Wednesday, December 29, 2010

Jangan baca Entri ini!!

Waa.. jangan baca,,jangan..awat la dok tak dengar orang cakap..aishhh..ni nak marah nie..aiyak...saya sangat le terkecewa tahap gaban ( apa itu gaban?)...Inilah yang dinamakan kehidupan..kok kalau nggak kena marah nggak bisa eh>  kiki.. pagel da ain ini..  

Untuk pengetahuan umum, entri in telah ditulis dengan emosi yang tidak stabil..malahan perasaan yang tidak tentu arah..dan entri ini mungkin berbaur prejudis...keh..merepek apa? No point...cuma melahirkan perasaan yang gundah gulana... Waa...sangat sedih la kot masa pembentangan progress FYP ( final year Project) ... semua orang pun kena marah..siapa kena puji..sila angkat tangan anda? Ya... saya serupa anda yang tengah bersedih dan berduka semasa presentation tadi.. Mungkin i memang kurang membaca jurnal..yaaa..

Pic kredit to : google imej

Sudah la episod FYP dah sedih..permohonan asrama pulak tak dapat.. 

ALASAN : BORANG TIDAK DILULUSKAN KERANA TIDAK ADA DOKUMEN SOKONGAN.. 

ceit... dulu masa nak hantar, cakap boleh hantar on the spot...sekalinya..segala prosedur la keluar..kiki... tadi p sana jumpa pegawai dia, katanya awak isi lah borang rayuan dulu.. nanti insyaallah dapat dengan syarat p mintak ye tandatangan pegawai  HEPA.. ahh... saya sudah give up, saya kecewa bagai nak rak.. saya tak nak isi sudah.. saya nak duduk je sini..malas dah nak pindah.. Asal laa, dulu ada pegawai kata awak leh antar je borang permohonan tu tanpa pengesahan apa2...hantar on the spot la..tempek gambar sudah..sekalinya nak jugak fotostat apa segala.. Mana janji awak? yai....Orang ini cakap lain..orang itu cakap lain... 

Ahh..lupakan bab sedih segala... cuma mau menggembirakan diri..and wanna wish Happy Anniversary to my 'pakcik'...dah masuk 3 tahun hubungan kita..walaupun banyak dugaan segala..namun me masih mampu bertahan.. jangan sampai me pun jadi ahli sihir jugak...akan ku sihirkan wanita jahat itu...Bila fikirkan bila lah 'pakcik' ini  mahu sembuh...aiyakk...penat mau tunggu.. tapi tetap jugak nak tunggu...Mesti korang tak faham apa me bebelkan disini... ini cuma sekadar luahan hati ini.. lau korang pernah baca entri me pasal ayat ruqyah..korang akan tau serba sedikit pasal dia dan 'sakit'nya... ceit... Anyway, to 'pakcik' , semoga cepat sembuh..me akan tetap mendoakan kebahagiaan kita walau di hentam badai segala..

p/s: otak sangat penatttt.... To my 'sayang', mizz u so much..




Sunday, December 26, 2010

x_x Peace Contest x_x

Ni kali kedua me join contest online..Dulu join contest Smokey eye by Kak Marliy Kama dan kali ni me teruja konon hihi nak join pulak contest peace. Terima Kasih daun keladi kat cik iena eliena yang sudi tag ain. Dah lama cik iena tag, tapi sekarang baru ketemu gambar peacenya. haha..punya susah nak cari gambar tunjuk jari kuasa dua ni.

Peace Contest ni di anjurkan oleh Cik Ezan Idma
tuan nya pun kecik2 lagi chumel..
Sila tengok gambar beliau yang sweet ni..of kos la gambar mesti ada peace ya..
nama pun peace contest..

comel kan?
Sila klik pic untuk join contest

Gambar apa yang ain nak pertaruhkan di sini?
Ceit..ni gambar paling tak elok bagi i
tapi setelah godek-godek dalam laptop
ni la gambar paling sopan konon ain jumpa..
ni la dia...


|



|




|



|




|




|


Sila abaikan senyuman dan air di hidung
buruknya gambar dalam air eh

|


|



Nak tahu syarat-syarat nak join contest ni :-

1) Follow blog cik ezan - done. Cik Ezan kata xfollow pun boley jugak..hihi
2) Mesti ada BLOG dan orang MALAYSIA ya - done
3) letak Banner Contest dan sidebar berlink beliau ok.. - done
4) Tag kengkawan :- done

So orang yang terpilih dari senarai yang me yakin memang suka nge'peace' je kerjanya ialah jeng..jeng..jeng



 Cik waney yang bertudung putih itu. Sebenarnya insan di sebelah beliau lagi kuat ber'peace' haha.. malangnya beliau yang bertudung biru tu cik Azirah xde blog..xdapat la den nak mengetag


Cik moon bertudung hitam disamping i la


Shaz pon dah peace jugak


Ko mesti join ah rezz...aku  ada nampak gambar ko peace tadi..hihi


tak tahu la ni gambar sebenar beliau atau tidak..Beliau dah warning awal2 jangan tag beliau.. tapi... ada I kisah? haha


p/s Korang bila lagi nak 'peace'?

Sila senyum didalam air ya..hahahaha

Saturday, December 25, 2010

Dua anak gadis peluk kekasih ketika tidur | Ibu tergamam!!

Apa nak jadi dengan anak zaman sekarang..
dalam rumah sendiri pun boleh buat maksiat..
yang lagi dahsyat..mak bapak sendiri ada kat rumah pun ligat..
tutup mulut sesama sendiri memang dapat kan?
namun gerak hati seorang ibu korang memang tak leh lawan..

pic kredit to : Metro

So, baca metro hari ini terpampang besar-besar ek dimana seorang ibu terkejut, tergamam, terkedu, dan terrrrperanjat ah..melihat anak gadisnya tidur berpeluk bersama sang arjuna di bilik tidur si anak pada pukul 3.30 pagi. Si ibu ni sebenarnya takdelah saja-saja nak cek bilik tidur anak dia, cuma dia terjaga dari tidur pastu p la jenguk bilik si gadis kot-kot anak dia dah tidur ke, sihat ke masa tidur, dan sewaktu dengannya.

Namun alangkah terkejut beruknya beliau semasa membuka pintu, dilihatnya empat sejoli sedang bermadu kasih dan enak berpelukan tidur tak sedar diri didalam rumah beliau sendiri. Yaa..di rumah beliau sendiri. Beliau yang masih lagi tergamam itu lantas mengejutkan suaminya. Suaminya yang juga sedih dan kecewa membangunkan mereka yang syok berpelukan dan lantas melaporkan kepada polis walaupun si kekasih anak merayu-rayu minta maaf. 

"Ampun pak...ampun..Kami janji tak wat lagi.".

"Oh..ko dah buat anak aku..ko senang-senang je mintak ampun ya. Aku tak peduli..aku nak korang terima pembalasannya.."

Dialog diatas tidak ada kena mengena dengan berita ini. Cuma si Penulis berimaginasi terlebih sudah sahaja.

Kalau aku lah jadi bapaknya, aku bantai dulu si kekasih tadi cukup-cukup2. Pastu anak aku yang dua ekor tu jugak pun aku belasah jugak. Kecik-kecik lagi dah pandai buat maksiat. Punya susah nak besarkan korang, tapi macam ni korang balas aku ya. Kurang ajar punya anak.

Mangsa : Ibu dan bapak yang sedih dan masih lagi terkejut

Termangsa: Dua anak gadis berusia 13 dan 15 ( adik beradik)

Pemangsa: Dua ekor jantan berusia 17 dan 20 tahun ( Si Kekasih)

Sebab: ditangkap ketika syok tidur bersama

Lokasi kejadian: Rumah beliau, Kampung Sri Gombak Indah, KL

Masa tidur bepeluk: 3.30 pagi

Kes Siasatan : Seksyen 376 Kanun Keseksaan ( Rogol bawah Umur)


Sila klik di sini untuk baca lebih lanjut...

p/s : Boleh pulak kes ini kes rogol..aku macam rasa kes suka sama suka je. Korang pulak bagaimana?
Dah Kantoi, baru nak terngadah..

Shaheizy Sam menang Anugerah Khas Yasmin Ahmad | Faizal Tahir Penutup sempurna Anugerah Skrin 2010 ( ASK 2010) | Anuar Zain hampir buat 'i' jatuh centa lagi |

Salam  u ols,

Mantap ar persembahan faizal tahir di penutup Anugerah Skrin 2010. Bermula dengan visual beliau dalam kereta  hingga sampai ke tempat ASK diadakan..memang lain dari yang lain.. mula2 me tak jangka pun faizal tahir sebagai persembahan penutup..namun hasilnya sangat membanggakan... dengan  lagu superhero.. memang nampak HERO  habis la... Ni lah antara penyanyi lelaki yang me tengok sangat bertenaga lau menyanyi.. Memang penutup sempurna Anugerah Skrin 2010.

pic kredit to google imej
Persembahan penutup ASK

Tonton ASK mula-mula agak bosan, maklumlah me menonton secara online berseorangan pulak namun hatiku terubat dengan kehadiran si dia yang telah lama menghilang.. Ceit.. Muka beliau mantain lagi awet muda... Siapa lagi kalau bukan Anuar Zain.. I bukan peminat setia pon.. Tapi cara beliau menyanyi semasa persembahan boleh buat gurl macam i jatuh hati sedikit...tak banyak sedikit ok.. tipu lagi  hihi
Kalau u ols tengok di belakang tabir semasa Anuar Zain menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia di luar atau di dalam negara ( tak tahu sama ada kat tV nampak ke tak, sebab me tengok dari Laptop sahaja), korang akan perasan dia sangat sweet...wahhh... terkagum sekejap. Tiba-tiba me leh terlupa pada si dia yang tengah sibuk bekerja sekarang.. hehe..kalau dia baca ni, abislah ain...haha. Bukan apa, senyuman dia tersangat sangat sangat comel.. Masa beliau asyik-asyik ulang untuk yang duduk di luar negara, terubatlah hati anda pada Malaysia, tiba-tiba otak me melayang.. Mungkin ada 'someone' di oversea sana yang menunggu kehadiran dia..chewah..buat gosip saja.. Bila lagi jejaka hensem ni mahu menutup borang kosong status singlenya? Sama-sama kita nantikan... Apa entah tajuk lagu baru tadi.. Kerna Cinta ke.. haha boleh lupa pulak disebabkan kemachoan senyumannya.. Oh ya, jangan lupa nantikan album terbaru kelahiran Anuar Zain..pada tanggal januari depan.


pic kredit to anuarzain.my
Penyanyi jemputan ASK 2010


Pelakon mantap yang sorang ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Shaheizy Sam yang aktif berlakon drama satu ketika dulu tiba-tiba menyepi hilang dalam bidang nyanyian, Kini muncul dengan satu aura yang baru dan mendominasi pelakon lelaki paling glamer dan antara tertinggi bayaran sekarang. Hebat kan? Muncul dengan filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan seterusya Adnan Sempit, sekali lagi me sangat teruja. Sebagai penerima Anugerah Khas Juri Yasmin Ahmad, memang patut dan layak beliau dinobatkan anugerah ini untuk menghargai jasa-jasa penggiat dan pelakon tanah air yang memang berbakat. Bukan sekadar bersandar pada rupa, namun bakat yang ada telah ditonjolkan. Tahniah Sam. Salute sama lu, der.

Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad

p/s : Tiba-tiba me excited nak bergosip pasal artis.. Panassss!!


Friday, December 24, 2010

Juliana Di Ajak Seks melalui YM | Melampau betul opera cina itu!!

Tengah me godek-godek apa berita terbaru..ringan tangan me ni nak buka OH TIDAK.COM..
terkejut beruk me baca topik ni...
jantan gila seks ni susah betul nak puas..
sanggup cari apa cara sekalipun semata-mata nafsu sudah merajai diri..
mengucap panjang me dengan keadaan sekarang..kenapa manusia sanggup merendahkan akal fikiran 
membiarkan nafsu syaitan bermaharajalela...
Kepada Juliana: tertarik dengan cara anda menangani perkara ini.. Bukan senang nak jumpa orang yang masih lagi tenang bila berhadapan dengan jantan lowclass ni... 
Para wanita di luar sana, sila berjaga-jaga.. sila jaga diri, maruah dan martabat anda sebagai wanita

Sebenarnya me pun pernah kena pasal benda ni..oleh teman cyber yang dah berapa bulan kenal tapi baru keluar taringnya.. tapi nanti akan ku bongkarkan jugak perkara ini.. Mari tengok bagaimana jantan kabaret ini 'mengayat' juliana.

sesi berkenalan

















Gila kentang mamat gila seks ni. Denga tak rasa bersalahnya dia blah gitu je. Ada jugak orang macam ini ek. Oh,dunia semakin punah oleh manusia yang berperangai syaitan. Patut dipotong je anunya. Biar dia rasa terseksa.


Sumber cerita : oh tidak
sila rujuk web ini untuk selanjutnya

p/s : aku semakin trauma

Bila polis Malaysia dah join Need For Speed Underground | Naza Kia FORTE menjadi taruhan

Wah..makin maju polis malaysia sekarang...
ada kereta baru ala2 kereta racing... dengan sentuhan terbaru yang lagi gelap dan menawan kereta polis pun tak macam kereta polis ( ah apa merepek ni) >>>  Maksudnya biasa korang nampak kereta polis asyik2 warna putih.. yang terbaru ni korang tengok sekali gosok-gosok mata..ini kereta polis atau ? Bagi me, kereta ini cantik bangat dan masa praktikal dulu pun penyelia industri pun guna kereta ni gak.. start enjin men tekan button je.. tak payah lagi guna kunci..

sungguh lawa

pic kredit to kereta

lagi gambar naza kia fortePDRM

hebatlah kalau memang benar desas desus PDRM ambik kereta ni jadi kereta rasmi mereka. Dah boleh lah join need for speed undercover lak untuk cover-cover cari penjenayah. tapi me rasa macam kereta ini bukanlah untuk aksi pecut memecut segala mungkin aksi tayang kereta untuk menjemput VVIP atau masuk perbarisan ke apa....

Sumber : Oh tidaK

p/s : kereta dah cantik...aksi dan perkhidmatan anda kena lagi mantapppp..





Thursday, December 23, 2010

‎"boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang, duduk rengang-renggang.........."

Salam readers,

Wah fofular jugak lagu ini ya...sampai budak-budiks pun tahu. Bukan takat remaja, bapak budak pun tergoyang kaki sama. Namun entri daku pada kali ini sama sekali tidak ada kaitan dengan adegan bermanja-manja sang kekasih arjuna..namun ini kisah antara aku dan dia..cinta si dua darjat... jeling-jeling dari jauh..walau bapak daku together-gether ngan daku...berani sungguh dia mengintai kami secara senyap... dengan harapan mungkin kami akan berkasih-kasihan walau dia serupa Si Batang Kayu mengalir sepi...


pic kredit to google imej
lelaki si buaya darat

Ini kisah aku dan dia.. Si bujang Senang yang memang senang...
apa? Si Buaya darat ke?
Oh..anda sudah salah meneka..
memang dia si buaya
bujang senang sarawak...


pic kredit to fotomedia - hensem kan buaya ini. Panjangnya mencecah 20 kaki

Kisah 1

Kisah ini bermula tika daku masih lagi sekolah rendah. Hobi me masa itu ialah menemani bapak menangkap ikan - salah satu hobi beliau jugak.  Daku ni masa kecik ala-ala tomboy gak, mungkin sekarang lebih lembut sedikit...yukzzz ( ya meh?) Oleh sebab beliau gemar menjala atau memasang jaring ikan di sungai, daku pon yang memang gemar main air ni akan ikut beliau berperahu di sungai. kadang-kadang seminggu sekali. Sedang-sedang kami berdayung, daku ternampak la ada batang kayu sedang bergerak di pinggir tebing. Musykil sungguh masa itu..tiba-tiba teringat orang-orang tua pernah bermadah masuk hutan ke p mana-mana , mulut jangan cabul. Hati aku kata itu buaya..namun mulut aku kata eh apa itu?


pic kredit to digitalmukmin
macam perahu bapak aku tapi cantik lagi dan panjang


Aku tengok bapak dia relax je.. Aku tengok buaya dia jeling-jeling manja.. Aku tengok lagi bapak, dia mula kayuh laju sikit, aku tengok lagi buaya dia dah mula gerak godek-godek.. Aku pandang pendayung aku, aku tak mampu pegang dan dayung. Aku takut gak sebenarnya..aku cuma tolong tengok bapak kayuh je. 

Aku : "pak, apa benda ya? cuba kitak nangga tepi tebing ya?"

Bapak aku ngan penuh diplomasinya berkata : "sssshhhhhyyyyyy" dengan memuncungkan mulut heronya.

Aku faham. Aku diam. Aku tunduk. Aku intai lagi buaya itu. Oh..dia masih lagi di tebing. aku bermonolog sendiri, agaknya lau buaya itu libas-libas ekor dia sepantas kilat dah sampai agaknya dia di tepi perahu dan kata haiiii....

Aku takut..aku baring dalam perahu...otak aku ngah ligat berfikir bagaimana kalau esok keluar berita " BUDAK COMEL DIMAKAN BUAYA" dah glamer aku rasanya. Sedar-sedar perahu dah sampai ke tebing tempat kami berhenti mula-mula.


Kisah dua

Untuk pengetahuan korang, sekolah rendah aku ni kat seberang sungai. Boleh nak pergi guna jalan darat tapi jauh la. Bapak aku mana rajin nak hantar guna jalan darat, adalah dalam 30 minit kot. Sebab tu aku naik perahu pegi sekolah. Sebenarnya ada gak sekolah dekat area rumah aku 5 minit je tapi sekolah cina. Aku tak mahu. Lau nak pergi sekolah aku ni banyak tul rintangannya. Mula-mula kena naik bas, pastu naik perahu, pastu jalan kaki lalu hutan dalam 15 minit lalu kawasan perkuburan kristian baru sampai sekolah. PART paling best masa naik perahu. Boleh main air op kos la kan. Satu pagi yang hening, time gedik-gedik nak pegi sekolah, aku naik la perahu yang dikayuh oleh arwah nek Katung ( lelaki la). Arwah ni dah tua benar tapi masih ada kudrat lagi nak berkayuh. Masa beliau tengah berdayung dengan slow and steadynya, kami ngah riuh rendah sebab kat belakang perahu ada buaya tengah mengekori kami.

pic kredit to freecoloring
ni macam perahu tambang nek katung cuma lagi besar dan atap dia untuk si pengayuh je

Adoiii yaay..tak habis-habis jodoh aku ngan buaya ni. Aku tak lagi panik macam dulu..tapi aku pun tolong gak jerit macam budak-budak lain..

kami : " Nek, cepat nek..ada boyak kat belakang ya..cepat nek..kayuh laju sikit"

Aku nampak nek katung dah mula panik. tapi dia cuba kayuh laju. Tapi kenapa speed dia macam biasa. Apalah yang ada sangat dengan kudrat orang tua. Sampai aku rasa biar aku yang tolong dia kayuh. Haha.. Tapi aku fikir buaya tu sebenarnya baik jugak. Agaknya dia nak tolong hantar kami ke tebing ngan selamatnya. Dia tak kacau pun, tapi mungkin dia bergurau ala manja macam Si Buncit... usik-usik gitu.

pic kredit to marcusahlin
Buaya ngah santai

Lepas pengalaman dua kali ngan buaya ni, buat aku berani berhadapan dengan  dia..Selalu gak pastu nampak buaya kat perairan sarawak ngah meluncur laju membelah aliran sungai... nampak dia tengah bersantai lah.. Orang kata lau buaya banyak kat sesuatu kawasan sungai tu, ada banyak populasi udang di situ. Sebab tu agaknya hobi si penangkap udang selalu pi jejak langkah si buaya. Bak kata pepatah : dimana ada buaya, disitu ada udang.

Mak aku kata, buaya ni dia tak kacau orang tapi bila sang manusia dah kacau sumber makanan dia, dia dah kurang makanan dan ganggu manusia. Cuba korang tengok berapa ramai dah kena baham ngan buaya. Nasib baik aku tak kena gigit ngan buaya...lau tak korang tak tengok la aku yang 'baik lagi rajin' ni lagi.

p/s : teringin nak membela buaya jadi haiwan kesayangan..mesti aku glamer dan masuk metro lagi..haha

Glosari :-

Sampan Nek Katung : Sangat besar sampai boleh memuatkan dua buah motosikal dengan kami budak-       budak seramai sepuluh orang.

Bapak Aku : Seorang Ketua pembantu tadbir di sekolah menengah tapi hobi beliau adalah yang kena mengena ngan alam. Beliau adalah pecinta alam dan anak kampung yang sangat berdikari dan lebih suka menghabiskan masa dengan ikan, ayam. Pernah beliau dan isteri beliau bercuti di KL dan menelofon ke rumah hari-hari bertanyakan adakah ayamnya sudah makan ke belum.. haha..kami adik beradik seolah-olah anak tiri dan berebut kasih sayang dengan anak emasnya di belakang rumah... Si Ayam Kampung.

Buaya : Sang buaya ini sangat glamer di Sarawak sehingga diberikan gelaran bujang senang. Bagi aku beliau ini sangat hensem, maskulin dan ganteng... 












Wednesday, December 22, 2010

Bayi Koma Dicampak Bapa.. Sangat Kejam..| Patutnya Ko pun patut dicampak dari bangunan!!!! Barulah fair & Square..

Sangat terkejut membaca berita Metro Online hari ini mengenai seorang bayi berumur 9 bulan koma dicampak oleh bapanya yang berang kerana beliau selalu menangis..Ini tidak boleh diterima akal.. Apakah Si Bapak hanya tahu buat anak tapi tak tahu nak jaga anak.. Oh..dulu ko fikir sedap je...sekarang dah ada hasil.ko main lempar je...apa ko ingat beliau itu bola? eh...anak kambing SAYA yang nangis dibawah pon tak diletakkan di dalam kandang..siap bagi dia berehat kat koridor versi 1st class lagi ok..inikan pula seorang bayi yang tak tahu apa-apa hanya mengerti menangis meminta simpati tapi ko dah kenalkan dia dengan duka pahit kehidupan menempuh alam separa sedar antara hidup atau mati..
oh..sungguh bagus ko ini...
memang bapak yang TERBAEK punya la!!!!

pic kredit to metro online


Emosi sungguh entri daku kali ini..biasanya garang-garang me pun guna 'saya awak' lagi..tapi kali ini tidak boleh tidak... bapak ini tidak haruss di panggil dengan gelaran 'awak'..tidak layak.. Kenapa didera bayi kecil itu..cuba lah dera abang polis sana..tengok dia balas balik tak deraan ko itu. Tak pun ko cuba dera perdana menteri kita..tengok ko kena peluru berpandu ke tak?

Mangsa : seorang bayi lelaki berumur 9 bulan

Pemangsa: Bapa Kandung berusia 30-an

Sebab pemangsaan: bayi itu kerap menangis

Kesan jangka pendek: Bayi itu telah dibaling ke atas katil

Kesan jangka panjang : Bayi itu tengah koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan sebelum ini dikejarkan ke Hospital Melaka

Lokasi Pemangsaan : Di rumah si bapa di Jasin

Masa Kejadian : Petang Ahad

Kes Siasatan : Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Sila baca di sini untuk lebih lanjut

Komen aku: Satu kemusykilan..Si Ibu buat apa ya masa kejadian? Adakah beliau tengah tidur, tengah masak, tengah mencuci baju hingga tidak sedar anak menangis lalu dilempar? Anda..Sila jawab pertanyaan aku.. Tau pulak panik pasangan ini pas anak tak sedar diri..

Aku : Nak lempar kucing pun aku tak mampu..mungkin boleh melempar tamparan dari jauh untuk kamu.. Mungkin kita boleh baling dia dari tingkat 5 ke bawah..bagi dia rasa perasaan dibaling  dan mendarat secara sempurnanya...

p/s : rupanya aku lagi kejam..







Tuesday, December 21, 2010

Hey Kamu!!! Jangan gedik-gedik Di sini

hei awak!
Kenapa awak gedik sangat ha?
Dah la berjalan-jalan ala2 makhluk tuhan paling seksi..berlari pulak ala2 manja..
apa awak ingat awak cantik sangat...?
Mentang-mentang awak putih gebu..status pulak single mingle..
umo masih muda tapi ada hati dok jeling2 orang..
Apa awak ingat awak ni kucing, boleh gesel-gesel kat badan orang
Tau la awak ni bakal pewaris takhta Si BOer
almaklumlah awak kan VVIP  erk salah VVIG
boleh jalan jenguk p sana p sini..
Ngintai2 anak jantan kawasan kejiranan, awak tak malu ke ha?
jom tengok sapa dia nie..
Memperkenalkan Misz GeDiK seMalaya..

|



|



|





|




|



|





|






|





|



|





|





|




|


inikah Si Gedik itu?
opss bukan...
(Pic kredit to lekatlekitgurl

|





|





|



|





|



|




|




|




|




Ini kambing lupa daratan - Si bUnciT : " Saya lah Model terkenal, sape nk otograf? ".

Hehe..inilah makhluk tuhan paling seksi itu..paling feymes emes di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan (IBVK)... Si dara rebutan jejaka hensem sejerantut.. Cantik kan dia?

Bulu putih suci terjaga..tak macam kawan-kawannya yang lain. Dia ni spesel sikit..duduk luar kandang           ( koridor bhaaa ) almaklumlah VVIP...kekeke...lau kambing2 yang lain duduk dalam kandang tau! Si Buncit ni boleh merayap berjalan sesuka hatinya.. BOleh  p curi makan kat kandang kambing lain, boleh p ngintai mana kambing yang agak2 hensem, boleh p curi dedak kat bilik stor, boleh bersiar-siar dan boleh di jadikan kawan... ngeee... 

curi makanan kambing lain


Lagi aksi mencuri profesional


Sementelah me praktikal di sana bulan 4 hingga 6, ceittt... Si Buncit ni ada satu perangai dengki... sangat dengki okay!! Dia suka ikut orang balik rumah...pastu sibuk nak masuk rumah jugak.. So me yang baik ni konon, p la hantar dia balik sambil berlari-lari. Tapi Si buncit ni ingat kami sedang berlumba lari kott 
sapa cepat, dia menang..
So, Buncit ni dengan sedaya upaya akan pastikan dia berlari di depan kita...kalau kita pura-pura tak berlari lagi, dia pon reti slow jugak..siap2 jeling-jeling lagi...kita speed balik...dia lari lagi laju lagi...
Hah..Si Buncit..Kamu memang dengki..tak mahu kalah..asyik nak menang je..takde sape nak kawan dengan kamu kang...

Jalan-jalan dengan buncit

Agaknya si buncit ingat dia ni anak kucing kot..suka gesel-gesel kat kaki orang..sondol-sondol..ape dia tak tahu ke tanduk dia tu sangat sakit... aishhh.. Dia ni 1st clazz punya kambing..lau letak makanan atas lantai..dia tak sentuh langsung...sangat memilih.. Kegemaran dia adalah..makan dalam kereta sorong..

nyum-nyum sedap tau makan kat sini. Selain daripada itu, saya jugak suka makan glove a.k.a sarung tangan, bulu penyapu, kertas yang menarik, dannnn.... saya suka mengunyah kasut but..!

Saya masih anak dara lagi...sapa nak masuk minang..anda mestilah hensem, kacak, bergaya, macho, janggut kemas, kuat supaya anak saya nanti cantik dan gebu macam saya..
tiru macam saya u ols!!!

Baru nak puji buncit ni anak dara glamer, Ah....ada berita tergempar nun dari Pahang sana, menggembar-gemburkan si buncit @ Si Gedik ini sudah mengandung.... hei..sapakah jantan kabaret yang menbuntingkan buncit...baek ko mengaku ya... Pandai2 buat anak orang tapi tak nak mengaku yaa... bagai  baling batu sembunyi tangan..ceh..kurang ajar punya jantan..hihi. Sudahlah si buncit ini anak yatim piatu.. Sejarah hidupnya amat pahit...Maknya mati ketika melahirkannya..lalu diletakkan anak kecil ini dalam kandang.. tapi dia ni asyik nangis je ( macammana ek kambing nangis), so dia pun di letakkan di luar kandang dan sampai sekarang jadi VVIG ( very veri important GOAT)

Mari terjah Si Jantan Hensem Itu

adakah dia si red kalahari?

atau si Gagah Boer ( ah me lupa nama dia)

 
atau si hensem Jamnapari

atau makhluk berbulu lebat ini spesies Shami?

P/s: sila undi siapakah dia suami si buncit...
Me pun tak tau sebenarnya..haha..nanti dia dah beranak, Kita tengok anak sapa dia kandung..ngehngeh...=))))










Bila mata mula bersuara

Entah kenapa sekarang me dah jadi imsoniac
lau berjaga menonton movie..mata yang kuyu menjadi segar..
cuba dipaksa menambah ilmu, asyik2 nguap mengalahkan dugong
burok benar rupanya..
ahh..mata tolonglah..
berjaga tika perlu..
tidurlah dikau jika jam biologi dah mula memanggil merdu..
Bangunlah dikau di kala ayam mula berkokok

kredit to Tipdeck.com

Jangan jadi seperti kelawar..
siang mengantuk malam berjaga
cari cucu di mana ada..chewah...

Ini kelawar suka tido

Akan tiba jua di satu masa nanti..
sang mata tertutup hingga ke akhirnya...


p/s : apa kena mengena entri dengan isinya..hah...aku tak peduli..mengantuk sudah..otak dah krem...
FYP ku sayang..tolong bekerjasama dengan saya
Ameba, saya sayang awak...




Monday, December 20, 2010

Kenapa perlu aku menjadi president di blog Yutaka?

Kenapa aku perlu menjadi presiden
atau kenapa perlu saya jadi presiden?
sebenarnya saya "tak nak" pun..
tapi saya telah "dipaksa" oleh incik yutaka Mushimura
yang hari2 dok promot..
untuk menjadi ahli kaporat di blog anda..
haha..mesti incik yakuza ini marah dengan statement ini..
ceittt...




saya ingin mencalonkan diri saya ini menjadi ahli tertinggi saja walaupun tak berapa nak meninggi..
saya tak nak jawatan president..nanti tak pasal2 kena turun takhta pulak..haha..takuttt
incik yakuza...undi lah saya menjadi calon exco/calon adun/ Menteri besar di wilayah anda..
saya akan bekerja dengan baik..ini tipu hihi
Saya mahu kerusi emas kalau ada...
inilah pertama kali nya saya bertanding merebut kerusi jawatan karporat
itu lah sebabnya saya 'demand' lebih..haha..
emosi sungguh daku ini..

Silalah memilih saya kerana saya memang 'baik dan rajin'



P/s :- Siapa2 yang rasa nak bertanding di Kerajaan Pantai Yutaka Mushimura
silalah mendaftar di Blog Yutaka
dijamin free dan bebas tol  :-p

Saturday, December 18, 2010

Boleh makan ke obor-obor?

Erk..ramai orang tanya me mm..boleh makan ke obor2 a.k.a beliau seperti dibawah ini?
Yes..op kos...Kenapa tidak?
Sebenarnya jiwa ragaku sekarang ini amat merindui makanan sarawak...konon2 lama duduk di perantauan tak dapat nak merasa.. 
sape pernah makan umai obor-obor, angkat tangan!!!!
paling kurang pun pernah makan umai udang laaa... sebab senang nak dapat udang... sementelah me belum lagi berjumpa dengan penjual obor-obor secara live di terengganu... ( @ mungkin penjualannya adalah tidak dibenarkan , ah me tidak tau...Sape tau jual kat mana , bagitau eh..
terliur sudah mengidam bangatt nak makan umai...

 amik pic ni dari dis blog

Amacam sedap kan rupanya?
Lau orang tak pernah dan tak tau, mesti cakap eiii....boleh makan ke? tak ke beracun binatang ni... tak pe ke korang makan mentah.....???
n0000.... Mana ada mentah pun..kalau tengok daripada segi penyediaan nya pun..korang leh agak makanan ni bukannya mentah pon.. Oleh sebab ianya diperap atau diperam ( ah, mana satu tah ) dengan air limau selama setengah jam ke atas gitu, ia dah jadi setengah masak atau masak ok.. ( Betul ke ayat aku ni?)

Selalunya umai ni kitaorang kat rumah buat ikut suka la...lau terasa nak makan beli je yg fresh dari kedai berdekatan dan buat sendiri. Tapi menu ini memang menu WAJIB menjelangnya hari raya di rumah daku. Setiap tahun kewujudannya tidak dilupakan cewah.. opss..ini bukan menu tradisi Hari Raya di sarawak ya.. tak pasal2 korang kata ni menu hari raya lak.. Tapi ia  lebih merupakan menu tradisi  masakan sarawak...yang  famili me serapkan setiap kali hari raya...

Sepurnamanya;, mari usha cara wat umai dari Resipi Ibundaku... mungkin jugak sama ngan ruangan resipi yang lain..tapi yang penting..ni me tulis sendiri ok...hihi

Umai obor-obor yang sedap dan lazat

Bahan-bahan:

 1) obor-obor ( biasa kitaorang guna 1kg ke 2 kg ek..saya sudah lupa..tapi ni ramai tau orang makan) Lau takat nak makan dua tiga orang, 200 ke 300gm mungkin sudah memadai. 
2) 4 @ 5 biji bawang merah ( ni untuk yang wat sedikit..lau buat banyak tu ikut suka la banyak mana pun)
3) bawang putih
4) bawang besar a.k.a bawang bakong
6) air perahan limau sebanyak yang mungkin
7) Halia
8) cili merah besar, kecik atau kampung ke... ( ikut kepedasan masing2)
9) bahan perasa : garam, gula,
10) kacang tanah yang dibakar lalu ditumbuk atau di blend kalau malas macam me.. d >-< b

Cara2nya:-
a) Rendam obor-obor dengan air suam campur air paip dalam 2 jam macam tu la... sebab nak kurangkan kemasinan beliau. ( jangan pulak direndam dengan air panas - kecut nanti obor-obor korang)
b) Dah rendam, potong halus-halus.. ( jangan jadi macam bapak daku memotong beliau besar-besar.. tercekik daku makan)
c) Sambil-sambil rendam tadi, sediakan air perahan limau. next, gaulkan air limau tadi ngan obor-obor.
d) Masukkan bawang merah, bawang besar,putih, cili, halia dan bahan perasa. Tidak digalakkan letak garam terlampau, >>>obor-obor kan dah masin...
e)Korang rasa la air dia..cukup-cukup rasa tambah kacang.. siap
f) Korang boleh je biarkan selama mana yang korang nak. setengah jam ke atau ikut suka la.
lau me, me makan terus je...kiki...lapar suda...

Oh ya, umai udang pun caranya sama saja tau. Cuma kacang je takde atau tak perlu ok. Nanti lain rasanya. Udang tu kena peram lama sikit ye ..dua jam gitu..takut nanti korang makan sakit perut ke. Boleh gak tambah ngan mangga muda. Potong mangga macam wat kerabu mangga. campur dan biar seketika sampai serap rasa die. EX housemate dulu suka je makan umai udang ini.

pic kredit to dapurkuberasap.blogspot.com ( lau was-was ngan resipi daku ini, leh pegi terus blog ini untuk lebih lanjut..setiap orang ada resipi berbeza kan? :-p)

Senang kan cara membuatnya.. pejam mata..baling-baling je bahan,korang dah leh sediakan umai ini pastu umum kat kengkawan atau orang yang nak di saji, cakap..payah nye wat umai ni. hanya daku yang terer..hahah..boleh bangga sekejap...ceitt.. tu pun kalau orang yang korang nak tipu tak tau cam ne nak wat gak ek.. Lagipulak bukan semua orang pandai makan beliau.. mungkin alah, takutt nak makan, geli, pelik dan yang sewaktu dengannya lah. 

Teringat kali pertama masuk U, boleh pulak ada orang tanya ORANG SARAWAK MAKAN APA EK?  oh..adakah kami makan makan pelik yang lain selain makan apa yang korang pun  makan : nasi > makanan ruji apa atau  MUNGKIN AKU PON MAKAN ULAT SAGU...( teringin gak menjawab begini walau hatiku tersentap seketika, tapi daku memang baik lalu dengan penuh senyuman daku menjawab, tak la, kami makan makanan biasa yang lebih kurang macam apa yang awak makan a.k.a ayam, daging dan dll)

pic kredit to cik dehe

mahal tauk ulat ini...keke..ulat ini kan sodap...haha
bajet macam me pun pernah makan kan..
TAK PERNAH OKAY!!!
mahal jugak ulat ini di jual..kat BAU, ada jual benda alah ni,..bapak me beli 20 sen sekor... dijadikan umpan p mancing la xsilap laa..Setiap kali dia beli bawak balik, kitaorang yang nakal ni akan ambik sorang sekor ulat pastu buat die berlumba atas meja. kekeke.punya jahat. Seronok pulak main ngan ulat ni ( tapi sekarang menyesal dah la). 


 pic kredit to encik kim

comel bangat kan ulat nie... sangat berseni setiap belahan urat dia...

Terakhir, apa kaitan ulat ngan obor-obor... ?
entah..takde kaitan..
mesti korang dah geli ngan resipi ni sebab ada gambar ulat ni ek...kikikikih..
Jangan risau..takde kaitan ulat dengan umai itu okiess...!

p/s: cuba try test wat umai ulat sagu ni..sodap tak..hahaha






NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics