Wednesday, April 13, 2011

Emak zaman dulu..Emak zaman sekarang - spesel entri untuk emak..

Salam my dear readers,

Saya datang lagi...(sila baca macam Tora datang lagi!!!!) hehe. Telah lama bersawang tidak berhapdet blog ini. Almaklumlah sibuk memanjang. Sangat sibuk sampai tak tau nak buat apa2 kerana Si M itu telah memaksa diri untuk berehat dengan sia2..

Oh ya, entri kali ini nak cerita pasal emak. Apa beza emak dulu dengan emak zaman sekarang? Emak saya bernama...Puan salomah (bukan nama sebenar). Emak lah yang jadi kawan baik aku dan dia jugak ar jadi musuh ketat aku satu ketika dahulu.

ini puan salomah a.k.a isteri encik ismail ye.


Orang yang paling garang ialah emak. Garang-garang bapak sama sekali tidak dapat melawan emak. Emak kalau pukul aii..apa saja barang di depan mata bisa menjadi alat untuk memukul..tidak kira apa saja... pisau, rotan, pembaris panjang dan paling glamer tentulah hanger a.k.a penyangkut baju. Emak dan bapak lau memukul selagi hanger tu tak patah belum berhenti gamaknya. Mula2 aku nangis macam nak rak..lama2 jadi imun..kebal konon sebab selalu sangat kena.. biasalah, zaman itu ada abang dan adik lelaki saja (amin, aku dan sapik)  konpom aku jadi sangat nakal dan tomboi...hah. 

ini hanger. wajib patah selepas digunakan untuk memukul


Pisau pun boleh jadi jugak. Sila bayangkan pisau ini panjang dan tipis. Barulah pukulannya sakit gitu. Kalau tebal dan kontot, maka pukulan itu hanya rasa sejebik sahaja...haha



Kami suka sangat main kat luar sampai lewat senja baru nak balik... Emak dah marah...Masuk rumah,..tengok muka mak, mak diam2.. kami senyap..tengok muka mak sekali lagi..ahh.. dah tampak cahaya amuk yang bakal meletus tak lama lagi... kaki dan minda dah set siap2 nak lari.. Nah, memang benar, mak marah ya amat.. mak kejar bawa hanger, kami tiga lari pegi luar rumah. Mak kunci pintu. Mak tutup tingkap rapat-rapat. Kami terkurung kat luar rumah. Sampai ke tengah malam langsung tiada sapa menjenguk. Sedihkan? tapi oleh kerana kebijaksanaan kami, apa lah susahnya. nampak tingkap tingkat atas terbuka, abg pegi panjat..dan dia tolong buka pintu. Selamat akhirnya.

Kadang-kadang, abang dan sapik selalu kena ikat kat pokok kelapa diataskan kesalahan tertentu. Aku sama sekali tidak pernah kerana aku sedikit  baik. Paling kesian, sapik masa itu tidak berbaju ditambah lagi dengan kehadiran kerengga atau semut api...alangkah malangnya beliau. Aku hanya boleh tengok dari jauh..senyap...

Pernah satu ketika, kami sembunyi dalam tandas kat bahagian atas semata2 menyelamatkan diri dari amukan suasa mak ( haha..sapa suruh nakal sangat kan). Bayangkan berapa lama kami terperap dalam jamban tu.. siap bentang surat khabar dan baring kat lantai jamban. Nasib baik jamban tu jarang digunakan. Kadang-kadang aku dan sapik yang kena, kadang2 amin dan sapik. oleh kerana kelaparan, pukul 12 tengah malam gitu, line dah clear baru turun dapur cari makanan. Bawak makanan pegi masuk jamban pastu makan. Aii...bila dipikir balik, masa tu kami xgeli ka makan kat jamban...? entah..takut yang teramat sangat tak fikir dah soal tu. haha..dah kebulur la katakan...

Pernah satu hari, emak marah sangat pasal apa entah... kami sembunyi dalam tandas lagi. Sudahlah tandas tu bukannya simen sepenuhnya. Emak boleh kopek papan nipis ( macam kadbod) semata2 nak dapatkan kami. Punya lah kami takut sampai dah siap sedia atas siling nak lompat ke bawah. Keselamatan tak fikir lagi..yang penting tak kena pukul. Nasib baik emak berhenti mengopek dan membuka papan tu. Kalau tak, mungkin kaki aku dah terseliuh disebabkan pendaratan yang tidak sempurna.

saya menci mak

Itu emak yang aku kenali masa zaman itu. Aku benci dengan emak. Kenapa emak pukul aku. Adakah aku ini anak yang tidak berguna? Adakah emak tak sayang aku lagi. Selalu pas mak pukul aku, aku akan mogok makan. tapi malangnya, tidak berjaya kerana ia hanya mampu bertahan selama beberapa jam sahaja kerana aku sememangnya tidak mampu menolak makanan dari kecik lagi. ahaha..Pas tu, Aku selalu fikir nak larikan diri. Keke..biar emak gembira aku takde lagi. Wah..betapa tidak matang sekali aku pada masa itu.

 Setelah aku meningkat remaja da masuk sekolah menengah, umo pun dah bertambah.. maka aku paham segala tindakan emak itu. Baru aku paham kenapa mak pukul aku. Kenapa emak marah... kenapa emak kurung kami... sememangnya anak2 emak ini tersangat lah degil dan kuat memberontak semasa kecil.. Terima kasih mak kerana meletakkan tanda bekas pada badan kami..kerana tanpa emak kami tidak akan menjadi seorang 'anak' sekarang..



Emak masa kini...merupakan my best-best-best pren... dia lah tempat aku mengadu..tempat aku bersoksek..tempat aku bergosip..tempat aku meminta duit..haha.. Emak sekarang dah paham jiwa anak dara dia. Mak lah kawan aku bershopping...kawan aku masa aku nak nangis.. Emak lah segala-galanya.. Tapi satu je aku susah nak gitau emak, kalau dua miggu lepas emak bank in duit, minggu ni aku dah abiskan duit itu     (boros betul perempuan ini)..aku lebih rela senyap..sanggup berdiet tak makan..kerana aku tidak rela mendengar emak membebel..potpetpotpet...haha...emak..im sorry.. luv n miz u from whole of my heart..liver la. 

p/s : Saya anak emak..anda bagaimana? haha...gila kentang soalan ini.










2 comments:

Unknown said...

waaaaaa... xtw ak nk cakap..hahah..

MisZ Aien said...

hahha..kenapa speechless? kekekke

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics