Monday, September 17, 2012

Taktik Penipuan AOWA

Salam my dear readers,

UPDATE LINK :- teknik-dan-strategi-penipuan-aowa-frico

Baru tadi kongsi resipi kan,ni ahkak masih lagi panas hati dan trauma dengan kejadian yang berlaku di KUCHING SENTRAL pada hari selasa lepas 11/09/12.

Judul        : Strategi dan Taktik Jualan Produk AOWA
Waktu     : 11 pagi
Hari         : selasa :(11.9)
Pemangsa : 3 orang Promoter( Promoter Sabah (P dan Laki) dan sorang promoter sarawak



AOWA


Masa tu, ain baru je habis interview SPA di pusat temuduga SPA di batu 3. Mintaklah cuti di sekolah sebab terpaksa kan (Jadi guru ganti sekarang ni). Pukul 10.00 pagi macam tu, habis interview terus ke Kuching Sentral sebab adik kirim suh beli dadih dan kontena. Jadi, sebelum p beli tu, singgah dulu jalan2 kat atas tingkat 3 dan 2 sebelum p H&L. Bila dah nak turun kat elevator tu, dan dan pulak lah promoter AOWA ni pi tahan kita bagi flyer dia dan cakap

"Kak, kak..sekejap bha.. Ni dengar dulu. Saya mahu kasi tunjuk kakak ni produk aowa. Kami nda jual bha kak, jangan risau. Saya mahu kakak dengar saja dan lepas itu bagi komen bagaimana cara kami perkenalkan produk pada kakak serta kebaikan produk kami".
Aku pulak macam orang ngek ngok pun setuju lah juga dengar promoter ni promosi produk mereka ni. yelah, takat bagi komen tak luak pun kan. Dia pun start la pot pet terangkan pasal induction cooker

"Kakak, dapur rumah kakak cam mana? Dapur gas ka? Cuba kakak tengok baru2 ni ada kejadian letupan di kl sana? Sebab apa? tong gas meletup..ni syarikat kami mau perkenalkan sama kakak dapur magnet guna elektrik saja. Kalau kakak tinggalkan dapur ka, lupa mau tutup dapur ka, nda apa. ni dapur ada timer sendiri. Pandai tutup sendiri. Kalau air tumpah panas, dalam 5 saat sejuk suda. Cuba kakak sentuh ni. Panas nda? INi produk dari jepun tau kakak"
Ain pulak takut-takut nak letak tangan cuba. sekalinya langsung tak panas. Kagum la konon kan? Dia terangkan pasal infrared, kuasa magnet dan segala. Macam sa inda tau> saya kan belajar kimia dan bio (kata aku dalam hati dengan riaknya haha). Tengok-tengok jam 3 minit berlalu, tengok lagi 5 minit, 10 minit sudah..aiii...sakit pulak hati aku punya lama introduction..tang bila nak komen kan?


Pas 10 minit, terangkan berjela-jela pasal induction cooker yang canggih-manggih itu. Dia pun tanyalah kita pelbagai soalan, Kualiti produk, pembentangan mereka macammana, ada berminat tak nak beli produk. Yang paling bengongnya, dia minta ic untuk tulis nombor kad pengenalan dan telefon. Ain pun macam nak tak nak bagi je ic. Sambil2 tu mata mereka, meliar je tengok masa kita bukak dompet tu samaada kita ada bawak kredit kad ke apa.

Ain bagi lah ic then bagi komen. Memang puji lah sikap mereka baik saja kan, mulut manis segala, senyuman lebar gila kalah pengantin raja sehari. Dari 5 bintang berapa kakak bagi servis kami ni? Saya bagi la kamu lima bintang, sebab memang superb presentationnya. Lalu bermulalah trauma aku dengan soalan:-

"Kakak, nda berminat ka mau beli dapur ni kasi hadiah sama emak kakak? (yalah, i kan belum kawin,jadi mana nak beli dapur untuk rumah sendirikan? cuba kakak tengok harga dapur ni mahalkan (RM 3888.00). Ni kalau kakak kena voucher RM 50 sampai RM1000. Jadi lau kakak beli produk kami ini, boleh dapat murah sikit la kan?
Maka promoter sabah pompuan dan laki ni pun bagi kakak ain ini satu tiket bertuah. Siap mereka yang tolong bukak tiket tu. Ya la, Mana la tau kena RM1000 kan. Lain kali berminat nak beli, boleh dapat murah. Bukak-buka tup tup dapat 3 hadiah percuma wo...Tarkezut la ahkak kan..( tapi muka tenang aje) sebab dalam hati macam terdetik..aduh..macam dah kena tipu je aku ni.)

Antara barang yang ahkak menang:
a) Induction cooker( RM3888)

b) water purifier (RM2000++)

c) set periuk kuali 30 pcs ( RM3000++)

Jumlah/ Total: RM7000++


Pastu, Promoter tu terkejut sakan sebab katanya mungkin tiket ini salah cetak oleh syarikat mereka. Kesemua hadiah2 tadi dah terkeluar semasa cabutan bertuah di Sibu. Jadi tak logik lah dah terkeluar, masih ada tiket lagi. Memang kedua2 promoter sabah tadi terperanjat habis dan geleng2 kepala. Jadi, dia cepat2 call HQ tanya

Hello, ni Hilda (apakah namanya, ain dah lupa) dari kuching sini. Ni ada kakak ni  menang tiket 3 barang. Bukan sudah keluar di sibu ka hari tu hadiah-hadiah ini. Macam mana ni? Valid ka tiket ni? Nda kena potong ka gaji kami? Kak, tiket ni tadi kakak baru bukak kan (sambil refer pada ain. Mereka saja cakap kuat-kuat bagi kita dengar supaya kita yakin mereka betul dan tak menipu). Then, dia pas telefon pada ain, tanya mengenai tiket tadi, adakah kita berkait rapat dengan promoter tadi, tiket tu masih baru ke, apa nombor kod tiket dan bla.
Dan akhirnya, tahniah la sebab anda memang betuah. Tiket ni hanya ada beberapa sahaja di Malaysia. Tapi dengan satu syarat, akak kena support satu barang kami dulu. WAJIB beli produk harga RM 2000++ keatas dan akak dapat 3 barang percuma  worth 7000++ lagi tu. Siap tekan calculator hokayyyyy... Tiket tu hanya layak untuk hari itu sahaja. Masa tu baru perasan yang seorang promoter sarawak tadi tak ada kat booth. tinggal budak 2 sabah je. Pas habis call, budak pmpuan sarawak tadi balik ke booth, tapi tak tau la pi mana pulakkan. Mereka pun semua berkumpul depan kita siap ucapkan tahniah dan nak salam bagai. Yang promoter lelaki siap keluarkan lagi barang2. Ain gitau eh, saya tak pakai kereta, saya bawa motor je hari ini. (haha, aku menipu tak bawa keta). Dia siap nak tolong kita angkat baraang lagi ke kereta.

Ain pulak dah macam panik sangat, kebetulan la telefon berbunyi cakap eh ni pihak sekolah dah telefon saya, saya ada urusan penting ni. tak dapat nak stay lama lagi maaf lah. Nanti lain kali, saya datang lagi. pastu ain terus je blah dari sana n p beli air. trauma gila masa tu dah kena tipu macam tu. Sampai lupa yang adik pesan suh beli dadih tadi.

Balik je rumah, terus buka google pi cek aowa. taip2 je aowa terus keluar ni;-
tengok? taip2 produk aowa terus keluar kes penipuan

Bila baca balik blog2, wordpress semua menceritakan bagaimana promoter 'bertuah' ni menipu mereka iaitu dari segi modus operasi yang lebih kurang sama:-

a) mereka akan tunggu pelangan2 dan bagitau hanya minta mereka bagi komen sahaja

b) selepas bentang dan promote produk lebih kurang sedikit, pura2 tanya tentang komen dan bagi kupon/tiket/cabutan bertuah dan korang buka, maka menanglah hadiah yang berupa tiga barang. (Beli 1 percuma 3)

c) Promoter2 semua pura-pura konon terkejut yang tiket tadi tersalah cetak dan mungkin tidak valid/sah. 
Mati-mati lah mereka tidak percaya.

d) Promoter tadi akan menelefon HQ mereka di KEY-EL okay dan bercakap denga suara yang kuat supaya kita pun dengar sekali dan akan memint kita bercakap dengan orang di HQ tadi dan akhirnya beliau memberitahu kita bertuah memenangi hanya beberapa tiket yang tercetak di seluruh Malaysia.

e) Dan nampak gayanya, orang HQ tadi merupakan salah seorang dari promoters, patutlah masa promoter yang sabah tu telefon HQ, yang sorang lagi dah siap sedia keluar dari booth. HEBAT.

f) mereka akan pujuk atau desak anda untuk beli barang2 tadi. AL-maklumlah beli satu percuma tiga. Barang pulak canggih dan nampak elegan. dan Tiket tadi hanya sah untuk hari itu sahaja.

g) mereka siap akan ikut anda ke bank jika anda tiada kad kredit dan sama sekali sukar membenarkan anda pergi dari booth sekiranya sudah diexplainkan produk2 mereka.

h) ramai yang terpedaya dah beli barang2 ni. Cuma kita takut, adakah barang2 ini betul2 hasil dari AOWA Jepun dan bukan dari China?

i) dan kalau anda tak mampu nak beli on the spot, maka anda diminta tinggalkan deposit tak kisahlah berapa dan kalau anda cancel, deposit anda burn.

Link2 ni anda boleh baca lagi kes penipuan AOWA;-



p/s: Nasib baiklah hati masih tenang untuk tidak terpedaya. Cuma rugi masa lebih setengah jam dengar promosi dan cubaan mereka menipu. dan satu lagi, dalam bank tak sampai pun seratus hengget haha.

















12 comments:

Anonymous said...

Saya pun kena betul-betul macam saudari. Serupa habis kecuali kupon cuma ada 1 hadiah & dia orang tak pakai nama aowa. Nama lain- proxide. Ada outlet kat Giant pulak tu. Saya tak berapa nak layan & last2 beritahu saya tak berminat nak beli barang2 yang ditawarkan. Huhuhu...Terima kasih kerana berkongsi hal ini.

Anonymous said...

Salam sdri. Saya dan bbrpa org kwn dah kena benda ini sejak beberapa tahun yg lps, rupanya produk ni masih mnjlnkn kegiatan mereka ya. Ada kawan saya ni kata.....klu dia jumpa balik bdk yg promo kat dia tu....tahulah apa dia nak buat. Yang lagi teruk gara2 rasa trpedaya dgn tipu muslihat mereka ni, sorang lgi kwn kata....rasa nak langgar je budak2 yg pakai uniform Aowa ni klu ada kat jln raya. Tolonglah...takde ke sesiapa yg boleh hentikan taktik kotor depa ni...

Unknown said...

salam akak..kisah akak tu sama sebijik cam saya kena ptg jumaat tdi..fuh nsb baik saya x terpedaya ngan kata2 manis dorg tu..dah lah promoter situ sabah ngan sarawak..kemain lagi..tpi nasib baik sgt sayabgi nama,tmpt tggl ngan no tepon palsu..ble dorang minta ic lak, saya ckp lupa bwk..hehe..macam2 saya bgi alasan,xde duitlah,mak x naklah,saya x mampulah macam2 lgi..hehe..ble saya ckp x nak hadiah tu dorang cakap rugilah pastu pujuk2 lak kita bleh bayar ansur2an..saya rasa cam nak nangis je time tu..asyik kena pujuk beli je..asal kita bgi alasan nak jmp adik kononnyerr nak ambik duit tu pon dorang x nak lpskan..tumbuk kang bru taw..hehe..geramnyerr..tpi alhamdulillah nsb baik x terbeli..terlepas dari hasab membeli ni..

Unknown said...

Saya pn dah terkena ptg kemarin!!!

nanami ichijo said...

Salam sis. Kami baru sampai sibu sarawak seminggu. Hampir terkena gk ngan promoter aowa baru td. Bila dia call so called bos dia sy rasa sgt pelik jadi terus Google aowa review kt situ gk hahahaha. N trus je nmpk your blog. Scroll down sat sambil depa dok tengok je haha. Pastu apa lg leave la, di samping alasan anak dah melalak.lol!.Thanks for your review!

UmmiSyarni said...

my mom pon dah terkena kat C-Mart Changlun tahun lepas.pandai diorang ni nak p tipu org kampung pulak.nyaris2 tak dapat langsung barangnye.my mom dah bayar semua tapi barang seminggu lebih baru dapat.sy ckp kat my mom baik mak p tanya diorang hari2.n my mom ugut nak report baru dapat barangnye.nak buat mcm mna dah terkena.at least dapat jugak barangnya.

Anonymous said...

maafkan saya...saya pon baru terkena kelmarin...24.04.2013....tapi masalah nya saya tertpu jgak n siap bayar deposit rm100 lg tu...saya mok tuntut balit duit tu,tapi diaorang cakap tidak dapat sebab dah tertakluk lam terma dan syarat yang dah saya sign dalam resit....terkejut jugak saya dengar sebb saya tidak tau yang resit diaorg suruh sign tu ada terma dan syarat mekaorang.diaorang suruh sign tanpa baca n cepat2....rasa2 nya dapat ke tidak duit balit???ataupun boleh ke tidak saya report ke tribunal???polis ker??

Anonymous said...

pernah terkena jgk...dh bayar deposit rm150...blk umh surf internet dpt tau psl penipuan ni...mntak deposit semula mmg bergaduh jugak la...last2 suami call supervisor marah2..nasib baik dpt semula deposit..

N.A said...

assalam...

laaa masih ade lagi kes ni?

ok..saya pun pernah kena (awal 2011)...bukan takat kena pujuk beli dah...memang dah terrrbeli...banyak pulak tu...!!

ni kisah saya :
http://keyboardbercakap.blogspot.com/2011/01/happy-kena-tipu_5164.html
http://keyboardbercakap.blogspot.com/2011/02/happy-kena-tipu-part-2_16.html

pada sesiapa yang dah terjerat sampai beli barang2 ni... korang bole pi buat report kat tribunal pengguna...senang je nak report, bayar RM5.00... tribunal pun feedback cepat jugak... korang bole fight untuk dapat balik duit korang...

yang lain...hati2 je la..saya sejak kes tu memang malas nak layan promoter tepi2 jalan ni... serik! nasib baik barang2 tu sume bole pakai sampai laa ni...

Anonymous said...

Sekarang mereka guna guna jenama kenzo pulak.. Modus operandi yang sama tapi diluar2 bandar..

Unknown said...


Salam...apa yg akn brlaku seandainya kita ikut sekali membacanya samada secara sengaja dan x disengajakan..mohon penjelasan..terima kasih..

Anonymous said...

Sya dah terkena.. tahun 2004 kalo xsilap.. tp sya xtrpedaya la malah sya dpt gelas percuma lagi dr aowa.. hehe

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics