Tuesday, November 30, 2010

Pixy UV Whitening Stick Foundation - Natural Beige

Salam u allz,

Cadangnya ain ingat nak wat review mekap untuk semua sekali..tapi memandangkan internet lembap macam sipooott...me wat satu2 dulu... ok :-p. Foundation atau bedak asas ni ain beli kat masjid india atau pasar seni, iaitu tak jauh dengan LRT masjid jamek lau me tak silap. Harga dalam RM 15.00 sahaja. Masa tu me beli foundation ni, Me beli sekali dengan bedak PiXY..so bolehla dapat murah sikit. Akak tu bagi dalam RM 12.00 je rasanya. Kalau me survey harga kat internet, ada gak yang jual mahal laaa. Ada satu page jual sampai harga RM 20++ but never mind. Masing2 nak cari rezeki. So, Lau ada yang nak cari foundation ni, cari la kat luar atau dalam internet yang jual murah sikit, boley la jimat ye tak...?


Ni gambar sebenar saiz PIXY foundation


Saiz foundation ni lebih kurang lebar dua jari kita kalau dicantumkan, tak la besar mana dan tak la kecil mana. Orang kata saiz nye sesuai la dengan harganya kan? So, kita tengok apa pro nye produk ini dulu.Warnanya sesuai untuk warna kulit yang tak terlalu cerah macam Sofea Jane tu  dan dalam kategori kuning langsat jugak ar. Bila di sapu, ia sangat light, dan xheavy pun kat muka. Ada auto pusing kat bawah, nampak tak ada pemusing kat bawah die dalam gambar di atas? lebih kurang macam gincu laaa... Senang nak blend...tak payah guna span pun xpe..

Kaler dia cantik, tangan me memang putih BUT muka me dah burn..gelapp..so korang jangan test bedak atau foundation kat tangan, test kat muka atau kat tepi rahang, so boleh dapat kaler yang lebih kurang tone kulit.. Cuba tester sikit, biarkan dulu selama beberapa minit pas tu tengok dah serap ke tak?Lau ok, sesuaiii la tu.. Foundation ni masa ni me tak cuba lah ek sebab takde tester, tapi beli ikut warna bedak. NI sekadar nak tunjuk warna die kat u all..
Ni pas blend2 kan kat tangan..

So, kontra nye pula, Foundation ni tak dapat la nak menutup sangat me punya parut2 muka.. Coverage dia boleh kata minimum la...mula2 pakai ok..pas beberapa jam muka macam berbintik2 putih..untuk muka me la kan...banyak cela dan parut..memang tak boleh nak cover.. isshh..susah nak cari foundation yang sesuaiii untuk kulit muka saya.. mungkin untuk sesetengah orang ok la..tapi me sangat la tidak sesuai...

ok, nanti me sambung lagi ya..

Friday, November 26, 2010

Shoping..shopping & shopping..

yaaay....
        Lama dah x mengupdate blog ni ek..caitttt..walau kali ni bukan la entry pasal mekap...tapi mungkin nak cerita sikit2 gak pasal mekap errkk..Actually me baru balik dari kl rabu tu... tu pun pergi dalam keadaan tergesa-gesa,,,maklum laa kejar masa..mana nak exam..mana nak jumpa family... namun syukur kepada Allah dapat juga me jumpa family yang datang turun ke kl dari sabtu dan akan balik esok... walaupun ain sedih kerana terpaksa balik awal ke ganu ini sebab ada exam semalam tapi takpe..sebab ianya berbaloi..dapat jumpa family... dan my new baby.,.,yayayyyyyy...ahahha..

So, nak dimulakan cerita laa...me bertolak dari ganu kol 10 mlm sampai kt putra dah pukul 5 pagi. Balik umah macik dah kol 7.30 n tido2..smpai kul 2..dan terus g SOGO..yey...haha..p tido hotel pulak wif my family yang baru sampai dari melaka...bercuti kat sana sekejap...

           Dan daku apa lagi, tidak membuang masa dan menjamu mata di sekitar sana melilau mata melihat mekap dan barang2..tapi siyes la..tak dapat pun nak shoping beli baju ke tudung ke..sebab betul xcukup masa..dan keesokannya dah p sunway lagoon bawa adik2 men kat sana..punyalah mahal sekarang tiket masuk... RM75 seorang lau nak main untuk 5 taman iaitu semua la tu..wakaka...masuk laaa kat scream park konon..rumah hantu... takde la menjerit sebab takut..tapi terkezut of kos...haha.. pas tu ada keluar satu hantu jalan terbongkok2..kami adik beradik gelak sakan..haha... tapi kalu hantu tu tau..mesti dia kecik ati..sorry laa...so kitaorang berlima ni ( me wif my sis serta satu-satunya kumbang antara kami bunga jelita ni, my kazen..haha)..pon berjalan la ikot sesuka hati kami..mula2 masuk dengan geng cina..tapi entah kenapa dah separuh jalan mereka dah xada..musykil sungguh..agaknya keluar sebab ketakutan..ngeeee....

          Masuk sana xde la ramai orang sangat..me bukan main sangat pon..terutamanya pirate ship 360 darjah tu..buat pening je..cukup la main tu denga grace dulu..sampai ke malam sakit kepala... main kayak..yess, dan gelongsor air...ish tu saje..haha...makanan beli popcorn suda..kedekut ke..noooo...makan je laa kat sunway piramig..lagi sedap apa. hahaha...setiap dari adik2 n my kazen bayar rm 10 sorang untuk makan nasi ayam penyet...rm 4o je..padahal harga sebenar rm 75...so yang selebihnya me la bayar..sebagai kakak yang bertanggungjawab la konon...haha..ceitt..me belanja la jugak mereka makan kan... Kat sarawak glamer gak nasi ayam penyet ni...sedap sangat..tp gmbar die xde kat sini sebab masa amik gambar guna kamera bapak...so ain tak sempat nak transfer gambar..kkikiki.. kalau kat sarawak harganya rm 7 sahaja...dan kat sana rm10.90...tambah dengan rm3 kos perkhidmatan..apakah... nak kata berkhidmat banyak sangat pun xjugak...setakat hantar makanan dan air sudah..hehe...tapi xpe... sedap punya pasal..makan aje laa.. lagi pulak budak-budak ni dah kebuluran....

            Pas makan, jalan2 ke sunway piramid...naaa..mataku merewang2 lagi..melihat mekap... so guess what.... i hav a new make up tools....hahaha...agak dah...setiap kali daku pergi berjalan2..ada saja benda yang amat menarik perhatian... sooo.....me beli
a) Elianto liquid foundation oil free
b) eyeshadow brand korea..sera kalau xsilap 
c) blusher sera jugak
dan yang ni beli kat area kl jew..masjid india ke ape namanya..
d) eyeliner gel..
e) bedak pixy ( natural beige dan tropical beige)
f) foundation pixy pon natural beige..
yang ni bukan imitate atau tiruan ke..sebab memang pixy harga dia dalam rm 20 ke bawah kan...

So..nanti me menguploadkan gambar2 diatas dengan sedikit pendapat yang tak seberapa...so wait yaa...

luv yall...,







Saturday, November 13, 2010

Ayat Ruqyah...

Untuk kali ini, entry yang ingin ain cerita bukan lah mengenai mekap2... lagi pulak me xde kamera cantekk untuk amik gambar lawa yaa... so me nak cerita pasal ayat ruqyah ni..kebaikan dan khasiat dia.. insyaallah jika diamalkan berterusan..ada perubahan.. so yang ni ain edit2 dari blog andy81, so lau ada yang nak tau lagi lanjut, boleh la ke tuan punya blog ni yaa..kredit to encik andy...sorry saya meng'copy' dan men'edit' di sini yaaa...minta izin ya...


So, apa itu ayat ruqyah?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.

Himpunan ayat ruqyah terdiri daripada : 



1 Al-Fatihah

2 Al-Baqarah 1-5

3 Al-Baqarah 102

4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas


kalau nak download mp3 ni pun boleh..kat 4shared...atau lau kita baca sendiri tak sampai 15 minit pun..yang penting kita berusaha dan bertawakal kepada Allah... lau nak dalam bentuk adobe reader...beleh je tekan google terus...so ain download dalam dua2 bentuk...adobe dan mp3...



Biasanya, lau kita bacakan pada orang yang sakit...akan terdapat la simptom2  seperti berikut..



1)denyutan jantung makin kencang

2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk



Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....

seperti mana yang kita tau, dalam dunia perubatan islam, ayat-ayat alquran merupakan senjata penting untuk mengubati pesakit. Ain sendiri pernah membacakan ayat ruqyah ini pada orang yang terkena gangguan jin selama 4 malam dah berturut2 sebelum dia tidur..dan ternyata badannya sakit...panas membahang satu badan...dan ..yang sakit tu bukan orang lain dengan ain..melainkan orang yang ku cinta... memang kesian dekat dia kepanasan dan kesakitan.. namun apa yang mampu ain lakukan.. hanya doa daripada jauh...dan Allah yang melindunginya... so, untuk pengetahuan U allz, dia dah sakit selama 2 tahun 3 bulan.. Selama dia sakit tu, bermacam2lah dugaan kami..dan sekarang pun masih sakit jugak.. berubat dah ngan Dato Harun Din...tapi mugkin benda ini ambik masa yang lama..tapi me masih sabar menunggu dia..tapi yang peliknya dia xtau dia sakit gini...penat me..mmm... nanti lah cerita pasal dia...

so, untuk mengamalkan ayat ni untuk sesuatu tujuan:-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

So, try la amalkan ayat ini pada orang yang mengalami gangguan sihir, dan gangguan jin terutamanya.. hidup ini perlu diteruskan walau banyak mana dugaan kita... nanti ada masa me cerita pasal dia...

jiwa kacau,






Thursday, November 11, 2010

Sweet Candy Make up

Salam dan aloooo.....semua..

          Entri kali ni pun ain buat pasal mekap..muahaha.. kadang2 macam ketagih pulak nak menulis ye ek... kadang2 satu masa, blog ni x berupdate berkurun lamanya.. buka2 je entri dia banyak tu jugak ayoyooo...
 Tapi xpe, sementelah ain kurang sibuk dan kadang kala perasan sibuk..maka saya mengumukan saya mungkin akan menulis atau meng'update' seminggu sekali..lau datang rajin, mungkin seminggu ada la beberapa kali.. hihi..lau xde pembaca sekalipun xpe, yang penting kita menulis untuk diri kita sendiri..lau ada yang nak merujuk tu..dialu2kan... apapun...yang baik datang dari Allah..yang buruk datang dari diri ain sendiri...

So lets check out cam mana mekap yang konon nama vogue gitu sweet candy nie ye.. tapi kali ni daku mekap xla menitik beratkan muka sangat..mungkin lebih ke arah mata saja... vogue gituue..muahaha..

sweet blue + dark pink + silver + white

mata bintik2...
saja menambah bintik2 eyeliner konon vogue..hihi


reflexion of mine..mencermin diri sendiri..saya tau saya tidak cantik..tapi saya suka mekap..auu

naaa..nampak x muka saya banyak parut..wallaaaa..

ok la...sampai sini saja...lau datang mood rajin, ain update laa lagi...daaa..

luv, 



Tuesday, November 9, 2010

Tutorial make up rainbow Kaler

           oOoO yaiii...ari tu ain dah janji dengan my bespren unie untuk uploadkan mekap tutorial la konon...smokey eye..tp xla smokey sangat kot kali..huhu... n for de information, ain ni bukan la profesional mekap artis ke apa.. just beginner that like to explore more about make up..really luv it... meh tgk step2 mekap bawah nie ek.. untuk sapa yang nak praktis dengan lebih lanjut..ley tgk kat U-tube..ada byk tutorial mekap oleh orang yang betul2 berpengalaman..ecece..


1) Pas bersihkan muka, pakai toner & krim ke apa, pakai la foundation, concealer n bedak tabur cap dermacolor kryolan ni la ya...lau xde pun, pakai la bedak ape sekalipun, tepek2 sekeliling mata...biar je nmpk serabut...sbb nnti andai kata ada eyeshadow yg lebih2 tu jatuh..kita ley buang ngan bedak 2 skali...  nmpak cam tebal je foundation2 ni smua kan..heheh...mklumlah muka me ni banyak tol sumber2 parut yg nth dtg dari mana...


2) amik warna purple yang nombor 2 dari kanan gambar ..ungu pekat tu yaaa..n letakkan kat mata anda..
sebenarnya ada gmbar siap dengan berus..tapi dh trpadam..kamera pulak tgh hang,..

ni la hasilnya...

then, blend2 kan warna ungu tadi ke atas sikit yaa...

3) letakkan warna oren pekat kat hujung mata..lau tgk gmbar eyeshadow yg atas ni kita guna oren yang ketiga dari kanan ye.. dan sapukan ke atas wrna pepel tadi mcm ni yaa

blend2..sorry warna xbrapa nmpak...maklum la kamera biasa2 aje..nnti da rzeki mau jgk beli DSLR..hihi

4) dah tu tamnah pink muda pulak kat atas nye ye..biar kt hujung die pekat sikit ye
blend2 lagi...ceh..padahal me sndiri pun bkan pndai blend sgt..tp try la jugak eh..nmpk dah kan ada 3 ton kaler... ungu, oren pekat dan pink muda

5) letak la warna kuning pekat antara pink dan ungu..tapi letak separuh je...xsampai hujung pun...
amik warna kuning ni..
dan sapukan gini...


6) pas tu kita akan letak highligt kat bawah tulang kening...warna putih ke..

putih yang tengah nie..
dah tambah putih n blend2 sikit ngan warna yang lain..

8) pas 2...untuk bawah mata pulak..kita akan gunakan tiga warna semuanya..bermula dengan hitam, biru, hijau dan last kuning yaa

amik berus kepala senget nie..

dah tu, tenyeh kat warna hitam ni..dan...
sapu kat bawah mata tu yaa..nmpak tak..
pas tu, kita akan letak warna biru pulak...
line kan watna biru kat atas warna hitam tadi ya...tapi separuh je

pas tu sapu lak sambungkan dengan warna hijau pulak & tarik sampai hujung mata..

pas tu guna lagi berus yang sama, amik warna kuning yang tadi dan letak kan hujung mata sebelah warna hijau tadi ya..

9) Masuk langkah yang ke 9 ni, part yang ain paling suka..bubuh liquid eyeliner..jeng..jeng..

 namun atas dasar tangan tidak berhenti menggigil, jadi la macam ni... nampak tak rata eyeliner tu me buat,...yukzzz

dan step yang terakhir jangan lupa bubuh maskara bagi lentik bulu mata u olzzzz..

ni la jadinya..tadaaa...


...ada bedak lg lekat kat hidung rupanya....


pndangan tepi...dan kulit muka me yg sememangnya bermasalah dari umo 14 nie..yakz

ok laa..sampai sini saje..lau ada kelapangan, ain akan uploadkan lagi mekap2 yang ain pernah belajar dan mekap yang ain try and error.. lau ada yang xpuas hati atau ape pun, ain terima..sesungguhnya ain pun baru belajar jugak.. :-p...

Luv, 














Wednesday, November 3, 2010

Meh men Mekap2

       Ni kali pertama dlm hidup me, msuk contest mekap online...wat smokey eye plak 2... actually tak bercadang nak masuk pun..tapi bila baca Kak MK ( marliy Kama) punya page FACEBOOK...tiba2 laaa sgt berminat.. Mekap punya mekap..xsedar jam dah pukul 4 pagi...so saat 2 la jugak me menghantar gambar kat page kak MK slepas diedit...opsss bukan edit bg muka cantekkk yaa...tp edit utk susun gambar @ wat lighting yg btul...

Ni link kak MK di FB...sape yg berminat like la di page akak nie.. Mekap die lawa bg ain... so nice..kalaulah dia dapat mekapkan ain jugak..teringin rasa di make over oleh orang lain nie....hihi 


So, nilah hasilnya lepas saya mengagahkan diri untuk bermekap dari kol 12 sampai 3 pagi..sibuk bershooting sendiri kerana rumate saya sudah tido...zzz...hehe

ni diedit dengan photoshop + Picasa

sebenarnya mekap ni rainbow smokey eyes..tapi lighting kamera xcntik..lagi pulak xley nk fokus sgt pada mata...mekapnye xbrapa nak nmpk nie...


pndangan dari tepi..
.nanti akan uploadkan step mekap atas pemintaan my best friend Munirah..hehe

mekap mata yang x berapa nak nampak di gambar..padahal kat luar punya terang..
so warna yg digunakan ialah : ungu pekat, oren pekat, pink muda, kuning pekat, hijau n biru utk bawah mata, putih dan xlupa my fabulous eyeliner liquid yg sgt berjasa..hehe


mata me yg sepet seblah ( mata melayu + mata cina)


sila fokus pada mata saje ye.,, sbb kulit muka sy sgt laaa kurenggg


de last pic of mine... hehe..enjoy..

Wif luv,

NuffnanG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kisah Ku Bermula Disini.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Web Analytics