Salam readers,
Wah fofular jugak lagu ini ya...sampai budak-budiks pun tahu. Bukan takat remaja, bapak budak pun tergoyang kaki sama. Namun entri daku pada kali ini sama sekali tidak ada kaitan dengan adegan bermanja-manja sang kekasih arjuna..namun ini kisah antara aku dan dia..cinta si dua darjat... jeling-jeling dari jauh..walau bapak daku together-gether ngan daku...berani sungguh dia mengintai kami secara senyap... dengan harapan mungkin kami akan berkasih-kasihan walau dia serupa Si Batang Kayu mengalir sepi...
Ini kisah aku dan dia.. Si bujang Senang yang memang senang...
apa? Si Buaya darat ke?
Oh..anda sudah salah meneka..
memang dia si buaya
bujang senang sarawak...
Kisah 1
Kisah ini bermula tika daku masih lagi sekolah rendah. Hobi me masa itu ialah menemani bapak menangkap ikan - salah satu hobi beliau jugak. Daku ni masa kecik ala-ala tomboy gak, mungkin sekarang lebih lembut sedikit...yukzzz ( ya meh?) Oleh sebab beliau gemar menjala atau memasang jaring ikan di sungai, daku pon yang memang gemar main air ni akan ikut beliau berperahu di sungai. kadang-kadang seminggu sekali. Sedang-sedang kami berdayung, daku ternampak la ada batang kayu sedang bergerak di pinggir tebing. Musykil sungguh masa itu..tiba-tiba teringat orang-orang tua pernah bermadah masuk hutan ke p mana-mana , mulut jangan cabul. Hati aku kata itu buaya..namun mulut aku kata eh apa itu?
pic kredit to digitalmukmin
macam perahu bapak aku tapi cantik lagi dan panjang
Aku tengok bapak dia relax je.. Aku tengok buaya dia jeling-jeling manja.. Aku tengok lagi bapak, dia mula kayuh laju sikit, aku tengok lagi buaya dia dah mula gerak godek-godek.. Aku pandang pendayung aku, aku tak mampu pegang dan dayung. Aku takut gak sebenarnya..aku cuma tolong tengok bapak kayuh je.
Aku : "pak, apa benda ya? cuba kitak nangga tepi tebing ya?"
Bapak aku ngan penuh diplomasinya berkata : "sssshhhhhyyyyyy" dengan memuncungkan mulut heronya.
Aku faham. Aku diam. Aku tunduk. Aku intai lagi buaya itu. Oh..dia masih lagi di tebing. aku bermonolog sendiri, agaknya lau buaya itu libas-libas ekor dia sepantas kilat dah sampai agaknya dia di tepi perahu dan kata haiiii....
Aku takut..aku baring dalam perahu...otak aku ngah ligat berfikir bagaimana kalau esok keluar berita " BUDAK COMEL DIMAKAN BUAYA" dah glamer aku rasanya. Sedar-sedar perahu dah sampai ke tebing tempat kami berhenti mula-mula.
Kisah dua
Untuk pengetahuan korang, sekolah rendah aku ni kat seberang sungai. Boleh nak pergi guna jalan darat tapi jauh la. Bapak aku mana rajin nak hantar guna jalan darat, adalah dalam 30 minit kot. Sebab tu aku naik perahu pegi sekolah. Sebenarnya ada gak sekolah dekat area rumah aku 5 minit je tapi sekolah cina. Aku tak mahu. Lau nak pergi sekolah aku ni banyak tul rintangannya. Mula-mula kena naik bas, pastu naik perahu, pastu jalan kaki lalu hutan dalam 15 minit lalu kawasan perkuburan kristian baru sampai sekolah. PART paling best masa naik perahu. Boleh main air op kos la kan. Satu pagi yang hening, time gedik-gedik nak pegi sekolah, aku naik la perahu yang dikayuh oleh arwah nek Katung ( lelaki la). Arwah ni dah tua benar tapi masih ada kudrat lagi nak berkayuh. Masa beliau tengah berdayung dengan slow and steadynya, kami ngah riuh rendah sebab kat belakang perahu ada buaya tengah mengekori kami.
pic kredit to freecoloring
ni macam perahu tambang nek katung cuma lagi besar dan atap dia untuk si pengayuh je
Adoiii yaay..tak habis-habis jodoh aku ngan buaya ni. Aku tak lagi panik macam dulu..tapi aku pun tolong gak jerit macam budak-budak lain..
kami : " Nek, cepat nek..ada boyak kat belakang ya..cepat nek..kayuh laju sikit"
Aku nampak nek katung dah mula panik. tapi dia cuba kayuh laju. Tapi kenapa speed dia macam biasa. Apalah yang ada sangat dengan kudrat orang tua. Sampai aku rasa biar aku yang tolong dia kayuh. Haha.. Tapi aku fikir buaya tu sebenarnya baik jugak. Agaknya dia nak tolong hantar kami ke tebing ngan selamatnya. Dia tak kacau pun, tapi mungkin dia bergurau ala manja macam Si Buncit... usik-usik gitu.
pic kredit to marcusahlin
Buaya ngah santai
Lepas pengalaman dua kali ngan buaya ni, buat aku berani berhadapan dengan dia..Selalu gak pastu nampak buaya kat perairan sarawak ngah meluncur laju membelah aliran sungai... nampak dia tengah bersantai lah.. Orang kata lau buaya banyak kat sesuatu kawasan sungai tu, ada banyak populasi udang di situ. Sebab tu agaknya hobi si penangkap udang selalu pi jejak langkah si buaya. Bak kata pepatah : dimana ada buaya, disitu ada udang.
Mak aku kata, buaya ni dia tak kacau orang tapi bila sang manusia dah kacau sumber makanan dia, dia dah kurang makanan dan ganggu manusia. Cuba korang tengok berapa ramai dah kena baham ngan buaya. Nasib baik aku tak kena gigit ngan buaya...lau tak korang tak tengok la aku yang 'baik lagi rajin' ni lagi.
p/s : teringin nak membela buaya jadi haiwan kesayangan..mesti aku glamer dan masuk metro lagi..haha
Glosari :-
Sampan Nek Katung : Sangat besar sampai boleh memuatkan dua buah motosikal dengan kami budak- budak seramai sepuluh orang.
Bapak Aku : Seorang Ketua pembantu tadbir di sekolah menengah tapi hobi beliau adalah yang kena mengena ngan alam. Beliau adalah pecinta alam dan anak kampung yang sangat berdikari dan lebih suka menghabiskan masa dengan ikan, ayam. Pernah beliau dan isteri beliau bercuti di KL dan menelofon ke rumah hari-hari bertanyakan adakah ayamnya sudah makan ke belum.. haha..kami adik beradik seolah-olah anak tiri dan berebut kasih sayang dengan anak emasnya di belakang rumah... Si Ayam Kampung.
Glosari :-
Sampan Nek Katung : Sangat besar sampai boleh memuatkan dua buah motosikal dengan kami budak- budak seramai sepuluh orang.
Bapak Aku : Seorang Ketua pembantu tadbir di sekolah menengah tapi hobi beliau adalah yang kena mengena ngan alam. Beliau adalah pecinta alam dan anak kampung yang sangat berdikari dan lebih suka menghabiskan masa dengan ikan, ayam. Pernah beliau dan isteri beliau bercuti di KL dan menelofon ke rumah hari-hari bertanyakan adakah ayamnya sudah makan ke belum.. haha..kami adik beradik seolah-olah anak tiri dan berebut kasih sayang dengan anak emasnya di belakang rumah... Si Ayam Kampung.
Buaya : Sang buaya ini sangat glamer di Sarawak sehingga diberikan gelaran bujang senang. Bagi aku beliau ini sangat hensem, maskulin dan ganteng...
2 comments:
hahaha..kalu gitu awk kenelah cari lelaki bermulut buaya...
hhahhaa...:)
entry kali nie memang tebaekkk....ada skill baru..:)
haha..cam ne lelakki bermulut buaya itu?
haha..skil apa? skil berbuaya ke?
Post a Comment