Hai korang..jumpa lagi aku ari ni ek...
Pada malam bertuah ini, nak share kat korang satu lirik lagu yang menarik dan punya pengertian yang amat mendalam bagi aku...kalau korang ialah pencinta alam, maka korang akan suka lagu ini di mana ia mengajak kita lebih mencintai alam setelah alam ini, dunia yang kita duduki ini manusia sendiri yang merosakkannya.. betapa bencana semakin menjadi-jadi dan alam ini menerima kesannya..
kredit to : bunny78
Ebiet G Ade ialah seorang penyanyi penyajak Indonesia yang aku kagumi atas seni liriknya yang mempunyai makna..maklum la masa zaman sekolah dulu aku amat meminati bidang sastera walau aku budak sains tulen..
Orang yang paling paling paling minat beliau ini ialah Encik Ismail, merangkap bapak aku..haha. Korang kena tahan telinga semasa beliau sedang memandu kerana sepanjang perjalanan beliau akan membuka lagi nyanyian Ebiet G Ade ni sampai korang rasa mengantuk ya amat... Adik bongsu aku, nisa ni pantang dengar apa saja lagu Ebiet maka dia akan bergaduh dengan beliau..sapa menang boleh letak dan dengar lagu yang disukai...adik-beradik aku semuanya tak minat Ebiet mungkin sebab genre lagu beliau seakan-akan jenis slow, dengar pun kurang faham apa nak disampaikan dan jenis lagu orang tua. But me, aku suka lagu dia yang ini..entah..jiwa aku rasa sebati..dan sayu bila kenangkan lirik lagu ini..
bapak dan abang aku ( muka cam seiras je)
Ebiet juga merupakan satu simbolik untuk keluarga aku. Oleh kerana kesukaan terlampau bapak aku kepada Si Ebiet G Ade maka bapak aku telah menamakan abang aku ebiet jugak. Hoho..kesian dia. Masa kecik orang heran kenapa nama dia pelik..but the story is...hahaha.. Ebiet Bustamin..glamer kan abang aku sebab beliau satu-satunya orang yang aku pernah dengar nama ebiet selain ebiet G Ade selama aku berumur 23 tahun ini..chewah.. xtau la kalau di luar sana ada nama Ebiet gak.. Mula-mula bapak aku nak letak Ebiet Benyamin..sekalinya mak aku tak nak., Jadi la Ebiet Bustamin. Nasib baik bapak aku tak minat Hetty Koes Endang..kalau tak korang bayangkanlah apa nama aku sekarang... aduiiii...
Jom hayati lirik lagu beliau..
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
P/s : Lagu ini punya makna yang tersendiri..terpulang kepada kita untuk menggali dan mendalami apa maksud yang tersirat.. lagu ini superb..cintailah alam kita.
10 comments:
perh..bersajak pulak dia hari nih...aigooo...
tips terbaru
Tips Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang
Kenali Hati Lelaki Dan Cara Memikat Hati Sanubari Teruna
haha..ya meh..mana ada brsajak...hhaha..ada la jugak sedikit..
hetty koes endang..........ahahaha..
hetty koes ain la jwb nye..hik3..
anynonymous:
sapakah? haha
Kodi:
hahaha..itu la..nasib baik bukan aku nama hetty kan..aduii..
lau x, aku nyanyi lagu kuda hitam terus..
naseb bek la name ko bkn nurul ebiet... hehehe
haha..baru tau ye petai ek..kot2 nama gitu..mau pengsan
hahha..kelakar..komen2 nih..kelakau..
tips terbaru
Tips Penjagaan Gearbox....Buatlah Ia Seperti Awek, Okeh
24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu
Tip Melembutkan Dan Menenangkan Hati Sanubari.
haha..lama yutaka x muncul kat sini ek..kiki... nanti sy baca tips2 kamu pulak...
Post a Comment