Saturday, December 25, 2010

Shaheizy Sam menang Anugerah Khas Yasmin Ahmad | Faizal Tahir Penutup sempurna Anugerah Skrin 2010 ( ASK 2010) | Anuar Zain hampir buat 'i' jatuh centa lagi |

Salam  u ols,

Mantap ar persembahan faizal tahir di penutup Anugerah Skrin 2010. Bermula dengan visual beliau dalam kereta  hingga sampai ke tempat ASK diadakan..memang lain dari yang lain.. mula2 me tak jangka pun faizal tahir sebagai persembahan penutup..namun hasilnya sangat membanggakan... dengan  lagu superhero.. memang nampak HERO  habis la... Ni lah antara penyanyi lelaki yang me tengok sangat bertenaga lau menyanyi.. Memang penutup sempurna Anugerah Skrin 2010.

pic kredit to google imej
Persembahan penutup ASK

Tonton ASK mula-mula agak bosan, maklumlah me menonton secara online berseorangan pulak namun hatiku terubat dengan kehadiran si dia yang telah lama menghilang.. Ceit.. Muka beliau mantain lagi awet muda... Siapa lagi kalau bukan Anuar Zain.. I bukan peminat setia pon.. Tapi cara beliau menyanyi semasa persembahan boleh buat gurl macam i jatuh hati sedikit...tak banyak sedikit ok.. tipu lagi  hihi
Kalau u ols tengok di belakang tabir semasa Anuar Zain menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia di luar atau di dalam negara ( tak tahu sama ada kat tV nampak ke tak, sebab me tengok dari Laptop sahaja), korang akan perasan dia sangat sweet...wahhh... terkagum sekejap. Tiba-tiba me leh terlupa pada si dia yang tengah sibuk bekerja sekarang.. hehe..kalau dia baca ni, abislah ain...haha. Bukan apa, senyuman dia tersangat sangat sangat comel.. Masa beliau asyik-asyik ulang untuk yang duduk di luar negara, terubatlah hati anda pada Malaysia, tiba-tiba otak me melayang.. Mungkin ada 'someone' di oversea sana yang menunggu kehadiran dia..chewah..buat gosip saja.. Bila lagi jejaka hensem ni mahu menutup borang kosong status singlenya? Sama-sama kita nantikan... Apa entah tajuk lagu baru tadi.. Kerna Cinta ke.. haha boleh lupa pulak disebabkan kemachoan senyumannya.. Oh ya, jangan lupa nantikan album terbaru kelahiran Anuar Zain..pada tanggal januari depan.


pic kredit to anuarzain.my
Penyanyi jemputan ASK 2010


Pelakon mantap yang sorang ni rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Shaheizy Sam yang aktif berlakon drama satu ketika dulu tiba-tiba menyepi hilang dalam bidang nyanyian, Kini muncul dengan satu aura yang baru dan mendominasi pelakon lelaki paling glamer dan antara tertinggi bayaran sekarang. Hebat kan? Muncul dengan filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan seterusya Adnan Sempit, sekali lagi me sangat teruja. Sebagai penerima Anugerah Khas Juri Yasmin Ahmad, memang patut dan layak beliau dinobatkan anugerah ini untuk menghargai jasa-jasa penggiat dan pelakon tanah air yang memang berbakat. Bukan sekadar bersandar pada rupa, namun bakat yang ada telah ditonjolkan. Tahniah Sam. Salute sama lu, der.

Pemenang Anugerah Yasmin Ahmad

p/s : Tiba-tiba me excited nak bergosip pasal artis.. Panassss!!


0 comments:

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics