Toraa datang lagi..! Chewah..cuti datang lagi.. Kali ni pulak raya cina yang menjelma..semestinya cuti ialah topik utama..paling2 pun kalau cuti mesti lebih kurang seminggu kan? Orang yang paling happy sekali dapat cuti ni ialah budak2 sekolah... then student2 yang jauh merantau cam kitaorang ni hikhik dan tidak lupa kepada warga masyarakat seluruh Malaysia.. Dan semenjak saya ini seorang pelajar yang berdedikasi konon, sesungguhnya saya amat bahagia apabila cuti melanda...Tapi.. apabila cuti je, fenomena ini mesti berlaku..inila yang bikin panass sekejap..
TQ pakcik google
1) Hampir semua kedai makan sekitar U atau Kolej akan tutup
Aduii..ni la yang me paling tak suka kalau U dah mula mengisytiharkan cuti sedunia nie... Sebut cuti je, konpem student akan rasa happy bangat..almaklumlah semua nak balik rumah.. Sebut je cuti, macik pakcik jual makanan pun sorak sorey nak cuti gak...Kalau me pon balik rumah sama xpe la, ni masih lagi terkontang kanting duduk sekitar UMT dengan kekurangan dan kebuluran makanan untuk mencari sesuap nasi amatlah payah dan mendukacitakan... Statement bukan main lagi haha. Tapi siyes memang betul, tambahan lagi kalu cuti antara sem selama sebulan, maka sebulan itu lah me telah berdiet dan mula menjadi kurusss.. ini tipu.
Kalau ada kedai makan pon, oh mai god, mentang-mentang kedai dia saja yang bukak dalam one in a million, punya la sedappppp makanan dia,...lagi hangat dari biasa..adushh.. Sebelum ni daku makan sodap je kot, tapi bila dia sorang je buka kedai dengan pemintaan order yang banyak, ye la ada gak beberapa kerat student tak balik, maka Macik itu telah memasak sambil lewa... Namun, oleh sebab perut telah mendendangkan lagu irama Malaysia, tomyam daging yang daku order yang baunya seperti tomyam dan rasanya seperti sup, pun daku makan dengan lahap jugak..ahahaa..( memang tak bersyukur ini budak).
Pic amek dari : sini ( Trimas )
Naa..Bila daku makan sambil pot pet mengata makcik kedai Pertom ni, hampir tercekik daku sebab tertelan daging yang liat bonar.. Kan dah kata.." Ko ni ain, x bersyukur betul..dah ada makanan pon sibuk nak mengomen, ini tak sedap lah, itu ini la...pot pet pot pet"...tengok... Allah balas kejap je,,, ni la orang yang tak bersyukur atas nikmat makan yang Allah kurniakan.. Tiba-tiba hati jadi sayu sekejap..insaf di atas kelancangan mulut.. pastu sambung balik pas telan air masak, " Makcik ni, tak reti potong daging agaknya. Orang potong la ikut urat, ni dah salah potong, tu yang liat, payah nak makan". Ingat dah insaf, tapi........huhu
2) Internet Access Wireless memang tersangatlah Excellent dan laju tapi....
Me tinggal kat luar..ala-ala asrama..satu blok dimana tingkat bawah kedai-kedai, dan tingkat atas bilik student. Ada dalam 20 bilik semua ( 1 bilik dua orang ) dan kemudahan internet disediakan. Part yang paling tip top nya ialah bila ramai orang balik cuti, me akan rasa gembira. Sebab line tenet laju sih.. sangat laju sampai asyik mendonlod movie pelbagai..Takde nya loading2 segala..buffered ke ape ke...memang rasa siok sangat.. Tengok movie pun bantai gelak je kuat2..xde sape nak marah..Tapi...toleh kanan takde orang, toleh kiri pun xde orang...daku rasa sunyi..very lonely..xde teman nak bercakap, bergurau senda, xde tempat nak bermanja...dan xde orang nak jadi mangsa mekap..sedihnya...
Daku makan sorang2, tonton movie pon sorang-sorang, gelak pon sendirian, cakap pon dengan Si Ayul dan Fifi ( ini Teddy bear merangkap anak-anak aku) tapi kenapa xde respon..aghhhhhh..tensen.,,tolonglah bercakap dengan saya..tolonglah...
3) Bila family aku tepon, aku rasa happy tapi...
Me ni orang sarawak then further study kat ganu ni, so bila cuti setakat seminggu dua ni, malas ar nak fly ke Sarawak..terasa tak cukup masa nak duduk rumah... tidur..makan..masak..tengok tv..wah.. memang tak cukup..tapi ari tu cuti sebulan pun memang tak dapt balik jugak sebab nak wat FYP..tersangatlah rajin kan.. Mana nak pegi makmal lagi, mana nak siapkan data untuk progress presentation lagi..nak tidur lagii...haha.KOnon bizi kan.. Jadi, untuk menjadi seorang pelajar yang mantap dan berwibawa, ahh.. me tak balik..jadi penunggu dan damping malam UMT..wah... sangat setia.
tima kasih pakcik google
Kadang2 mak tepon tanya kabar,, huhu...aku rasa sangat hiba..ain mo balik mak...mau makan masakan mak..( ceh, balik rumah pon tetap aku yang kena masak, bila pulak nk makan masakan emak..entah kenapa bila aku balik, dia jadi malas nak masak, sampai ati emak..huahua)..huhu.,.tapi ada jugak la dia masak bila aku wat muka kesian..haha. Terubat jugak kerinduan walaupun setakat dengar suara je. Bila adik-adik pompuan aku tepon pulak..amboi amboi amboi ( kelip jari kelingking ala Azwan Ali ek), membuatkan aku sakit hati dan bertambah ke-jeles-an kerana.. huh..
+ " Ain, kamek orang makan nyaman ( sedap ) ari tok..apa di makan ko tek"
- " Huh, aku pun makan nak nyaman juak, aku makan MC D" ( wah, aku xnak kalah padahal aku makan roti je pon sebab kedai makanan langsung tak bukak).
+ " Ain, kamek orang pegi berjalan-jalan tok..pegi boulevard ( salah satu pasaraya terbesar di Kuching ), ko polah apa?"
- "Aku pun berjalan juak, pegi Mydin dan Giant di KT" ( ceh, padahal aku duduk dalam bilik je pon. Dah la xde transport, kawan pulak takda)
Oh..adik-adik aku sangat dengki orangnya. Pantang tengok me senang sikit, mesti nak lebih jugak. wawa..tiba-tiba aku jadi sangat rindu pada mereka..Walaupun aku bukan jenis orang yang menunjukkan kasih sayang, namun hakikatnya aku sangat sayang dan rindukan mereka..Huh..
P/s: Mari kita bercuti sambil merehatkan fikiran..walaupun cuti kali ni aku pon xbalik sarawak memandangkan aku tak celebrate perayaan itu, namun aku pon bercuti dengan senang hati gak.. Selangor..nantikan kehadiranku Selasa ini.... mau pegi ziarah pakcik sudah...haha
2 comments:
semalat bercuti sesorang...
kui3x
haha..mana ada..orang nk g selangor la esok...kiki..
Post a Comment