Wednesday, April 5, 2017

Prosedur Kursus Pra-Perkahwinan di Kursus Nikah Putrajaya MFD JANNAH

Assalam dear readers,

Dah lama tidak bersua. Akhirnya muncul kembali tahun 2017 ni. Alhamdulillah dipermudahkan urusan nak bernikah pada hujung bulan ni 29 & 30 April 2017. Masa nak mula-mula urus pasal perkahwinan ni, otak macam serabut sangat. Baca blog2 cari info. So, kali ini ain nak memudahkan korang yang dah pasang niat nak nikah tu, moga urusan jadi lebih senang kan., :)

Kursus pra-perkahwinan anjuran : MFD JANNAH KURSUS KAHWIN PUTRAJAYA
Facebook :-Kursus Kahwin Putrajaya MFD JANNAH
Bayaran : RM120 seorang
Waktu : setiap hujung minggu
Masa : Sabtu (9.00-7.00 MALAM) | Ahad (9.00 pagi - 1.30 tengah hari)
Alamat : Level P3 Park & Ride Putrajaya Sentral, Presint 7 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Contact No:- 013-6046333
Pakaian : Lelaki ( berkolar dan berkasut) , Perempuan ( menutup aurat dan sopan)
Penceramah @ Faci:- Semua best2 ,tidak membosankan dan lawak :)
Menu: 3 Kali Makan lau xsilap cuma sabtu pagi tidak disediakan makanan. Korang kena makan sarapan berat sikit tau, sebab makan tengah hari pukul 1.30 macam tu. Lapar perut kriuk kriuk..
Sijil Nikah: boleh ambik hari rabu atau jumaat tak silap sebab kena tunggu JAIS sahkan dulu kursus kahwin
Kehadiran : Wajib setiap slot tau, ade tandatangan sekali


Caranya;- korang whatsap lah nama  korang dan pasangan & tarikh slot korang nak pada nombor diatas. In shaa Allah dia balas cepat. Bayaran tak perlu risau takut kena tipu ke ape, sebab korang datang pagi daftar tu, baru bayar. Jangan risau jugak, kursus di MFD JANNAH ni diiktiraf JAIS dan JAKIM. Dan yang paling best, tiada soalan atau interview yang nak menguji ilmu2 korang. Cuma ada la sedikit sesi soal jawab mana yang tak faham laaa...

Tengok, Hafiz Awan Nano pun join jugak tauuu

Dalam Bilik di MFD Jannah



Setiap minggu akan ada menu2 istimewa tersendiri. Contoh hari ain pergi tu, ada satay. Korang boleh pilih mana2 slot yang korang free :)





Haaa tengok, setiap slot ada menu istimewa. Cumanya, yang special ni dah repack siap2 la..lau x, tak cukup la pulak nanti kan huhuhu

Tadaa.. Dah siap. Cuma nak pesan sijil ni tak boleh laminate tau sebab nak kena cop nanti masa korang berurusan pulak dengan jabatan agama masing2


Semoga tulisan ini dapat memudahkan urusan korang nak bernikah, amin.. :)

0 comments:

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics