuk HIV atau tidak. Contohnya Kelantan dan Johor ada borang HIV tersendiri yang boleh didapati daripada laman web nikah masing2 atau pejabat agama.  Lau negeri di bawah Sppim (Sistem Pengurusan Perkahwinan contohnya negeri sembilan, melaka, perlis, kedah, perak  dan Kuala Lumpur, anda boleh gunakan borang HIV yang dibekalkan oleh klinik kesihatan kerajaan berharga RM1 sahaja. Calon dari Sabah dan Sarawak pun boleh guna borang HIV test yang general ni,

macam ni lah contoh borang HIV, tapi ni yang salinan diberi pada kita. 

2. Korang boleh google mana2 klinik yang menyediakan HIV TEST ni dan boleh call untuk tanya slot yang mereka sediakan khas untuk buat ujian ni. Klinik kesihatan kerajaan saja tau. Swasta tidak dibenarkan. 

Tak lama proses dia, walk in je. Tak perlu bawak ape-ape borang nikah atau sebagainya, just cakap saya nak buat HIV Test untuk Nikah. Dia akan tanya korang ada bawak borang HIV x yang diberi oleh pejabat agama. Korang jawab je xde sebab kena guna borang yang disediakan oleh klinik. Then, bayar seringgit dah. Tunggu nama korang kena panggil, dalam 15-20 minit gitu, dah siap semua proses ni.

3. Biasa Doktor tu akan cucuk je jari korang, satu dua titik darah dia pipet dan letak kat alat HIV Test ala-ala macam pregnancy kit. So lau keluar double line, maka jawabnya reaktif  dan positif la korang ada HIV. So mintak-mintak la jawapannya satu line, non reaktif, negatif HIV yeahaaaa dah boleh kawin.. :)

4. Tu nombor rujukan ada kat atas borang. Nombor tu la penting untuk korang bagi pasangan koran untuk isi borang nikah secara online nanti :)

22 comments:

Ayie Azri said...

Macam mna yer kalau dua2 pasangan dari negeri lain tapi nak bt hiv test kat negeri johor. Kena ambil borang dlu ke atau terus ke klinik?

Shaf Chaff said...

Boleh je buat bersama..mcm sy dgn partner sy buat di KL

Nurul Nadia said...

Kalau saya nk buat test hiv kt perak ja boleh dak? Saya duduk kedah..

Nurul Nadia said...

Kalau saya nk buat test hiv kt perak ja boleh dak? Saya duduk kedah..

Anonymous said...

Assalam. Kalau mcm sy org Sabah then bakal suami org Melaka. Borang kta org kena amik dr tmpt masing2 ke? Sbb kta dfahamkn oleh Klinik2 Kesihatan yg kta dah pergi. Org Sabah kena ambil borang dr Sabah. Betul ke?

ipaahmad said...

Dah ada jawapan ke? Nak tau juga

MisZ Aien said...

to Anonymous,

Cik kena refer pada klinik kesihatan tu dan bagitahu kat sabah tiada borang spesifik yang disediakan. Cuma guna borang HIV yang general sahaja yang disediakan oleh kementerian kesihatan berharga rm1 sahaja. Saya dulu pun ditanya borang dari Sarawak, cuma saya katakan tiada borang dan dibolehkan menggunakan borang yang klinik sediakan. harap membantu walaupun lewat huhu :(

MisZ Aien said...

to Nurul Nadia,

salam cik, dah kahwin ke , Maaf lama sangat nak reply. dah lama menyepi dari menulis blog.

cocolie said...

Asalamualaikum..nak tanya undang undang sekarang hiv test selangor

Unknown said...

Assalammualaikum, sy dah pernah berkahwin dan sijil kursus kahwin tu dah lama hilang sbb dah 6 tahun, so dah x simpan, sy nak tanya lagi, perlu ke ikut kursus lagi?

sakinah~ said...

Senang je rupanya.. nak dpt slot lama x rasa

Ara Ahman said...

Hai sis, sy dr johor tp kerja di Selangor, mjlis sy bln 11 & sy nk buat test hiv dlm bulan 6, mcm utk menikh dijohor ada borang hiv dia sndiri. sy nk tanya adkh borang tersbut masih valid jika sy buat test skrg krn utk dptkn borang tsbt kita prlu hntr prmohonan nikah dulu dan valid utk hntr ke pjbt agama dlm tmpoh 1 bln shj. adkh slps 1 bln, borang trsbt turut jd tidk valid?

Unknown said...

3bln sblum bru wat hiv test. Klu buat skrg klinik tkkn buat

Unknown said...

Boleh ke sy nk buat skli dgn tunng sy dkt kuantn. Sy asl klntn , sbb xthu bila dpt blik klntn

efa farid said...

Saya dah buat dah ujian..tapi dy ada je bagi salinan borang tu..tapi pihak klinik tak bagitahu apa2 pasal keputusan hiv test..bila saya tnya..diorang buat do know je..mcm mne ye??

Nurul Hadawiyah said...

saya punya pun sama laa efaa. saya baru pergi buat hiv test ptg tadi. lepastu bila tanya result knp takde, dia kata result tu org jais dgn kesihatan je boleh view result. errrr. bila google majoriti kata dpt tahu result. haihhh. stress betul.

Dr. Avinash Brar said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Anonymous said...

Sabtu dan ahad tak boleh buat ye?takde klinik yg buka sabtu dan ahad ye?

Unknown said...

salam....boleh tau tak kalau kita pegi amik hiv test d klinik perlu bwak borang kawen ke? harap dpat bantu

Health and Wellness Blog India said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Unknown said...

Kalau dah pernah berkahwin x perlu sijil krusus..pjbt agama cuma nak surat cerai sahaja.Tanya

bunga emas said...

kalau buat kt klinik 1 malaysia blh ker?

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics