Thursday, April 21, 2011

Sejarah seni Usop Wilcha | Saya masih muda lagi..

Salam semua,

Rasanya semua orang kenal Usop Wilcha kan? Usop atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri pada asalnya seorang penyanyi sebelum terjun ke bidang lakonan nie. Nama komersial beliau ialah Shy8... Actually, ain pon xtau nama beliau ni apa sebenarnya...tapi dengan meledaknya filem hantu kak limah..amek kau.. populariti beliau mencanak naik.. Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya.... hihi..suka dengan lakonan beliau di sana...

Awok ni bekas penari kebudayaan..sebab tu la tangan awok ni macam nie.. hehe

Nama sebenar: Syed Mohamad Asri
Nama artis: Shy8
Nama glamer: Usop Wilcha
Umur: 46
Album: Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat Ambang Klasik tahun 1996
Aktor: Menjadi pelakon ketika usia mencecah 30-an
Isteri: Noorafiza Abdul Aziz, 28
Anak: seorang je..Syed Caliph Umar, 8 bulan
Pekerjaan lain: Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad



Giler chomel kan anak die..cute sangat.. isteri pun masih muda gitue..

arrrggggghhh..comelnya..pipi tembam..ni rambut dah banyak sikit..sangat cute ok.. macam nak geget2 je pipi dia...


Menurut Usop wilcha nie, Filem Hantu Kak Limah tu sepatutnya menjadi filem terakhir beliau sebelum beliau nak mengundurkan diri dalam bidang seni...tapi tak sangka, dengan kehadiran filem itu akhirnya menyebabkan beliau dikenali ramai dan bermulalah episod beliau kembali dalam bidang lakonan..

Komen ain: Nasib baik Usop Wilcha kembali berlakon..kalau x, asyik terbayang la lambaian tangannya tanpa orangnya lagi..fuhh...

Pemangkin kegemilangan Usop sudah tentunya Pengarah Mamat Khalid. Incik Mamat nie merupakan teman lama Usop dan dah lama berkawan selama 10 tahun. 

Kata usop lagi:-

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.
"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.
"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.
tuan direktor Hantu Kak Limah Balik Rumah @ Juri Maharaja Lawak 


"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun,"

Soley..soley..soleley..

So, korang peminat2 usop wilcha nie, sila nantikan filem terbaru beliau sekuel daripada Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu Filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Rasanya ini pun arahan Pengarah Mamat Khalid jugak. :))

Korang2 yang nak baca lebih tu, sila klik Cosmo ni tau..sumbernya ada di sini..TQ

p/s: Usia tidak mematahkan semangat seorang insan yang mempunya cinta dan cita...


"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," 




5 comments:

Rezz Fukumoto said...

suka juga lakonan dier..sempoi kan...comel bha anaknya....

MisZ Aien said...

yaaa...masa dalam zombi kampung pisang aku tak teperasan pun si usop ni...tp dlm kak limah mmg best la...

cute kan anaknya... dagu dia yg mantap tue...keke

Yutaka Mushimura said...

em..sy dah perasaan lame dah..start zombi kampung pisang lagik...mase tuh..ayat awok penari kebudayaan tuh memang sinonim...tau..kt zombi kampung pisang...

1st time dia muncul kt zombi kampung pisang pun, kami dah gelak2....sebb ade sebijik wajah cam kawan saya...hahhah..:)

best kan watak tuh....usop wilcha..

MisZ Aien said...

ye ke..sy tgk zombi kampung pisang ni byk kali tau..tp xpernah sgt teperasan kan dia..keke.. m hihi..gelak2 jugak msa tu tp serius xberapa nak perasan..:))

mesti best kawan awak tu kan..

Yutaka Mushimura said...

hahha..betul..tuh..betul

tips terbaru


Bila Bercinta Dan Disalah Ertikan

Apekah Pasangan Itu Gula - Gula???

Tip Memupuk Minda Kelas Pertama

Tips Menghadapi Jerawat

Tips Mendapat Ketenangan Dalam Senaman

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics