Thursday, December 15, 2011

Apa ukuran bahagia? Dan apa ukuran berjaya?

Salam,

Sekian lama menghilang, lesu dan kaku dengan idea dan ilham yang tidak mendatang..kali ini hadir mungkin dengan emosi yang kurang stabil..ya...pasrah dengan kehidupan yang kadang-kadang berjalan tidak seperti apa yang kita inginkan.... Ceh..ini intro yang emosi konon... 

Back to the topic, Korang pernah terfikir tak apa ukuran bahagia dalam hidup korang? Bahagiakah kalau ada rumah besar, kereta mewah..duit berkoyan-koyan? Isteri @ suami cantik/ kacak? Punya kerjaya yang hebat itu success? Ada anak yang cute miut sampai anak dia saja lah yang paling tercute tercomel terterter*** lagilah daripada anak orang lain didunia ini merupakan satu kepuasan dalam hidup? Anak si anu dah kerja, gaji beribu riban, ada kereta sendiri, engko pulak nak jadi apa, non hado...adakah itu satu tanda berjaya?


bahagiakah kita?
credit to google 


Kadang-kadang ain sendiri terkeliru apa itu definisi berjaya..apa itu definisi bahagia..setiap orang ada ukuran tahap mana keberjayaan dan kebahagiaan masing-masing..siapa kita untuk mempertikainya..

>> Ada orang bahagia dan rasa dia sudah berjaya dalam hidup walau dia hanya makan gaji sikit tapi dia punya keluarga yang memahami dan amat menyayangi dia... Siapa kita untuk kata dia tidak bahagia dan kurang berjaya..

>> Ada orang punya suami, alamak muka dia macam tongkang pecah rumah tapi  laki dia tanggungjawab tak pernah lupa, kasih sayang cinta mantain sentiasa, dan engkau pula laki punyalah ensem bangat tapi laki engkau yang ensem bangat itu rupanya kaki perempuan yang engkau dok puja-puja tanpa kenal sikap belangnya..jadi siapa yang bahagia dan siapa pula yang berjaya? 

bahagia terletak di tangan kita... 
credit to jurnal2253

Kita ada matlamat dan definisi masing-masing tentang erti bahagia dan berjaya dalam hidup..  Jangan samakan tahap korang ukurkan betapa bahagia dan betapa berjayanya korang dengan orang lain..kerana sudah pastinya ia akan berbeza..dan usah korang nilaikan atau judge orang lain berdasarkan kehidupan atau jalan hidup yang dia pilih...kerna sudah pasti engkau dan dia memang tidak serupa...

-Ada orang bahagia kerna punya anak-anak yang soleh dan berjaya membimbing isteri ke jalan yang benar>>Ya, itu tanda berjaya dan bahagia dalam hidup dia 

-Ada orang dari kecil hingga dewasa nak kerja doktor dan alhamdulillah berjaya memakai baju putih itu >> Ya, dia berjaya dan bahagia dengan kerjayanya.

-Ada orang setakat kerja kerani cabuk tapi alhamdulillah rezeki makan tak pernah putus>. Ya, itu definisi berjaya dan bahagia dalam hidup dia...

credit to akubahagia


Usah lagi kita mempersoalkan dan mempertikaikan ketidakberjayaan dan ketidakbahagiaan orang lain.. Mungkin kita hanya melihat luaran dan tuntas membandingkan dan menghakimi sesuka hati kita...padahal dimata ALLAH  dia adalah insan yang bahagia dan berjaya.. Padahal engkau berlumba-lumba mengejar kebahagiaan dan membanggakan kejayaan di mata manusia, dan engkau lupa kepada pencipta yang sudah pastinya DIA yang meminjamkan nikmat dunia yang hanya sementara ini kepada kita.. cukup cukup lah memberi ukuran sejauh mana tahap kebahagiaan dan kejayaan orang lain..kerana sudah pasti matlamat dan impian kita berbeza... 



1 comments:

Yutaka Mushimura said...

setuju...bahgia itu very compilated...

but kene pilih wisely...:P

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics